Pemain Sinetron Aliya
Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3
Sinopsis Global
ALIYA
adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan
Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai
konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah
keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis
malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh
membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu
adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang
telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia
cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya
akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah
Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya
akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau
Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Sambungan sinopsis Episode 31 pada 14 Januari 2013
Apabila para saksi berkata sah saja, tiba-tiba
Marina mual - mual, kata Marina dia cuma nggak enak badan. Penghulunya bilang kalau mempelai perempuan sedang
hamil, ijab kabul tidak bisa dilanjutkan. Penghulu tanya Marina sekali lagi apa Marina sedang hamil. Namun bilang Marina pada penghulu ia tidak hamil, hanya mual karena sakit.
Penghulu menyuruh Marina dan semuanya bersumpah, Marina berani tapi
tidak dengan Shinta. Kata Shinta dia tidak bersedia kerana Marina memang hamil. Penghulu memberitahu mereka dia tidak dapat melanjutkan pernikahan tersebut. Penghulu pun pergi karena pernikahan yang sedang
hamil tidak boleh menikah dengan mana-mana laki-laki pun kerana haram hukumnya. Kata Pak Penghulu itu lagi dia boleh menikah tetapi setelah anaknya dilahirkan.
Sandra marah pada Shinta dan
mengusirnya. Shinta, Anjar, Gisha dan Wisnu pergi. Wisnu minta Shinta
bersikap sedikit bijak, sambung Wisnu kenapa dia tidak memikirkan perasaan orang-orang di situ. Shinta bilang pernikahan Marina gagal bukan kerana dia tapi menurut penghulu seseorang itu tidak boleh menikah kalau dia hamil. Anjar
membenarkan kata - kata Shinta. Wisnu bilang ia tidak minta pendapat
Anjar dan Gisha minta Anjar jangan ikut campur karena Anjar hanya supir.
Marina menangis teresak-esak kerana semuanya sudah hancur. Galang beritahu Aliya dia tahu kenapa dia menghadiri acara pernikahannya dan Marina. Dia mahu Aliya bersikap jujur dengannya. Aliya teruskan pendiriannya dengan mengatakan dia tidak mempunyai sebarang perhubungan dengan Gilang dan mereka tidak pernah bertunang. Kata Galang dia mahu Aliya cabutkan kalung yang dipakainya kerana Aliya tiada hubungan dengan Gilang. Aliya cuma dapat berlinangan air mata memandang wajah Galang. Galang mencabar Aliya untuk mencabut kalung yang dipakainya. Secara terpaksa Aliya terpaksa menanggalkan kalung yang dipakainya dan memberikan pada Galang. Sekali lagi Aliya cuba menyakinkan Galang yang dia tidak pernah bertunang dengan Gilang.
Babak yang lain menceritakan Marina mahu membunuh diri. Galang minta Marina teruskan. Marina mengambil kotak mancis untuk menghidupkan api. Galang mulai khuatir sesuatu akan terjadi. Dengan tidak sengaja api mula dinyalakan. Marina pengsan.
Marina dibawa ke kamarnya. Sandra marah pada Galang dan mahu bicara dengannya. Marina membuka matanya dan tersenyum sendirian.
Sandra menampar Galang sambil mengatakan anaknya keterlaluan kerana dia sanggup menyokong Marina untuk membunuh diri. Kata Sandra seharusnya Galang mencegah Marina. Galang minta maaf pada mamanya kerana dia fikirkan untuk takutkan Marina saja. Namun menurut Sandra bukankah Marina nekad mahu bunuh diri. Galang sebagai calon suaminya Marina harus hiburkan dia dan bukan suruh dia bunuh diri. Sandra tidak tahu apa yang ada dalam fikiran Galang. Sambung Sandra lagi dulu Galang menurut padanya tetapi sekarang sudah tidak lagi. Sandra menuduh Galang mula terikut Shinta.Kata Sandra lagi dia ibu kandungnya dan dia amat kecewa sama Galang.
