Tuesday, April 16, 2013

Episode 84 (16 April 2013) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis



Pemain Sinetron Aliya

Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila

Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Periode Tayang: Mulai 12 Desember 2011
Jadwal Tayang: Setiap Hari pukul 19.00 WIB

Penghargaan:
Januari 2012 : Sinetron Paling Berkilau


Judul : Aliya
Episode : Global

Pemain : Dea Anissa, Irwansyah, Jihan Fahira, Gunawan, Restu Sinaga, Primus Yustisio, Billy Davidson, Afifa Syahira, Natasha Dewanti, Marini Burhan, Marchia Caroline, Epi Kusnandar, Ivanka Suwandi, Sean Hasyim, Gege Elisa

Tayang : Setiap Hari
Pkl. 19:30 - 21:oo WIB


Sinopsis Global

ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.

Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.

Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?

Temukan jawabannya hanya di saluran Satu untuk Semua. (Cn)

Sinetron Aliya mulai Episode 1 - Malay subtitle/sarikata Bahasa Malaysia

Sila klik di sini untuk mengikuti video klip sinetron Aliya mulai  Episode 1 - 56 ( 21 November 2012 - 26 Februari 2013)

Sinopsis ringkas Aliya Episode 82 pada 11 April 2013


Bermula dengan lagu tema pembukaan Aliya seperti biasa hari ini,  kisah Aliya menceritakan tentang Zaki dan Pram pergi ke mantera dukun untuk mencari jodoh.  Kata dukun itu apakah Zaki akan mendapat jodoh atau tidak semuanya bergantung pada Pram.Kata dukun itu lagi,  Pram adalah kunci suksesnya. Zaki memandang ke arah Pram lalu memberitahu Zaki bukankah dukun yang cakap begitu. Malah dukun yang lama juga cakap begitu. Jadi sama ada Zaki akan mendapat jodoh semuanya bergantung pada Pram. ram beritahu Zaki bahawa itu dikatakan musyrik namanya. Pram tanya Zaki sebelum itu dukun itu tahu nama Pram dari mana. Jelas Zaki dia mendapat nama Pram melalui sms tadi.

Pram keluar meninggalkan tempat itu. Zaki mengikut Pram. Pram tanya apa yang Zaki mahu lagi. Apakah Zaki mahu petunjuk lagi dan dia masih belum insaf. Zaki cuba merayu pada Pram untuk menolongnya sekali lagi. Sambung Pram itu merupakan satu pelajaran bagi Zaki bagaimana untuk mendapat jodoh. Zaki ingin mencatatnya terlebih dahulu agar tiada kesilapan nanti.


Menurut Pram: Pertama, Zaki tak perlu guna dukun.
Kedua, Zaki tak perlu guna sebarang mantera kerana seorang gadis perlukan seorang lelaki yang berwibawa. Pram juga menasihati Zaki bahawa dia harus jadi kaya untuk menjadi lelaki berwibawa.

Pram terus memberitahu Zaki bagaimana untuk menjadi orang kaya.  Zaki tanya Pram apakah setelah dia jadi kaya dia akan mendapat jodoh. Jawab Pram bukan saja seorang gadis malah dia boleh mendapat beberapa orang gadis. Pram terus memberi keyakinan pada Zaki bahawa jangan katakan satu Marina, tetapi lima Marina langsung kalo Zaki kaya. Sebelum Pram beredar dari situ, dia minta Zaki jangan menemuinya lagi lalu dia menasihati Zaki terus laksanakan. Zaki mengucap terima kasih atas cadangan Pram itu. Zaki berkata pada dirinya kalau dia ingin mendapat jodoh bererti dia harus jadi kaya.


