Sunday, November 22, 2009

MALAM SEHATI BERDANSA MUSIM KE-3 MINGGU KE-5 DI ASTRO RIA PADA 21/11/09 - DEBARAN SEHATI BERDANSA 3 PADA 22/11/09


Tugasan 6 pasangan celebrities untuk Minggu Kelima
- Tema: Malam Latin
Minggu Kelima Sehati Berdansa Musim Ke-3: Pasangan Oshin & Firdaus tersingkir. Kini cuma tinggal lima pasangan selebriti yang akan meneruskan perjuangan mereka pada minggu hadapan.

**********************************************************************
Berikut adalah senarai lagu tugasan 6 pasangan celebrities Sehati Berdansa 3:

Pasangan Sazzy & Nazril – Ku Mahu (Siti Nurhaliza)
Pasangan Dira & Ash – Ingin Ku Miliki (Dayang Nurfaizah)
Pasangan Sein & Nana – Se Dice De Mi (Yolando Rayo)
Pasangan Oshin & Firdaus – Volare (Gipsy King)
Pasangan Didie & Sham – Lambada (Kaoma)
Pasangan Isma & Zul – Samba Ria (Fairuz Hussein)


**********************************************************************
Minggu 5: Latin

Sebentar tadi telah berakhirnya Malam Sehati Berdansa yang telah disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104). Kemeriahan dan kehangatan di Studio Satu Bukit Jalil masih lagi terasa. Keenam-enam pasangan selebriti telah berjaya menghiburkan kesemua penonton yang hadir.

Bertemakan Irama Latin kesemua pasangan selebriti berjaya memberikan persembahan yang cukup menarik dan rata-rata mendapat komen-komen positif daripada ketiga-tiga juri yang hadir iaitu Sabrina Hassan, William Lor dan juga Joseph Gonzales sebagai juri tetap.

Persembahan pertama dipersembahkan oleh pasangan Oshin dan Firdaus berjaya menghiburkan penonton yang hadir walaupun masih ada ruang yang perlu diperbaiki. Firdaus Berjaya menguasai ritma dan Oshin dikatakan mampu memainkan watak wanita misteri sekaligus menyebabkan Joseph menkategorikan mereka pasangan yang hangat.

Persembahan kedua oleh Isma dan Zul mendapat pujian hebat dari ketiga-tiga juri yang hadir. Kedua-dua mereka tampil dengan koreografi yang cukup bagus dan eskpresi muka yang sangat menarik dan mengoda.

Berbanding minggu-minggu sebelumnya, persembahan pasangan Sazzy dan Nazril minggu ini agak kurang memuaskan walaupun masih mampumenghiburkan penonton. Ini kerana koreografi mereka minggu ini dikatakan tidak begitu mencabar dan kadang kala kelihatan kurang kemas.

Berbeza dengan pasangan Isma dan Sazzy, pasangan Didie gagal menarik perhatian para juri setelah mendapat markah yang kurang memberangsangkan. Malam ini pasangan Didie dan Sham memperagakan kostum Latin yang sebenar sekaligus menyebabkan kedua-dua mereka kelihatan sangat seksi.

Bagi pasangan Dira dan Ash minggu ini mereka tampil memberikan persembahan yang begitu hebat. Kedua-dua mereka Nampak berseri dan menghiburkan. Ash menunjukkan peningkatan yang sangat ketara namun sedikit kesalahan telah dilakukan oleh Dira dan mereka juga diingatkan agar berhati-hati kerana koreografi mereka agak berbahaya.

Sein dan Nana mendapat pujian daripada pihak juri. Tenaga dan gaya persembahan mereka sangat berbeza daripada pasangan-pasangan lain. Nana berjaya menonjolkan mimic muka yang baik tetapi kurang berinteraksi dengan Sein. Pakaian yang berwarna-warni menampakkan keseronokan Nana menjiwai watak wanita penggoda.

**********************************************************************
Berikut adalah markah yang telah diberikan oleh juri-juri professional:

Isma – 95.33
Dira – 90.00
Sazzy – 88.33
Sein – 87.33
Didie – 85.67
Oshin – 84.00
**********************************************************************


Pasangan Sein & Nana – Se Dice De Mi (Yolando Rayo)


Pasangan Dira & Ash – Ingin Ku Miliki (Dayang Nurfaizah)


Pasangan Sazzy & Nazril – Ku Mahu (Siti Nurhaliza)


Pasangan Oshin Firdaus – Volare (Gipsy King)


Pasangan Isma & Zul – Samba Ria (Fairuz Hussein)


Pasangan Didie & Sham – Lambada (Kaoma)

**********************************************************************
Video klip Minggu kelima Malam Sehati Berdansa Musim Ke-3:

Video klip Minggu kelima Malam Sehati Berdansa Musim Ke-3 Part 1


Video klip Minggu kelima Malam Sehati Berdansa Musim Ke-3 Part 2


Video klip Minggu kelima Malam Sehati Berdansa Musim Ke-3 Part 3


Video klip Minggu kelima Malam Sehati Berdansa Musim Ke-3 Part 4

Video klip Minggu kelima Malam Sehati Berdansa Musim Ke-3 Part 5

**********************************************************************



Berita terkini Debaran Sehati Berdansa Musim Ketiga pada minggu kelima: Oshin dan Firdaus Tersingkir pada 22 November 2009

Pasangan Oshin dan Firdaus akur dengan keputusan undian dimana mereka terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan selebriti yang lain setelah diumumkan tersingkir. Pengumuman itu dibuat oleh Awal Ashaari dalam Debaran Sehati Berdansa secara langsung dari Studio Satu, Bukit Jalil menerusi Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi selepas undian ditutup.

Jika sebelum ini mereka dikatakan sebagai pasangan yang paling comel dan menunjukkan peningkatan dalam persembahan pada minggu lepas, namun nasib mereka tidak begitu baik minggu ini. Oshin dan Firdaus terpaksa akur dengan keputusan pada malam ini.

Walaupun persembahan dan penampilan yang menghiburkan dalam Malam Sehati Berdansa ternyata mereka masih gagal meraih undian daripada peminat Sehati Berdansa. Dengan penyingkiran ini, pasangan Oshin dan Firdaus telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM5000. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada wakil Persatuan Angin Ahmar Malaysia, Lesley Hoh.

Berikut adalah peratusan markah sebelum dan selepas undian di tutup yang diperolehi:

Peratusan markah sebelum undian ditutup:

Sein - 54.99
Isma - 54.65
Sazzy - 53.43
Didie - 52.16
Dira - 50.60
Oshin - 49.51

Peratusan markah selepas undian di tutup:

Isma - 54.99
Sein - 54.52
Sazzy - 53.54
Didie - 51.75
Dira - 51.56
Oshin - 49.18


Video klip Debaran Sehati Berdansa Minggu Ke-5 Sehati Berdansa Musim Ke-3 Part 1

Video klip Debaran Sehati Berdansa Minggu Ke-5 Sehati Berdansa Musim Ke-3 Part 2


Video klip Debaran Sehati Berdansa Minggu Ke-5 Sehati Berdansa Musim Ke-3 Part 3

**********************************************************************
Sumber: Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.astro.com.my, Astro Ria dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by