Monday, October 5, 2009

EPISODE 5 - SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 5 OKTOBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 1 OKTOBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3 - Episode 4

***********************************************************************

Gambar-gambar pelakon sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa

Dibintangi oleh:

Adrew White
Dhini Aminarti
Steve Emanuel
Roy Marten
Lidya

***********************************************************************

Pembukaan Tema Si Cantik dan Si Buruk Rupa - Why Do You Love Me


Lagu Tema: Why Do You Love Me
Pencipta: Yok Koeswoyo
Penyanyi: Rio Febrian

Lirik lagu Pembukaan Tema "Si Cantik dan Si Buruk Rupa"

The time has come
That we must be apart
The memory is still in my mind
But you have gone and leave me alone

Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...

Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...

ohh...ohhh...

But you have gone and you love me...

Why do you love me why do you love me...

***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 5 pada 5 Oktober 2009

Episode 5

Tia terjaga dari tidur dan dia sangka dia telah bermimpikan menemui seorang jejaka tampan dan kacak bernama Arjuna. Dia memberitahu Kendil dia telah mengajaknya ke villanya dan juga berkata Kendil akan menyusul sebentar lagi dan mereka berdansa. Tetapi selepas itu dia tidak mengingati apa yang telah terjadi lagi. Tia kata walaupun Arjuna kacak tetapi dia lebih sukakan Kendil. Kendil kata Tia tidak bermimpi tetapi apa yang telah berlaku adalah kenyataan dan juga menurut Kendil lagi, Arjuna adalah kawannya.

Ayah Tia tidak membenarkan Tia berkawan dengan seorang monyet seperti Kendil. Tia memberitahu Kendil sekiranya dalam waktu tiga hari dia tidak berjaya membawa seorang lelaki normal untuk diperkenalkan kepada ayahnya dan berkahwin dengannya, dia terpaksa berkahwin dengan Romy. Tia minta bantuan Kendil dengan meminta Kendil memberitahu Arjuna dia ingin bertemu dengan Arjuna di tepi sungai malam itu. Kendil terpaksa bertukar menjadi rupa Arjuna untuk menolong Tia pergi ke kotej ayah Tia untuk ditemukan dengan keluarga Tia.

Romy terkejut melihat Arjuna. Ayah tia menepati janji Tia dikahwinkan dengan Arjuna. Arjuna terpaksa meninggalkan kotej itu secara tiba-tiba kerana waktunya sudah habis. Tia kejar Arjuna dan dia ternampak Kendil. Dia ingin tahu di mana perginya Arjuna. Kendil kata Arjuna telah pulang. Romy tanya orang suruhannya dari mana datangnya orang yang dibawa oleh Tia. Dia mahu perkara itu diselidiki. Romy minta ayah Tia batalkan saja perkahwinan Tia dengan Arjuna kerana katanya Tia cuma cintakan Kendil dan ARjuna cuma adalah seorang yang hanya diupah oleh Tia untuk berpura-pura melamar Tia untuk menutupi hal yang Tia cintakan Kendil. Romy juga berjanji akan buktikan kepada ayah Tia apa yang dikatakannya itu semuanya benar.

Tia tanya Kendil berkenaan dengan Arjuna kerana dia hairan kenapa dia cuma dapat berjumpa dengan Arjuna pada waktu malam saja. Mungkinkah Arjuna bukan manusia menurutnya lagi. Tia juga menyatakan bahawa Arjuna memang baik seperti Kendil. Tia ingin makan malam bersama Arjuna dan Kendil sekali. Kata Tia sekiranya Kendil enggan ikuti, Tia juga tidak akan makan malam bersama Arjuna.

Romy terdengar perbualan mereka dan dapat tahu Kendil sebenarnya kenal dengan Arjuna seperti yang dijangkakannya. Kendil cuba menghiburkan Tia dengan memberi strawberi kepadanya tetapi Tia tetap kata yang dia tidak akan ke Kafe Garden tetapi cuma ingin ke villa Arjuna atau kotej saja makan malam dengan kehadiran Kendil sekali. Tia sekali lagi luahkan perasaan cintanya kepada Kendil. Kerana itulah dia tidak mahu keluar makan berduaan dengan lelaki lain melainkan Kendil ikut bersama. Apakah Kendil harus lakukan? Bagaimana pula Kendil boleh bersama Tia pada waktu yang sama dengan Arjuna?

***********************************************************************

Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 5 Part 1


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 5 Part 2


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 5 Part 3


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 5 Part 4

***********************************************************************

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by