Pemain Sinetron Aliya
Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Marchia Caroline sebagai Bu Mutia
Primus Yustisio sebagai Pak Hendry
Shandy Isabella sebagai Dita
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3
Sinopsis Global
ALIYA
adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan
Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai
konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah
keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis
malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh
membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu
adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang
telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia
cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya
akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah
Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya
akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau
Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Sinopsis ringkas Aliya Episode 60
Kisahnya bersambung lagi dengan Aliya... Aliya semakin risau apabila setelah satu jam dia menunggu Galang masih belum sampai. Aliya cuma anggap semua itu disebabkan kesesakan lalu-lintas.
Galang tanya dia mahu apa berada dalam mobil itu, kata Marina dia mahu jadi isteri Galang. Menurut Marina dia menghamili anak saudaranya. namun Galang menafikan itu adalah anak Gilang. Galang cuba melepaskan diri tetapi orang suruhan Marina mengacukan pisau ke arah Galang. Galang berjaya merampas pisau tersebut. Marina panik. Galang suruh mereka berhentikan mobil itu. Marina suruh Galang jangan macam-macam tetapi kata Galang yang macam-macam adalah marina. Marina terpaksa menyuruh anak buah Marina berhentikan mobil itu. Galang mahu keluar dari mobil tersebut tetapi gagal. Galang pengsan. Marina suruh orang suruhannya teruskan perjalanan.
Aliya semakin bimbang tentang keselamatan Galang. Aliya cuba menelefon Galang. Tetapi waktu itu pelayan membawa kekbuat Aliya dan mengatakan kektersebut adalah pesanan daripada Galang sebelum itu.
Aliya menelefon Faris sambil mengatakan "I Love You" pada Faris. Setelah itu Aliya jelaskan itu adalah kek yang diberikan oleh Galang padanya dengan ungkapan "I Love You". Faris sedih mendapat tahu Aliya telah jatuh cinta pada Galang.
Galang dikurung di sebuah stor. Dia diancam akan dikerjakan oleh orang suruhan Marina yang sedang memegang mesin gergaji.
Faris terkenang semula bagaimana Dana telah menurunkan pangkatnya menjadi pegawai gudang. Prem menjenguk Faris.Tanya Prem apakah ada orang yang mahu menyakitinya. Tetapi kata Faris dia cuma keletihan sahaja. Prem menasihati Faris untuk mengambil cuti sehingga jahitannya kering. Setelah beberapa minggu kemudian barulah masuk bekerja semula.
Faris menjelaskan pada ayahnya bahawa dia sudah ditukarkan jawatan menjadi pegawai gudang. Prem tanya Faris alasan apa Pak Hendri menukarkan jawatannya itu. Kata Faris itu bukan keputusan Pak Hendri tetapi anaknya, Pak Dana. Prem faham bahawa semua keputusan itu adalah di luar pengetahuan Pak Hendri.
Prem menjenguk Pak Hendri yang masih koma. Prem cuma nak beroda agar Pak Hendri sedar kembali dan selain itu dia juga amat berharap Pak Hendri segera mengetahui Faris adalah orang yang mendonorkan ginjalnya pada Pak Hendri. Prem juga berharap Pak Hendri segera mengetahui Faris adalah anak kandung Pak Hendri yang telah dibuangkan Pak Hendri dulu. Prem sekali lagi mendoakan agar Pak Hendri cepat sembuh. Setelah itu Prem beredar dari situ. Tangan Pak hendri mula bergerak sedikit. Apakah dia akan sedar kembali dari koma?
Sinopsis ringkas Aliya penghujung Episode 60
Aliya
tiba-tiba terjaga memanggil nama Galang. Aliya tidak tahu kenapa dia
bermimpi buruk tentang Galang. Aliya bimbang tentang keselamatan Galang.
Aliya cuba menelefon Galang namun panggilan tidak dijawab. Aliya
semakin risau tentang keberadaan Galang. Sambil berlinangan air mata
Aliya memandang bungkusan hadiah kek pemberian Galang.
Pada
keesokan hari, Aliya pergi mencari Galang di tempat kerjanya tetapi dia
diberitahu bahawa Galang masih belum tiba lagi. Kata Aliya pada Anjar
setahunya, Galang merupakan seorang yang sangat berdisiplin. Anjar
memberitahu anaknya mungkin Galang masih dalam perjalanan agar Aliya
tidak terus berasa bimbang. Tetapi menurut Aliya, dia disuruh Galang
untuk datang tepat pada masanya ketika Galang tawarkan kerja itu. Sudah
dua kali Galang tidak menepati janji. Biasanya dia tidak seperti itu,
begitulah yang difikirkan Aliya. Jawab Anjar mungkin Galang sudah lupa.