Babak seterusnya: Pintu rumah Wisnu diketuk seseorang. Wisnu fikirkan pasti Shinta sudah pulang lalu dia dan Gisha pergi ke depan pintu dan membukanya. Sandra mulai berasa bimbang sekiranya itu Shinta, pasti dia akan memberitahu Wisnu apa yang telah dilakukan Sandra terhadapnya.Namun Wisnu silap. Kedua orang polis tanya pada Wisnu apakah benar itu rumahnya Shinta. Polis tersebut memberitahu Wisnu bahawa beberapa jam yang lalu dua pemancing ikan telah menemui jenazah seorang wanita di sungai. Menurut perkiraan polis itu, jenazah tersebut sudah diserang oleh buaya. Disebabkan kondisinya sudah hancur, susah untuk dikenali.


Wisnu tanya kenapa mereka ke situ. Tanya Wisnu pada mereka apakah mereka mahu memberitahunya bahawa itu adalah jenazah isterinya. Wisnu tidak percaya isterinya dimakan buaya, pasti ada kesalahan. Polis itu memberi bahan bukti pada Wisnu. Bagaimanakah reaksi Wisnu, Gisha dan Sandra?  Apakah Shinta benar-benar sudah meninggal atau diselamatkan oleh seseorang? Terus ikuti kisah Aliya dalam babak-babak seterusnya.

Sinetron Aliya Episode 82 pada 11 April 2013

Sinetron Aliya Episode 82 Part 1

Sinetron Aliya Episode 82 Part 2

Sinetron Aliya Episode 82 Part 3-3

Sinopsis ringkas Aliya Episode 83

Aliya menangis kesedihan di pusara mamanya, Shinta lalu dia memberitahunya bahawa dia adalah anak Shinta yang selama ini dicarinya. Aliya sedih kenapa dia tidak boleh memanggil nama mamanya. Gisha tanya kenapa dia berada di pusara mamanya. Gisha dengan perasaan marah tanya Aliya kenapa dia memanggil mamanya dengan sebutan mama. Gisha tanya apakah Aliya berharap dapat warisan mamanya. Gisha menolak Aliya dan mengusirnya pergi dari situ. Kata Aliya dia belum taburkan bunga lagi di pusara Tante Shinta namun Gisha tidak peduli dan terus mengusir Aliya.

Semua harta Hendri disita. Ibu Puspa terkejut mendengar berita itu dan tanya bagaimana ia boleh terjadi. Hendri memberitahu Ibu Puspa itu semua gara-gara Dana yang tidak membayar cukai selama lima tahun untuk hotel mereka.  Ibu Puspa tidak mahu hidup dalam kemiskinan. Ibu Puspa menjerit-jerit memarahi Dana. Ibu Puspa minta anakanya, Hendri pertahankan hartanya tetapi menurut Hendri semuanya sudah terlambat. Kata Ibu Puspa lagi suami Shinta seorang yang kaya dan dia boleh meminjam wang daripada mereka. Hendri menjelaskan itu semua tidak mungkin kerana Shinta baru saja meninggal. Hendri tidak sanggup minta bantuan Wisnu detik itu memandangkan keluarga Wisnu mengalami masalah yang lebih besar.

Babak yang lain menceritakan Aliya terkenang semula tentang Gisha yang telah mengusirnya sebentar tadi. Aliya berhasrat untuk pergi ke tempat Shinta ditimpa kemalangan. Galang ternampak Aliya naik angkot dan dia mengikut ke mana Aliya pergi.

Faris pergi menemui Aliya. namun jawab Zaki kebetulan Aliya sudah keluar. Zaki minta Faris telefon Aliya saja untuk mengetahui di mana dia pergi. Faris menelefon Aliya. Aliya menejelaskan pada Faris bahawa dia ke makam Shinta tadi dan dia tidak dapat pergi fisioterapi. Sambung Aliya lagi dia mahu pergi ke tempat Tante Shinta ditemui. Faris risau tentang keadaan Aliya dan dia ingin mengusul Aliya.

