Thursday, December 3, 2009

EPISODE 40 (Sayap Bidadari) - SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 3 DISEMBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3


Sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa berjudul Sayap Bidadari Episode 40 pada 3 Disember 2009

**********************************************************************


Sinopsis Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 40

Seorang jejaka bernama Tarup terpikat dengan seorang bidadari bernama Kirana sewaktu dia mandi. Dia mengambil selendang putih kepunyaan Kirana dan Kirana mendapati selendang hilang apabila dia ingin pulang . Kirana menangis. Enam bidadari yang lain pergi meninggalkannya. Tarup akhirnya berkahwin dengan Kirana Tarup ingin menyentuh nasi itu tetapi dilarang Kirana katanya dia akan menyesal.

Tarup, Kirana dan Fajar mengajak Kendil dan Tia tinggal di rumah mereka. Padi di desa itu semuanya kering. Kirana ingin membantu mereka dengan membahagikan beras dalam simpanan mereka dengan penduduk di desa itu. Tarup risau selendang yang disembunyikannya akan ditemui oleh Kirana apabila membahagikan beras itu kepada penduduk desa. Kirana, Tia dan Kendil membahagikan nasi yang telah dimasak kepada semua orang. Salah seorang daripada saudara jahat Kirana menyamar sebagai seorang wanita tua dan dia tanya Tarup di mana dia mendapat beras seperti itu sementara tempat itu kekurangan beras. Wanita tua itu cuba menghasut pemikiran Tarup dengan bertanyakan kepadanya tidakkah dia pernah mencurigai Kirana kerana beras mereka tidak pernah kekurangan.





Tarup membuka bekas nasi itu dan ia terbakar. Kirana sedih kerana mereka tidak boleh menanak nasi lagi dengan sebutir beras tanpa bekas itu. Tarup kata kepada Tia dan Kendil dia risau isterinya akan meninggalkannya apabila dia menjumpai sayapnya semula. Tarup menceritakan bagaimana dia menemui Kirana hinggalah mereka bernikah dan mempunyai seorang anak bernama Fajar.

Kirana ternampak sayapnya(selendang) disembunyikan di tempat menyimpan beras dan dia berasa begitu kecewa dengan Tarup yang telah sorok selendangnya. Kakak Kirana berasa lega apabila rancangannya berhasil dan katanya sendirian, gelang itu akan membuat Kirana lupa dan benci Tarup buat selamanya. Kakak Tarup minta Kirana pulang kerana selendangnya telah dijumpai. Kirana tidak sanggup pulang dan dia tidak mahu meninggalkan Tarup dan anaknya begitu saja.




Kakak Kirana memakaikan gelang sakti itu ke lengan Kirana. Kakaknya berbohong kepada Kirana katanya dengan memakai gelang itu akan sentiasa ingat kepada keluarganya sendiri. Kirana berasa marah kepada Tarup kerana dia telah mencuri dan menyembunyikan selendangnya. Katanya kenapa Tarup sanggup memisahkannya daripada kakak-kakaknya dan ibunya. Fajar dan Tarup minta Kirana jangan tinggalkan mereka tetapi katanya satu-satunya impiannya adalah bertemu dengan keluarganya sendiri dan Tarup telah menghancurkan impinanya. Kirana mengucapkan selamat tinggal kepada mereka dan pulang semula ke kayangan. Sewaktu ketiadaan Kirana, Tarup amat rindukannya. Leya muncul di depan Tarup. Leya beritahu Tarup dia sanggup menggantikan tempat Kirana. Leya berikan selendangnya dan minta Tarup simpankannya agar dia tidak dapat kembali ke kayangan.





Fajar tanya ayahnya di mana ibunya. Tarup kata mulai hari itu, Leya akan menggantikan tempat ibunya menjaga Fajar tetapi Fajar tidak mahu dan melarikan diri. Semua orang mencari Fajar. Leya pura-pura turut risau dengan kehilangan Fajar. Penduduk di desa semuanya membantu Tarup dalam pencarian Fajar. Tarup salahkan dirinya, seorang lelaki yang tidak berguna kerana isterinya meninggalkannya dan kini anaknya pula hilang. Adakah isterinya, Kirana akan pulang ke pangkuan Tarup dan di manakah Fajar? Adakah dia akan ditemui semula?

***********************************************************************
Video klip sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 40 - Sayap Bidadari


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 40 Part 1


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 40 Part 2


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 40 Part 3


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 40 Part 4


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 40 Part 5

***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by