Babak seterusnya menceritakan Wisnu memberitahu Shinta nasi sudah menjadi bubur apa yang harus melakukan sekarang adalah mencari jalan penyelesaian dan dia minta Shinta fikir dan ikhtiarkan bersamanya. Namun menurut Shinta jalan keluarnya sekarang adalah menunggu kelahiran anak Marina dan setelah itu barulah pernikahan dijalankan. Itupun kalau anaknya Marina itu anaknya Gilang. Tetapi Wisnu kasihankan Marina yang harus tunggu terlalu lama. Secara diam-diam, Mutia mendengar perbualan Wisnu dan Shinta. Jawab Shinta itu ideanya dia. Wisnu boleh guna kalau mahu tidak guna pun tidak apa. Shinta tidak mahu disalahkan terus. Katanya lebih baik berdiam diri. Setelah itu Shinta terus menguncikan dirinaya di dalam kamar.
Wisnu cuba masuk ke dalam tetapi gagal kerana pintu kamar sudah dikunci dari dalam. Wisnu minta Shinta buka pintunya kerana dia belum selesai omong lagi. Wisnu tanya kenapa setiap kali dia omong Shinta pasti tutup pintu. Anjar tanya apa yang Mutia lakukan lalu menarik dia keluar. Jawab Mutia dia melihat Shinta bertengkar dengan suaminya. Tanya Anjar apakah itu tontonan sampai dia melihat begitu. Mutia serba ingin tahu kenapa acara pernikahan itu bisa gagal. Namun kata Anjar itu bukan urusan Mutia. Urusan mereka di situ adalah bekerja.
Anjar tidak mahu Mutia masuk campur dalam urusan mereka. Tetapi menurut Mutia, semenjak dia bekerja lagi dia sudah ikut campur dalam urusan mereka. Mutia pasti akan senang sekali melihat rumah tangga Shinta berantakan sama seperti dia dan Anjar.
Wisnu minta maaf pada Anjar kerana telah memarahi Anjar tadi. Wisnu harap kemarahannya tadi tidak menyinggung persaaan Anjar. Namun menurut Anjar dia tidak marah malah dia menasihati Wisnu agar bersabar menghadapi masalah tersebut. Wisnu jelaskan pada Anjar posisinya serba salah.
Wisnu tahu Shinta itu benar. Tapi Sandra marah dan salahkannya kalau dia bela Shinta dan ketika Wisnu nasihati Shinta dia pula yang marah. Shinta fikir dia membela Sandra. Wisnu serba salah. Kalau Wisnu tahu, dia nggak akan nikah dua kali. Wisnu harap Anjar tidak menghadapi masalah sepertinya. Anjar memandang ke arah wajah Wisnu kerana memang dia juga menghadapi masalah yang sama seperti Wisnu. Namun Anjar tidak dapat berkata apa-apa.
Babak yang lain menceritakan Galang menerima sms daripada Faris sebelumnya. Faris ingin menemui Galang kerana ada hal penting yang dia mahu tunjukkan tentang Marina. Faris harap Galang dapat datang sebelum acara pernikahan Galang bermula. Sandra cuba menghalang Galang dari keluar tetapi menurut Galang dia tahu mungkin Marina stress akan kejadian itu tetapi dia juga perlu ketenangan. Kata Galang lagi dia butuh waktu untuk tenang.