Aliya terpaksa tabur bunga di sungai tempat Shinta ditemui. Galang tiba dan memeluk Aliya dari belakang. Kata Galang, Tante Shinta pasti senang Aliya masih ingatkannya. Aliya teringat tentang kata-kata Diya tentang hubungannya dengan Galang. Tiba-tiba Aliya menolak Galang kerana dia tidak mahu menjadi beban pada Galang. Aliya minta Aliya tinggalkannya. Namun Galang enggan. kata Galang selama ini dia sudah bersabar dan sekarang dia tidak mahu menjauhi dari Aliya lagi. Galang tetap berdegil tidak mahu pergi dan dengan tidak sengaja dia menolak Galang ke sungai. Aliya menangis kebimbangan. Galang memanggil nama Aliya dan dia membantu Galang naik atas semula. Tanpa tidak disedari Aliya dapat berdiri tanpa sebarang bantuan dan Aliya boleh berjalan semula. Tema Aliya berkumandang dengan rasa kegembiraan Aliya dan Galang. Aliya memeluk Galang dengan perasaan senang. Kata Galang Aliya sembuh kerana panik. Ini bermakna dia mencintai Galang.

Faris memanggil Aliya. Aliya melepaskan pelukannya. Kata Aliya pada Galang dia boleh berjalan bukan kerana Galang tetapi keajaiban Allah. Lalu dia pergi ke arah Faris dan memeluknya. Faris bersyukur kerana Aliya boleh berjalan semula. Bagaikan hati yang hancur Galang terpaksa pergi dari situ. Aliya cuma dapat menangis kesedihan mengenangkan nasib mereka. Tanya Faris sebenarnya Aliya boleh berjalan lagi kerana bantuan Galang kan? Ini menunjukkan cinta Galang yang begitu besar pada Aliya. Kata Faris lagi cinta tidak boleh dipaksa dan dia tidak dapat melakukan apa-apa. Faris menansihati Aliya agar tidak bersedih keana adanya dia. Kata Faris dia akan selalu ada buat Aliya. Bila saja. Faris tidak kisah pukul berapa Aliya menelefonnya, yang pasti Faris akan sentiada ada buat Aliya. Bila Aliya perlukan Faris dia akan datang kalau mungkin. Hati Faris selalu siap untuk mendengar keluh kesah Aliya. Aliya mengucapkan terima kasih pada Faris dan dia tidak tahu bagaimana hendak membalas kebaikan Faris. Sambung Faris lagi dia melakukan semua itu demi kebahagiaan Aliya.

Shinta memandang dari jauh Sandra cuba menyarungkan cincin pernikahan ke jarinya. Sandra memuji kecantikan cincin tersebut lalu memeluk suaminya, Wisnu. Shinta sedih lalu pergi dari situ. Namun dia tidak melihat Wisnu mengelak daripada pelukan Sandra. Wisnu suruh Sandra menjaga sikapnya. Shinta masih terkenangkan kejadian sebentar tadi dan dia menuju ke makamnya. Kata Shinta pada dirinya. Mereka menguburkannya di situ. Shinta pengsan di pusara itu.

Terus ikuti kisah Aliya dalam babak-babak seterusnya.

Sinetron Aliya Episode 83 pada 15 April 2013

Sinetron Aliya Episode 83 Part 1

Sinetron Aliya Episode 83 Part 2

Sinetron Aliya Episode 83 Part 3

Sinetron Aliya Episode 83 Part 4-4

Sinopsis ringkas Aliya Episode 84

Kisah hari ini bersambung menceritakan tentang Dita tanya di mana Tante Sandra. Marina beritahu Dita bahawa Tante Sandra sudah keluar. Marina tanya Dita kenapa dia tidak mahu menyerah saja. Kata Marina dia bertuah pada waktu itu kerana Om Wisnu telah berinya 5 percent daripada hartanya. Kata Marina Om Wisnu tidak akan melepaskan Marina begitu saja dengan adanya cucu Om Wisnu dalam kandungannya. Kata Marina Tante Sandra dan Om Wisnu percaya bahawa anak yang dikandungnya adalah anaknya Gilang. Dita dapat rasakan Marina amat menjengkelkan. Dita tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dita mahu menghalang Marina daripada merebut Galang daripadanya.

