Friday, March 21, 2008

DEMAM KONSERT MINGGU PERTAMA AKADEMI FANTASIA YANG SUDAH BERMULA - 1ST CONCERT OF AKADEMI FANTASIA AT DEWAN SIVIK MPPJ ON 22ND. MARCH 2008, 9PM -


Pengetua Ramli MS terpaksa menyuruh tenaga pengajar di Akademi Fantasia untuk bekerja lebih masa untuk persiapan konsert pertama Akademi Fantasia 6 esok. Cuma tinggal sehari lagi dan demam konsert Akademi Fantasia sudahpun bermula. Semua tenaga pengajar telah bekerja kuat untuk menolong pelajar dalam segala kesukaran mereka dalam tugasan lagu yang diberikan.

Pelajar Akademi Fantasia musim ini menerima hadiah sumbangan Nokia? Apakah hadiah yang diberikan kepada mereka. Dari gambar di bawah ini, kita dapat melihat kesemua pelajar di akademi berasa gembira apabila mendapat kemeja T (tshirt) sumbangan dari Nokia.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah hadiah yang diberikan Pengetua mereka kepada pelajar yang bernama Riz dan Nadia setelah menunjukkan peningkatan dalam nyanyian mereka. Wow, mereka berdua berasa sungguh terharu dan gembira apabila menerima hadiah telefon bimbit sumbangan Nokia. Ini bermakna mereka boleh membuat dan menerima panggilan dari luar? Adalah difahamkan telefon bimbit baru mereka adalah tanpa sim kad. Oh, begitu rupanya, ingatkan boleh buat panggilan.

Siapakah pelajar yang dikenakan hukuman selepas Yana? Siapa pula yang terpaksa mencuci pinggan mangkuk atas arahan Pengetua Ramli MS? Bolehkah Ika menyanyikan lagu yang baru yang diberikannya? Lagu yang diberikannya sebelum ini adalah "Umbrella" lagu Rihanna. Sama-samalah kita nantikan Ika membawa lagu barunya pada hari konsert pertama esok, 22hb. Mac 2008, jam 9 malam siaran secara langsung dari Dewan Sivik MPPJ.

Jangan lupa mengikuti perkembangan pelajar di hari terakhir sebelum Konsert Mingguan Pertama dalam Diari Akademi Fantasia jam 9 malam untuk bahagian kedua minggu pertama, pastinya di Astro Ria Saluran 104.



0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by