Dana terkejut apabila dia dibawa ke ruangan kerja yang baru di mana dia cuma memegang jawatan sebagai penolong ketua sekuriti di hotel mereka. Dana tanya apakah papanya bergurau dengannya kerana dia adalah penolong pengurus besar dan kenapa pula papanya berikan posisi jadi penolong ketua sekuriti. Tetapi menurut Hendri bukankah Dana sudah mengetahui yang Faris telah mengisi jawatan sebagai penolong pengurus besar. Lagipun sejak kejadian kemarin, kejadian perampokan di rumah mereka, Hendri dapat lihat potensi Dana berkebolehan untuk bekerja di bahagian sekuriti. Sebab itu Hendri berikan jawatan itu pada Dana. Hendri tanya Dana apakah dia tidak suka jawatan itu kerana itu saja jawatan yang kosong sementara waktu. Sambung Hendri lagi terserah Dana mahu atau tidak semuanya terserah pada Dana. Mahu tidak mahu Dana terpaksa menerima jawatan yang diberikan oleh papanya. Kata Dana yang penting dia dapat bantu papanya di hotel itu. Hendri senang mendengarnya. Hendri fikirkan yang Dana sekarang sudah mulai berubah dan lebih bijaksana dan dewasa. Setelah Hendri beredar dari situ, Dana marah-marah dan memukul pintu itu dengan kuat.
Faris menemui Galang di sebuah kafe dan memberitahu Galang dia ingin menunjukkan foto Marina bersama seorang lelaki. Galang ingin melihat fotonya tetapi menurut Faris foto tersebut sudah dibakar oleh Marina. Galang tanya pada Faris apakah dia yang menyebabkan kekecohan itu. Faris mengiakan soalan Galang. Namun Faris minta Galang jangan kecewa kerana dia masih menyimpan foto tersebut dihpnya kerana dia punya firasat yang Marina akan merampas foto itu jadi dia foto dihpnya. Galang terkejut melihat Marina dan Dana.
Kata Galang kalau mereka tidak boleh membuat Marina mengaku mereka harus membuat Dana mengaku. Faris setuju dengan pendapat Galang.
Sinopsis penhujung episode Aliya: Mengisahkan Zaki menangis kesediahan mengenangkan Marina sudah bernikah dengan orang lain. Aliya tanya Zaki kenapa dia menangis. Jawab Zaki tidak dapat menikah dengan gadis impiannya, Marina.
Zaki memberitahu Aliya yang kini hatinya sudah hancur dan hidupnya seperti sudah berakhir, semuanya gelap selepas Marina pergi. dan Zaki berasa tiada pegangan lagi. Apabila Aliya menerangkan pada Zaki yang pernikahan Marina sudah dibatalkan, tangisan Zaki terhenti dan dia merenung ke arah Aliya seakan sedang bermimpi. Setelah Aliya yakinkan Zaki kerana dia baru pulang dari acara tersebut, kata Zaki jodoh memang tak ke mana. Zaki mengucapkan terima kasih pada Aliya kerana sudah beritahunya tentang Marina. Zaki memuji Aliya memang adikya yang baik.
Setelah Zaki beredar dari situ, Aliya menerima sms daripada Faris memintanya untuk datang ke hotel kerana dia ada sesuatu yang penting untuk ditunjukkan pada Aliya. Aliya menemui Faris di hotel. Tanpa diduga oleh Aliya, Faris juga telah mengajak Galang untuk pergi menemui Dana bersama.
Pada mulanya Dana fikirkan Faris tentu akan tertawakannya kerana jawatannya lebih rendah daripadanya. Tetapi jangkaan Dana salah. Faris menunjukkan foto Dana bersama Marina di hpnya. Kata Faris, dia sempat melihat Marina di hotel itu dan Dana juga mengusirnya dari situ. Maksud kedatangan mereka ingin tanya apakah Dana telah menghamili Marina. Dana mengaku pernah tidur sama Marina tetapi itu tidak bererti dia telah menghamilinya. Dana hampir memukul Faris tetapi dihalang oleh Galang. Pak Hendri muncul pada ketika itu dan tanya mereka apa yang sedang berlaku.
Mereka masuk ke ruangan Pak Hendri. Pak Hendri tanya Dana apakah benar itu fotonya. Dana mengaku itu memang fotonya.
Pak Hendri: Kalau foto ini membuktikan bahawa anak yang dikandung oleh Marina adalah anaknya Dana, saya rasa agak sedikit terlambat karna beberapa waktu yang lalu ibunya Marina dan Marina datang kepada saya. Saya katakan untuk melakukan tes DNA dan hasilnya ternyata negatif bahawa anak yang ada di dalam rahimnya Marina bukan darah dagingnya Dana.