Marina kemalangan. Marina pengsang dan terbaring di tepi jalan. Kebetulan Aliya berada di tempat kejadian dan dia membawa Marina ke rumah sakit. Marina mengalami pendarahan. Sandra yakin Aliya yang menyebabkan Marina pendarahan lalu menamparnya. Galang tanya bagaimana mamanya tahu Aliya perlakunya. Apakah dia berada di tempat kejadian pada waktu itu. Sandra menuduh Aliya perlakunya. Doktor memberitahu Sandra bahawa Marina berada dalam keadaan kritikal dan mereka harus segera mengeluarkan bayinya. Wisnu memarahi Aliya dan Wisnu mengusir Aliya dari rumah sakit. Aliya tetap bersabar walaupun dimarahi Wisnu. Dia minta diri untuk pergi dari situ. Dita lega kerana tiada orang yang mencurigainya.

Marina masih belum sedarkan diri setelah dioperasi. Bayinya selamat dilahirkan melalui pembedahan namun bayinya terlalu kecil dan harus dijaga dengan baik. Dita geram mendengar berita tersebut.

Shinta diselamatkan oleh seorang jejaka tetapi dia berasa sukar untuk mempercayai sesiapapun setelah apa yang telah dilakukan Sandra terhadapnya.

Dana pergi menemui Marina tetapi dia diberitahu oleh pembantu rumah bahawa Marina ke rumah sakit.  Marina sedar semula dan dia memberi nama anaknya Putra Gilang Utama. Marina minta Wisnu selalu sering menjenguk anaknya kerana kedua orang neneknya sudah meninggal. Dana pergi menemui Marina dan meminta wang sebanyak wang Rp.1 billion.

Anjar pergi ke makam Shinta tetapi dia dipukul Wisnu. Laila yang sedang bersama Wisnu ketika itu teringat tentang Anjar. Anjar ingin memohon maaf daripada Laila tetapi Wisnu menghalangnya daripada menganggu mertuanya. Wisnu melarang Anjar pergi ke makam Shinta lagi.

Ibu Puspa tanya di mana Dana mendapat jumlah wang sebanyak itu untuk mereka tinggal di hotel selama sebulan. Menurut Dana itu adalah wang simpanannya. Apakah Ibu Puspa akan percaya dengan kata-kata Dana itu?

Shinta baru saja bangun dari istirahat. Shinta meminta maaf pada Vano kerana dia telah mencurigai Vano lalu memukulnya. Namun Vano mengerti perasaan Shinta. Shinta minta diri mahu pergi dari situ tetapi Vano bimbang dengan keadaan Shinta yang masih lemah. Shinta menjelaskan pada Vano bahawa dia mahu ke makam di mana dia pengsan semalam. Vano izinkan Shinta pergi dengan syarat dia ikut bersama.
Vano: Pokoknya kalo ibu mau ke makam kemarin saya ikut ya, bu? Saya nggak mau ibu kenapa-napa.

Penghujung Episode 84 mengisahkan Wisnu ingin pergi ke makam Shinta. Sandra sampai di kediaman Wisnu.  Kata Sandra dia mahu menemui Wisnu apabila Wisnu tanya kenapa pagi-pagi begitu dia pergi ke sana. Sandra mahu pergi ke makam Shinta bersamanya. Sandra menawarkan untuk memandu ke sana sementara Wisnu boleh rehat.

Dalam hati Sandra dia berkata pada dirinya dia harus terus mendekati Wisnu dan tidak boleh menyerah begitu saja. Lama kelamaan Sandra pasti Wisnu juga akan rasa bahawa dia perlukannya.

Di makam Shinta, Wisnu belum dapat menerima kepergian Shinta. Malah dia tidak dapat membayangkan untuk menjalani seumur hidup tanpa Shinta.

