Friday, March 28, 2008

BERITA TERKINI MENGENAI SIARAN LANGSUNG DIARI AKADEMI FANTASIA 6 EXT.(EXTENDED) LIVE BERSAMA ZAINAL ALAM KADIR, JAM 9.30 MALAM PADA 28HB. MAC 2008


Diari Akademi Fantasia Extended yang telah disiarkan pada jam 6.30 petang hingga 7.00 malam mengupas isu dan spekulasi semasa dalam Akademi Fantasia 6 pada minggu kedua ini.


Beberapa isu menarik dipaparkan dalam Diari Akademi Fantasia Ext.


Pada jam 6.30 petang tadi hos Diari Akademi Fantasia Ext., Zainal Alam Kadir memaparkan beberapa kisah menarik mengenai akademi fantasia musim ke 6 pada minggu kedua ini.
Salah satu daripadanya adalah soalan untuk pengundi menjawab: Adakah usia menjadi faktor utama dalam Akademi Fantasia?


Jawapannya dapat kita saksikan dalam Siaran Langsung Diari Akademi Fantasia 6 Extended Live bersama Zainal Alam Kadir yang baru sahaja selesai disiarkan di Astro Ria Saluran 104 setengah jam yang lalu.




Graf di atas menunjukkan perbandingan afundi sebelum dan selepas Konsert Pertama Akademi Fantasia 6 pada hari Sabtu, 22hb. Mac 2008 yang lalu. Kita dapat melihat peningkatan dan penunuran yang begitu mendadak selepas afundi ditutup dalam konsert minggu pertama Akademi Fantasia 6.


Untuk menjawab soalan "Adakah usia menjadi faktor utama" dalam Akademi Fantasia tadi, jawapannya ialah 52 peratus penonton mengatakan ya dan 48 peratus pula mengatakan tidak.


Sepertimana yang sedia maklum, segala afundi terkini untuk 13 pelajar tidak dapat kita ketahui sejak jam 6 petang tadi kerana ia cuma akan disiarkan dalam Konsert Minggu Kedua Akademi Fantasia 6 secara langsung dari Dewan MBPJ, Selangor di Astro Ria Saluran 104 dan @15 Saluran 109 pada jam 9 malam sahaja.

Tetapi dalam Diari Akademi Fantasia Extended tadi telah menyiarkan afundi terkini kedudukan 13 pelajar Akademi Fantasia 6 untuk tatapan kita sebentar. Adakah pelajar kesayangan anda berada di tangga yang selamat atau sebaliknya?

1, Stanly 10%
2. Saida 10%
3. Nadia 10%
4. Alif 9%
5. Stacy 9%


6. Toi 8%
7. Rina 7%
8. Nubhan 7%
9. Naim 7%
10. Riz 7%


11. Ika 6%
12. Faisal 6%
13. Lufya 5%

Menurut salah seorang pengajar di Akademi Fantasia 6, guru vokal persembahan Cikgu Shafi mengatakan terdapat pelajar yang masih lemah dalam vokal sebelum menjelang konsert kedua pada hari esok.

Dua daripada pelajar tersebut adalah Alif dan Faisal. Saya kurang pasti nama pelajar ketiga yang disebut oleh Cikgu Shafi. Walau bagimanapun sekiranya kedua orang pelajar ini adalah pelajar kegemaran anda terus afundi mereka supaya mereka berpeluang untuk kekal di minggu ketiga Akedami Fantasia musim keenam ini supaya mereka boleh terus belajar untuk mempertingkatkan prestasi mereka melalui tenaga pengajar di situ.

Sekian untuk kemaskini kali ini. Selamat malam dan hingga kita berjumpa lagi pada hari esok. Masih tinggal sehari lagi menjelang Konsert Minggu Kedua Akademi Fantasia 6. Degupan jantung yang lebih deras sudah mula dirasai. Terus afundi pelajar kesayangan anda.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by