Wednesday, August 27, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-52 YANG DISIARKAN PADA 27 OGOS 2008 RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-52 YANG DISIARKAN PADA 27 OGOS 2008, RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan

Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Dinda Kenyadewi sebagai wajah Tatia(setelah memakai tudung)


Episod 52: Sinetron Anakku Bukan Anakku


Episod 52 - 1

Nico: Mayat Tatia di mana?
Robin Hood Moden: Sepatutnya ada di sini.
Rafli: Tidak. Tak mungkin Tatia meninggal dunia.
Timo: Tadi Tatia ada di sini kan? Kita semua melihatnya.
Rafli: Tak mungkin. Tak mungkin Tatia meninggal dunia.
Robin Hood moden: Kalau Tatia masih hidup, di mana dia berada?
Nico: Saya rasa saya tahu di mana dia berada.


Tatia hilang dari pandangan sekali lagi. Apakah sebenarnya berlaku kepada Tatia setelah keretapi tiba di landasan keretapi di mana Tatia berada?

Rona: Di mana Nico? Rasanya dia akan menimbulkan masalah kepada Abang Bayu.(ketukan di pintu depan)
Rona: Siapa itu?
Adel: (Adel bercakap seorang diri) Nampaknya Bayu dah balik. Apakah agaknya yang diceritakan kepada Rona? Mesti dia berbohong jika dia menceritakan kepada saya. Kalau Bayu tak menceritakan yang sebenarnya, saya tidak akan tahu perkara yang sebenar. Tak boleh jadi, saya mesti cari jalan dan mesti tahu segala-galanya. Saya tak akan membiarkan Rona dan Bayu menipu saya.

Rona: Ke mana abang pergi lama-lama? Abang tahu tak kalau...
Bayu: Shh... saya dah bunuhnya.
Rona: Betul? Abang yakinkah?
Bayu: Saya lihat sendiri, dia digilis oleh keretapi.
Rona: (Tergelak kegembiraan)
Bayu: Sekarang saya nak tukar baju dulu. (Dalam perjalanan balik ke kamar)
Bayu: Apa awak buat bersendirian di bawah ni?
Rona: Nico tiada di rumah, bang. Dia pergi mencari abang. Dia pergi bersama Timo. Dia kelihatan sungguh marah. Dia menerjah masuk ke kamar kita. Dia marah-marah. Dia tanya, di mana Bayu?
Bayu: Awak tahu kenapa dia jadi begitu?
Rona: Saya tak tahu bang. Kenapa dia tak tanya pasal abang.
Bayu: Biarkan dia sahaja, apa boleh dia buat? Apa?


Rona membuka pintu untuk Bayu yang telah memberitahu Rona bahawa Tatia telah digilis oleh keretapi. Rona berasa amat gembira mendengar berita tersebut. Rona berkata Nico telah pergi mencari Bayu dan kelihatan marah sewaktu bertanyakan ke mana perginya Bayu. Kata Bayu pula, biarkan Nico sahaja kerana dia tidak dapat berbuat apa-apa. Selepas itu mereka berdua naik ke tingkat atas menuju ke kamar mereka.

Bayu: Bagaimana dengan Adel?
Rona: Tadi dia berada di dalam kamarnya, bang. Dia sedang tidur. Abang nak kejutkannya? Pasti dia gembira.
Bayu: Jangan beritahu apa-apa kepadanya.
Rona: Tentang Tatia juga bang?
Bayu: Jangan cakap kuat-kuat nanti ada orang dengar.

Rona memberitahu Bayu Adel masih tidur.

Nico: Selamat malam, encik.
Pegawai polis: Selama malam.
Nico: Saya nak buat laporan.
Pegawai polis: Apa yang nak awak laporkan?
Nico: Pembunuhan. Saya sendiri menyaksikannya.
Pegawai polis: Siapa orang yang disyaki?
Nico: Bayu, pegawal(satpan) di rumah saya.
Pegawai polis: Rasanya saya pernah mendengar nama itu sebelum ini.

Nico dan Timo membuat laporan mengenai pembunuhan dan dia adalah saksinya.Nico melaporkan kepada pegawai polis bahawa pengawal rumahnya telah membunuh Tatia.

Tatia telah diselamatkan oleh seseorang. Siapakah agaknya orang yang telah menyelamatkan Tatia daripada digilis oleh keretapi? (Mereka adalah Taufan dan neneknya).

Nenek kepada Taufan: Pernafasannya dah stabil. Esok keadaanya akan bertambah baik.
Taufan: Baiklah, kalau begitu kita biarkan dia berehat sahaja.

Bayu berkata kepada Rona dia yakin seratus sepuluh percent bahawa Tatia telah mati. Bayu meminta Rona supaya jangan memberitahu Adel tentang hal ini.