Shinta ternampak Wisnu di makam itu. Dalam hatinya dia berfikir apakah Wisnu masih memikirkan dirinya. Apakah Wisnu masih ingin Shinta ada di sampingnya? Sandra minta Wisnu pulang saja memandang hari sudah mendung dan khuatir akan hujan nanti. Sambung Sandra lagi Shinta tidak akan tenang kalau Wisnu sedih begitu. Sandra mengajak Wisnu pulang saja.

Tiba-tiba Wisnu terdengar suara Shinta memanggil namanya. Wisnu memandang ke arah belakang tetapi pandangannya dihalang oleh Vano yang berada bersama Shinta. Sandra hairan dengan sikap Wisnu yang memanggil nama Shinta. Melihat keadaan Shinta yang masih lemah, dia minta agar Shinta pulang saja bersamanya.
Suara hati Shinta: Secepat itu kamu melupakan aku, mas? Apakah persamaan kita selama ini benar-benar nggak ada artinya buat kamu? Secepat itu kamu bisa bersama Sandra lagi?
Vano: Bu, ayo bu..
Shinta fikirkan Wisnu begitu cepat Wisnu melupainya dan sudah bersama Sandra.

Sampai di rumah, Laila memberitahu Sandra sarapan yang disediakan cuma cukup untuk tiga orang iaitu Wisnu, Gisha dan dirinya. Laila tidak suka tentang keberadaan Sandra di rumah Wisnu. Sandra terpaksa pergi dari situ apabila Laila memberitahunya bahawa dia tidak berhak berada di rumah itu kalau mereka berdua belum menikah. Sandra mengadu pada Wisnu mertua Wisnu halaunya. Namun Wisnu tidak mahu Sandra bertengkar dengan ibu mertuanya dan dia meminta agar Sandra pergi saja.

Wisnu harap Laila jangan salah faham melihat Sandra dekat samanya.
Laila: Sebetulnya, saya ingin bicara dari kemarin. Saya cuma minta kamu menghormati Shinta. Makamnya aja belum kering. Tapi kamu juga pergi bersama mantan istri kamu.
Wisnu: Aku juga nggak mau itu, bu. Aku dah larang Sandra. Tapi dia terus aja ikutin aku. Sekalipun Shinta udah meninggal, dia selalu hidup buat aku. Dan nggak ada yang bisa menggantikan itu.
Laila: Terima kasih,  Wisnu. Ibu senang sekali mendengarnya.
Laila mahu Wisnu menghormati isterinya, Shinta yang baru meninggal.  Menurut Wisnu tiada siapa yang dapat menganti tempat Shinta.

Faris tanya ke mana Pak Hendri mahu pergi. Kata Pak Hendri dia mahu cari kerja. Faris tidak faham dengan maksud Pak Hendri. Jawab Pak Hendri apa saja yang penting halal. Pak Hendri minta diri untuk pergi memohon pekerjaan. Pak Hendri mendapat kerja sebagai seorang buruh kasar di sebuah tapak pembinaan.

Faris melihat dari jauh. Dia tidak sanggup berasa marah pada Pak Hendri yang telah bersikap jahat terhadap dirinya dan papanya, Pram.


Beberapa saat sebelum berakhirnya episode 84, Zaki pergi menemui Pram lagi. Dalam hati Pram, dia tidak tahu kenapa sentiasa Zaki mengikutinya. Zaki minta pertolongan Pram untuk melariskan jualan produknya itu. Bersambung...

Sinetron Aliya Episode 84 pada 16 April 2013

Sinetron Aliya Episode 84 Part 1

Sinetron Aliya Episode 84 Part 2

Sinetron Aliya Episode 84 Part 3

Sinetron Aliya Episode 84 Part 4-4


sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/ 
SenCy_TVkoe:  http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
 http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
lynnalynn01 Channel
azmitabalkis13 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by