Sinopsis sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 41: Putri dan Pengemis pada 7 Disember 2009
**********************************************************************
Sekar menerima lamaran daripada Bara, yang tinggal di kampung sebelah.
Tetapi Sekar enggan menerima lamarannya dan kata Sekar Bara harus mencerminkan dirinya. dulu. Mendengar apa yang dikatakan Sekar, ayahnya berasa marah dan minta Sekar jangan sombong. Sekar beritahu ayahnya orang seperti Bara patut diajar. Berani dia melamarnya dengan barang kemas murahan. Apakah dia tidak mampu beli barang kemas yang mahal? Sekar minta wakil wanita itu memberitahu majikannya bahawa dia tak akan menerima lamarannya.
Sekar begitu sombong dan menolak barang kemas itu ke lantai.
Ayah Sekar: Sekar, apa kamu buat? Sekar, ayah tidak suka dengan sikap kamu. Apa kamu mahu sebenarnya? Meskipun kamu cantik, tetapi kamu tidak boleh sombong seperti itu? Menolak semua lamaran dengan kasar.
Sekar: Ayah mahu bagaimana lagi? Setiap orang yang melamar aku kekampungan.
Ayah Sekar: Ayah sudah salah mendidik kamu. Dari kecil, kamu dimanjakan dan membesar jadi gadis yang kurang sopan. Esok, ayah akan kahwinkan kamu dengan pengemis. Biar kamu serik dan faham erti kehidupan.
Sekar terkejut dengan keputusan ayahnya dan tanya adakah ayahnya serius tentang hal itu. Ayahnya kata dia serius tentang hal itu.
Setelah Sekar dikahwinkan dengan Bara:
Sekar terpaksa menjual tempayan di pasar apabila Bara tidak berasa sihat. Semua orang di kampung mentertawakan Sekar. Kata mereka anak penghulu menjual tempayan pula. Tia dan Kendil menemui Sekar. Sekar memberitahu mereka dia bukan lagi anak seorang penghulu kampung tetapi dia cuma seorang yang telah berkahwin dengan pengemis.
Sekar mengajak Tia dan Kendil tinggal di rumahnya sekiranya mereka tidak keberatan. Sekar memberitahu Bara tadi dia tersadung dan semua tempayan itu pecah. Bara kata tidak mengapa asalkan dia telah berusaha. Bara kata kini dia harus mengaja Sekar kerana dia telah menjadi isterinya walau dalam keadaan apa pun.
Semua penduduk kampung tidak mahu Sekar berniaga di kampung itu dan mereka menghancurkan gerainya. Tia beritahu Sekar pasti Bara akan faham. Bara dipukul di rumah dan dia disuruh menjelaskan semua hutang-hutangnya. Pemiutang dan orang suruhannya memberi amaran kepada Bara untuk membayar semua hutangnya. Tia memberi ubat untuk disapukan
kecederaan Bara. SEkar sedih apabila sayur-sayurannya tidak laris. Penduduk kampung tidak menghiraukan Sekar dan enggan membeli daripadanya. Sekar sedih tidak dapat menolong Bara. Kendil minta Sekar usah putus asa kerana semua yang terjadi pasti ada penyelesaiannya. Jaka kata sayang sekali puteri bangsawan seperti Sekar berkahwin dengan Bara. Jaka minta Sekar tinggalkan Bara dan hidup bersamanya kerana pasti hidupnya akan menjadi lebih bahagia bersamanya. Sekar menolak dan Jaka kata dia tidak suka ditolak. Mereka pergi selepas itu.
Bara hilang. Sekar risau di mana dia berada. Tiba-tiba ayah Sekar pergi ke rumah Bara dan Sekar meminta maaf kepada ayahnya kerana selama ini dia telah berdosa dengan ayahnya. Sekar terkejut melihat Bara yang telah berubah menjadi kaya.. Ayah Sekar kata nampaknya anaknya sudah berubah baik. Bara menjelaskan kepada Sekar kenapa dia harus menyamar sebagai orang miskin untuk bernikah dengannya. Jaka pergi ke rumah Bara dan membawa dia pergi secara paksa. Jaka dan Sekar terjun ke bawah. Kendil berjaya menyelamatkan Sekar tetapi dia dan Tia tiba-tiba tergelincir dan terjatuh dalam.....
Di penghujung Episode 41 Si Cantik dan Si Buruk Rupa
Tia: Di mana kita sekarang?
Kendil: Aku tak tahu, Tia. Sepatutnya kita ada dalam gaung.
Orang Suci: Kendil dan Tia, anakku.
Tia dan Kendil: Orang Suci?
Orang Suci: Kamu berdua berjaya melalui ujian kedua yang saya berikan. Disebabkan kebaikan yang awak berdua lakukan, kamu berjaya sampai di rumah saya. Sekarang, saya akan kotakan janji saya.
(Wajah Kendil berubah semula ke wajah asalnya, Arjuna)
Orang Suci: Orang yang berhati baik seperti kamu berdua akan terus mendapat kebaikan daripada orang lain.
Tia: Banyak peristiwa yang telah kita lalui bersama. Tanpa kamu aku tak mampu hidup. Sudikah kau bernikah dengan aku? (Tia bersetuju apabila Arjuna melamarnya)
- TAMAT -
***********************************************************************
Si Cantik dan Si Buruk Rupa (Putri dan Pengemis) Part 1
Si Cantik dan Si Buruk Rupa (Putri dan Pengemis) Part 2
Si Cantik dan Si Buruk Rupa (Putri dan Pengemis) Part 3
Si Cantik dan Si Buruk Rupa (Putri dan Pengemis) Part 4
Si Cantik dan Si Buruk Rupa (Putri dan Pengemis) Part 5
***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
0 comments :
Post a Comment