Bayu: Saya dah berjaya membunuhnya.
Rona: Abang yakin?
Bayu: Yalah..
Rona: Abang yakin 100 percent?
Bayu: Apa maksud awak?
Bayu: Saya yakin 110 percent. Saya letak Tatia di landasan keretapi. Terus dia hilang. Dia dilanggar keretapi yang lalu di situ.
Rona: Adakah abang nampak sendiri keretapi melanggar dia sampai mati?
Bayu: Awak ingat saya ni tukang sembilih? Saya tak sanggup melihat Tatia digilis keretapi. Saya tidak sekejam itu. Walaupun wajah saya bengis tetapi hati saya lembut. Saya menutup mata untuk seketika, Setelah saya buka mata, Tatia sudah digilis keretapi.
Rona: Baiklah bang.
Bayu: Jangan cerita kepada Adel. Adel tak boleh tahu mengenai hal ini.
Rona: Baiklah bang. Tetapi bagaimana dengan Nico bang?
Bayu: Nico? kenapa dengan dia?
Rona: Kenapa dia mencari abang?
Bayu: Mana saya tahu?
Bayu: Oh ya! Tadi saya nampak Rafli dan siapa dia.. Robin Hood. Ya Robin Hood dia kata namanya Robin Hood. Mereka ada di stesen keretapi. Ehh.. mereka tidak mempunyai apa-apa bukti.
Rona: Yang penting sekarang, Tatia dah benar-benar mati. Bagaimana dengan mayatnya? Bagaimana kalau pihak polis menjumpai serpihan mayat Tatia?
Bayu: Mana saya tahu? Walaupun mereka menemui mayatnya, peduli apa.
Rona: Tapi bang, kita masih mesti pura-pura menjadi ibu-bapanya.
Bayu: Mudah saja tu. Kita akan pura-pura menangis teresak-esak ketika kita tengok tulang-tulangnya. Tatia.. haha..
(Rona dan Bayu tergelak kegembiraan)
Rona: Betultu bang.
Bayu: Beres kan?
Rona: Abang mandi dulu sementara saya masak. Mesti abang kelaparan.


Episod 52 - 2

Bayu berkata dia telah nampak Rafli dan Robin Hood moden berada di stesen keretapi tetapi menurut Bayu kepada Rona lagi, mereka tidak mempunyai sebarang bukti walaupun mereka nampak apa yang telah berlaku. Rona terlalu gembira mendengar Tatia telah mati dan ingin memasak makanan untuk Bayu sementara meminta suaminya mandi.

Adel merakam segala perbualan Bayu mengenai Tatia dengan alat perakam suara. Pegawai polis memberitahu Nico bahawa Adel pernah membuat laporan polis tentang Bayu. Dia meminta Nico pulang berehat dahulu kerana dia masih keliru tentang laporan yang telah Adel buat tempoh hari. Dia juga menjelaskan bahawa Adel dalam keadaan mabuk sewaktu temu janji dengannya tetapi Timo memberitahu pegawai polis itu bahawa Adel tidak pernah sentuh minuman keras.


Episode 52 - 3

Rafli pulang ke rumah dalam keadaan sedih mengenai apa yang telah berlaku kepada Tatia. Luci meminta mereka berbincang sahaja di dalam kamar papanya sementara Luci pula mencuri dengar segala perbualan Rafli dan suaminya.


Episod 52 - 4

Rafli memberitahu papanya bahawa Tatia sudah meninggal dunia. Rafli berkata dia telah melihat dengan sendiri bahawa Tatia telah diculik. Selepas itu dia dan Robin Hood moden ternampaknya di landasan keretapi dan dipukul oleh seseorang dengan senjata besi. Menurut Rafli mereka semua termasuk Nico bahawa Bayu telah membunuh Tatia. Ian, papanya terkejut mendengar keterangan Rafli. Luci yang telah membubuh alat pepijat untuk mendengar perbualan Rafli dan Ian terkejut mendengar hal kematian Tatia.

Ian hairan kenapa Bayu sanggup membunuh anaknya sendiri dan Rafli meneruskan lagi bahawa itu bukanlah kali pertamanya Tatia cuba dibunuh oleh Bayu. Papa Rafli akan berbincang tentang hal ini kepada kawannya yang bekerja sebagai pegawai polis dan meminta anaknya, Rafli percayakannya. Luci tertanya-tanya bagaimana seorang ayah sanggup bunuh anaknya sendiri. Luci juga berpendapat selama ini Bayu selalu berpihak dan membela Adel tetapi membenci Tatia. Luci bercadang untuk membantu Bayu kerana Bayu telah berjaya membunuh Tatia. Selama ini Luci begitu inginkan Tatia mati.