Mahu atau tidak, Galang, Faris dan Aliya terpaksa mempercayainya.
Pak Hendri: Saya rasa sudah clear itu.
Dana: Tunggu apa lagi, lebih baik kalian pergi dari sini dan jangan pernah ganggu di hotel ini lagi.
Pak Hendri: Faris, sebentar.
Faris: Ya, pak.
Pak Hendri memberitahu Faris bahawa dia menjadikan Faris sebagai penolong pengurus besar hotel itu bukan bererti dia boleh buat sesuka hati apalagi menuduh orang tanpa bukti. Pak Hendri berharap itu merupakan pertama dan terakhir kalinya Faris melakukan hal yang memalukan seperti itu kerana kalau sampai terjadi lagi Pak Hendri akan benar-benar kecewa sama Faris.
Faris: Maafkan saya, pak. Kalau begitu saya pamit.
Setelah itu mereka keluar dari ruangan Pak Hendri dengan perasaan kecewa kerana tidak dapat buktikan anak dalam kandungan Marina adalah anaknya Dana.
Faris meminta maaf pada Aliya dan Galang kerana tidak dapat buktikan anak yang dikandung Marina itu bukann anaknya Gilang dan dia fikir tinggal selangkah lagi untuk membongkar kebohongannya Marina.
Galang: Nggak apa-apa Faris, aku sangat menghargai usaha kamu daripada (sambil Galang memandang ke arah Aliya) orang yang nggak usaha sama sekali.
Faris: Aliya, aku tadi dah berusaha menghentikan pernikahan Galang dan Marina tapi Marina malah membakar fotonya. Tapi Tuhan ternyata tak pernah tidur ya. Dia mempunyai cara lain untuk menghentikan pernikahan ini.
Belum sempat Faris menghabiskan kata-katanya Aliya terus marah pada Faris dengan mengatkan bukankan dia pernah bilang sama dia meminta Faris diam saja. Tetapi Faris malah bertindak di luar persetujuan Aliya.
Aliya: Ris, mohon jangan ikut campur. Ini bukan urusan kamu.
Faris: Aliya, kamu marah-marah sih? Ini semua demi kamu. Aku nggak peduli walaupun hal ini membuat aku diusir sama Pak Wisnu. Aku hampir kehilangan kerja aku tadi karna aku tahu kamu sangat mencintai Gilang. Dan aku tahu juga kamu dah menganggap Galang sebagai penggantinya Gilang. Walaupun aku sekarang nggak ngerti kenapa kamu jadi aneh kaya gini. Tapi aku yakin kamu sangat tidak menginginkan pernikahan Galang dan Marina. Aku berjuang tapi apa? Apa balasannya. Kamu malah bilang, saya ikut campur urusan kamu. Okey, mulai saat ini aku nggak akan ikut campur urusan kamu.
Bersambung dalam Episode 32 pada keesokan hari waktu yang sama. Terus mengikuti kisah yang semakin menarik dan mengguris hati ini.
Sinetron Aliya Episode 31 pada 14 Januari 2013
Sinetron Aliya Episode 31 Part 1
Sinetron Aliya Episode 31 Part 2
Sinetron Aliya Episode 31 Part 3
Sinetron Aliya Episode 31 Part 4-4
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan
dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis
ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
azmitabalkis13 Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Episode 1 - 94 - 102 Episode Sinetron Aisyah mula menemui penonton pada 24
Februari 2015 setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang di slot Sinetron TV3
-
*Pameran/Pemain*
Alyssa Soebandono
Dude Harlino
Raya Kohandi
Asmirandah
Rio Reifan
Drg Fadli
Anwar Fuadi
Devi Permatasari
Ade Surya Akbar
Cut Syifa
*Sin...
9 years ago
0 comments :
Post a Comment