Tetapi Aliya tidak percaya kerana Galang tidak pernah lupa pada
janjinya. Dalam hati Aliya dia tertanya-tanya di mana Galang telah pergi
sejak semalam.
Sandra masuk ke kamar Galang dan dia
mendapati Galang tiada di kamarnya. Tapi nggak mungkin Galang pergi
begitu saja kalau nggak pamit. Apakah dia nggak pulang semalaman. Sandra
masuk ke kamar Marina dan dia berasa geram apabila Marina juga tiada di
situ. Kemudian Sandra terfikir jangan-jangan ada hubungan tentangnya
apabila Galang dan Marina juga nggak pulang semalam. Namun Sandra juga
berpendapat mungkin Marina telah pergi ke rumah mamanya. Sandra
menelefon Marina tetapi Marina tidak menjawab telefon pula.
Sandra
semakin risau dan dia menghubungi Wisnu. Sandra memberitahu Wisnu
bahawa semalaman Galang nggak pulang. Sandra takut kalau Galang hilang.
Wisnu tanya bagaimana Galang boleh hilang. Sandra juga tidak mengerti
bagaimana hal itu boleh berlaku. Sandra minta Wisnu pergi ke rumahnya
segera.
Sandra: Aduh Galang, kamu di mana sih, nak?
Shinta sedang berdandan dan pada waktu itu Gisha masuk dan puji kecantikan mamanya pada hari itu.
Gisha: Mama mau ke mana?
Kata
Shinta dia belum mahu ke mana-mana. Kemudian Gisha ternampak
anting-anting pemberian Shinta pada Aliya yang telah Aliya kembalikan
pada Shinta semuala. Gisha terkenang pada waktu dia terdengar perbualan
Mutia dengan Shinta menegenai pemberian anting-anting itu pada Aliya.
Gisha memuji kecantikan anting-anting tersebut. Shinta tiba-tiba cemas
apabila Gisha mahu memegang anting-anting itu.
Shinta: Ini punya...
Gisha: Punya siapa, ma?
Shinta: Punya mama...
(Shinta terpaksa membohongi Gisha, tanpa menyedari Gisha telah
mengetahui anting-anting itu pernah diberikannya pada Aliya seketika
dahulu)
Gisha; Oh, punya mama.. kalo punya mama berarti punya Gisha juga kan?
Suara hati Shinta: Aduh, gimana ya bilang ke Gisha kalo..
Dalam hati Shinta dia tidak tahu bagaimana dia ingin menjelaskan pada Gisha kalau anting-anting itu dia jadikan hadiah.
Gisha: Ma, aku kan anak mama juga. Berarti punya mama, punya Gisha kan? Boleh ya, ma.. buat aku?
Shinta memandang wajah Gisha sambil dia terkenang kembali waktu di mana dia menghadiahkan anting-anting itu pada Aliya.
Tanpa disedari, Shinta memanggil Gisha dengan panggilan Aliya.
Gisha: Aliya? Ma, aku ini Gisha, ma. Bukan Aliya.
Tiba-tiba Shinta sedar dengan kesilapan nama yang dia panggil tadi.
Gisha: Mama kok ingat anak orang, sih?
Shinta: Maaf sayang..
Shinta cuba menjelaskan pada Gisha bahawa maksudnya anting-anting itu sesuai untuk Gisha dan juga Aliya.
Gisha: Ya udah, ma.. sekarang ni punya Gisha ya ma..?
Shinta terpaksa mengiyakan permintaan Gisha.
Shinta: Iya, Gisha.
Gisha: Makasih ya, ma.
Gisha mengambil anting-anting tersebut lalu beredar dari kamar mamanya.
Suara hati Shinta: Sejak Anjar dan Mutia keluar dari sini, aku takut menemui Aliya.
Shinta takut masalah akan berlanjutan sekiranya dia menemui Aliya. Namun Shinta amat merindui Aliya.Bersambung dalam Episode 61
Sinetron Aliya Episode 60 pada 5 Mac 2013
Sinetron Aliya Episode 60 Part 1
Sinetron Aliya Episode 60 Part 2
Sinetron Aliya Episode 60 Part 3
Sinetron Aliya Episode 60 Part 4-4
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan
dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis
ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Episode 1 - 94 - 102 Episode Sinetron Aisyah mula menemui penonton pada 24
Februari 2015 setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang di slot Sinetron TV3
-
*Pameran/Pemain*
Alyssa Soebandono
Dude Harlino
Raya Kohandi
Asmirandah
Rio Reifan
Drg Fadli
Anwar Fuadi
Devi Permatasari
Ade Surya Akbar
Cut Syifa
*Sin...
9 years ago
0 comments :
Post a Comment