Episod 54 - 5

Tatia bangun dan terdengar seperti ada orang sedang membaca Al-Quran. Tatia ingin tahu siapakah orang yang telah menyelamatkannya. Tatia tanya kepada dirinya sendiri kenapa suasana di rumah itu gelap. Tatia seperti "familiar" dan kenal tempat itu. Tatia seperti pernah pergi ke tempat itu.

Katanya lagi kepada dirinya. Tatia turun ke tingkat bawah. Tatia masih ingat bahawa di dalam kamar itu terdapat kulit binatang dan dia membuka pintu kamar tersebut. Taufan berada di situ. Pada mulanya Tatia agak terkejut tetapi selepas seketika Tatia memanggil nama Taufan. Taufan gembira dia masih ingatkannya. Tatia gembira dapat bertemu semula dengan nenek Taufan lalu memeluknya dan pembantu Taufan juga turut gembira dapat berjumpa lagi dengan Tatia.




Episod 52 - 6

Telefon rumah berdering. "Siapa yang telah menelefon malam-malam begini", kata Bayu sendiri. Bayu terdengar ketukan di pintu kamarnya. Adel memberitahu Bayu bahawa Bayu mendapat panggilan telefon daripada polis. Adel juga meminta ayahnya tanya polis itu sendiri apa yang polis itu mahu. Apabila Bayu enggan menjawab panggilan tersebut, Adel berkata "Jangan begitu ayah, kata mereka, mereka akan ke sini". Bayu terpaksa menjawab panggilan telefon itu.



Bayu mengangkat telefon itu. Pemanggil itu berkata bahawa dia adalah Brefka Shanty dari pejabat polis. Adel mencuri dengar perbualan Bayu dengan polis itu.Polis itu berkata mereka telah menemui tubuh seorang gadis di landasan keretapi. Seorang gadis yang wajahnya telah hancur dan tidak dapat dikenali. Bayu berkata apa kaitannya pula dengannya. Menurut polis itu lagi mereka telah menjumpai dompet berhampiran dengan mayat itu. Sewaktu mereka buka dompet itu, di dalamnya ada kad pengenalan kepunyaan Bayu.

Tetapi pihak polis itu meminta buka pintu rumah dan keluar dengan segera. Mereka sudah berada di depan pagar rumah untuk menahan Bayu. Menurut polis itu, dia percaya bahawa Bayu tidak bersalah dan dia ingin membantunya. Bayu hairan kenapa polis itu ingin menolongnya. Bayu bertanya "Bagaimana saya boleh percaya dengan kata-kata awak?" Kata polis itu "Baik awak keluar dan lihat sendiri." Selepas itu perbualan mereka dimatikan.

Adel berkata pada dirinya "Tatia dah mati? Kenapa polis itu nak tolong ayah?" Bayu menggaru kepalanya dan hairan siapa pula yang telah menelefonnya. Katanya, peliknya dompet itu ada bersama dengannya. Yang penting dia harus keluar untuk mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku.



Polis wanita: "Awak ditahan."
Bayu (Bayu ketakutan lalu terkencing): "Ditahan?, Awak kata nak membantu saya."
Polis wanita: "Itu hanya satu perangkap, sekarang awak tidak boleh pergi ke mana-mana lagi."
Bayu: "Apa salah saya?"




Episod 52 sinetron Anakku Bukan Anakku berakhir di sini di lihat oleh Adel yang telah membuka pintu pagar rumah. Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa untuk mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 53 pada hari esok jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008

Tuesday, August 26, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-51 YANG DISIARKAN PADA 26 OGOS 2008 SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-51 YANG DISIARKAN PADA 26 OGOS 2008, SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta


Episod 50

Dalam episod semalam iaitu episod 50 menceritakan Tatia telah hilang dari pandangan diculik oleh Bayu setelah menekup mulut Tatia sewaktu Tatia sedang bercakap dengan Adel melalui telefon bimbit. Robin Hood moden dan Rafli telah menjumpai telefon bimbit Tatia dan terdapat kesan darah di lantai. Apakah sebenarnya berlaku kepada Tatia?

Episod 51 pada 26 Ogos 2008, Selasa jam 2.30 hingga 3.30 petang:


Episod 51 - 1

Episod 51 bermula dengan sedutan episod 50... Adel hairan kenapa Tatia menjerit dengan begitu kuat sewaktu dia bercakap dengannya melalui telefon bimbit. Robin Hood moden dan Rafli sangat risau dengan keadaan Tatia.

Rafli bertanya kepada Robin Hood moden samada benar dia terdengar jeritan seseorang. Robin Hood moden menjawab mungkin itu adalah jeritan Tatia. Tatia pengsan atas buatan Bayu dan dia membawanya ke suatu tempat. Robin Hood moden dan Rafli terus mencari Tatia di sekitar kawasan rumah itu.


Episod 51 - 2


Episod 51 - 3

Bayu bercadang untuk membunuh Tatia tetapi pisaunya hilang. Rafli menjumpai pisau Bayu dan dia menunjukkan pisau itu kepada Robin Hood moden. Bayu hampa kerana mereka telah menjumpai pisaunya. Robin Hood moden meminta Rafli supaya berhati-hati kerana kemungkinan orang itu adalah merbahaya. Bayu masuk ke dalam rumah dan bersembunyi disitu. Dia membawa masuk Tatia yang telah pengsan bersamanya masuk melalui tingkap bilik air. Bayu masuk ke dalam salah sebuah bilik dan dia mendapati banyak topeng di situ. Dia terpegun melihat keadaan di kamar itu.

Bayu pakai salah satu topeng ke mukanya dan tergelak seorang diri. Kemudian dia bercadang untuk mengaburi Tatia dan semua orang dengan topeng itu. Tiba-tiba dia teringat Tatia yang telah mengaburinya dengan topeng. Kini dia telah faham selama ini Vivian dan Nico mengetahui hal ini.

Robin Hood moden memberitahu Rafli bahawa penculik itu(Bayu) telah sembunyi di dalam salah satu bilik di rumahnya. Bayu mengambil dua topeng, katanya satu untuknya dan satu lagi untuk Tatia supaya dia boleh terselamat apabila keluar dari situ dan tiada sesiapapun yang akan mengenali mereka.


Episod 51 - 4

Robin Hood moden dan Rafli puas mencari penculik yang telah menculik Tatia tetapi tidak berjaya. Bayu membawa Tatia keluar dari rumah itu dan dia bercadang untuk memberi satu kejutan. Rafli terdengar anjing menyalak dari luar dan mereka teruskan pencarian mereka.

Rafli dan Robin Hood moden tertipu oleh Bayu yang telah memakai topeng dan ini bermakna Bayu telah berjaya mengaburi mereka. Bayu meneruskan perjalanannya dan dia begitu gembira dan mengatakan tiada seorangpun yang dapat menghalangnya daripada membuat apa sahaja dengan adanya topeng.

Apabila ditanya Nico, Adel memberitahunya bahawa Tatia telah mengatakan ayahnya, Bayu sanggup membunuh anaknya sendiri. Nico minta Adel untuk berterus terang sahaja dan akhirnya Adel menjelaskan bahawa dia terdengar jeritan Tatia dan selepas itu talian telefon putus.


Episod 51 - 5

Nico menelefon Rafli dan dia diberitahu huru hara telah berlaku dan Tatia diculik. Adel mencuri dengar perbualan Nico dan Rafli dan dia juga seperti agak terkejut mendengar akan hal itu. Robin Hood moden mendapat tahu mereka berdua telah tertipu dan dipermainkan oleh penculik itu kerana dia mendapati koleksi topengnya berkurangan.Robin Hood mengatakan bahawa Bayu telah tersilap mengambil topeng iaitu wajah seorang bernama Jarwo yang kini dalam buruan polis.



Nico mendesak Rona untuk memberitahunya di mana Bayu berada. Rona menipunya bahawa Bayu berada di dalam bilik air tetapi apabila Nico tidak menjumpainya di situ dia memberitahu Rona, dia akan mencarinya sendiri.

Tatia berjaya melarikan diri apabila Bayu dipukul oleh sekumpulan penjahat yang ingatkan bayu adalah Jarwo. Bayu membuka topengnya dan mereka meminta Bayu buang topeng tersebut kerana mereka hampir tersilap orang.






Rafli dan Robin Hood moden tiba di tempat kejadian. Begitu juga dengan Nico dan Timo. Rafli memberitahu Nico bahawa mereka sedang tidur sewaktu Tatia diculik. Tiba-tiba Nico menunjuk ke arah Tatia yang sedang lari ketakutan.







Bayu mengejar Tatia dengan senjata besi yang dirampasnya daripada seorang pemuda yang telah membantu Tatia membuka topeng di mukanya. Tatia menjerit ketakutan dan terus berlari. Apabila tiba di landasan keretapi Tatia terjatuh dan bertanya kepada Bayu(sedang memakai topeng) siapakah dia? Bayu menjawab dia adalah orang yang ingin membunuhnya. Selepas itu Bayu menggunakan sejenis senjata dan memukul memukul kepala Tatia dengan sejenis senjata besi yang dirampasnya daripada seorang pemuda yang telah membantu Tatia membuka topengnya.









Sebuah keretapi sedang menuju ke arah Tatia yang masih berada di landasan keretapi. Adakah Tatia akan terselamat atau sebaliknya? Jangan lupa untuk terus mengikuti kisah selanjut sinetron Anakku Bukan Anakku episod 52 pada hari Rabu, 27 Ogos 2008, jam 2.30 hingga 3.30 petang.

Online Visitors

Thank you for dropping by