Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
Pembukaan Tema Si Cantik dan Si Buruk Rupa - Why Do You Love Me
Lagu Tema: Why Do You Love Me Pencipta: Yok Koeswoyo Penyanyi: Rio Febrian
Lirik lagu Pembukaan Tema "Si Cantik dan Si Buruk Rupa"
The time has come That we must be apart The memory is still in my mind But you have gone and leave me alone
Why do you love me So sweet and tenderly I'll do everything to make you happy oh...ohh....ohh...
Why do you love me So sweet and tenderly I'll do everything to make you happy oh...ohh....ohh...
ohh...ohhh...
But you have gone and you love me...
Why do you love me why do you love me...
*********************************************************************** Sambungan sinopsis Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 20
Dr Jehan mengacukan pistol ke arah Arjuna. Selepas itu Arjuna cuba menghalang Dr Jehan dari menembaknya. Arjuna pukul Dr Jehan hingga pengsan dan Arjuna pergi ke kurungan Tia. Tia sedar dan Arjuna berjaya melepaskan Tia. Mereka pakai jeket keselamatan dan Arjuna terjun ke dalam laut bersama Tia. Mereka berdua naik bot motor air dan mereka berdua berjaya menyelamatkan diri. Romy membuat laporan polis mengenai Arjuna. Ayah Bram dan Dina juga pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis dan mengatakan Tia akan membawa saksi untuk memberitahu polis siapa yang bercakap benar atau sebaliknya.
Romy melawat Encik Marten di hospital dan berkata dia telah berjaya merebut Tia kembali tetapi dihalang oleh Arjuna dan menuduh Arjuna membawa Tia lari. Romy minta ibu bapa Tia usah bimbang kerana dia akan menyelamatkan Tia. Ibu Tia kata mereka hutang budi kepada Romy. Warti masih berada di kurungan. Warti terus berdoa kepada Tuhan untuk sembuhkan mereka di sana. Romy pergi menemui Warti di tempat kurungan. Arjuna dan Tia pulang ke villa Arjuna. Arjuna menerima panggilan daripada Romy. Dia memberi handfone kepada Warti untuk bercakap dengan Arjuna.
Warti: Arjuna... Arjuna... Arjuna: Ibu.... ibu di mana Arjuna: Adakah Romy menyakiti ibu? Warti: Ibu tahu Arjuna adalah Kendil tetapi ibu mohon selamatkan ibu.. selamatkan ibu nak... Romy: Arjuna, ternyata ibumu masih hidup. Kalau kau mahu ketemukan dia kau mesti kembalikan Tia kepada aku. Arjuna: Kalau kau berani sentuh ibuku, sedikit saja, aku akan kejar kamu hingga ke liang kubur. Romy: Terserah kamu mahu cakap apa. Ingat kembalikan Tia. Dan kamu cuma ada satu jam.
Romy minta Arjuna sampai di tempat kurungan itu dalam masa satu jam atau ibunya akan mati. Romy juga minta Arjuna jangan beritahu hal ini kepada polis.
Warti berasa gembira mendapat tahu Arjuna sebenarnya Kendil anaknya. Arjuna bercadang untuk kembalikan Tia kepada Romy. Tia terjaga dari tidur. Tia mengucapkan terima kasih kepada Arjuna kerana telah menolongnya. Arjuna memeluk Tia. Suara hatinya berkata sebentar lagi dia akan kehilangan Tia kerana dia harus menyelamatkan ibunya. Tia tanya kenapa Arjuna menangis. Arjuna kata itu tandanya bahagia kerana Tia telah selamat. Tia kata agaknya dia ditakdirkan wujudnya akan seperti ini buat selama-lamanya. Arjuna kata dia ingin bawa Tia ke hutan dan tunggu purnama di situ. Arjuna terpaksa membohongi Tia demi keselamatan ibunya tetapi pasti dia akan menyelamatkan Tia semula.
Warti amat rindukan anaknya, Arjuna. Romy minta Warti jangan sentuhnya. Warti berterima kasih kepada Romy kerana telah menolongnya menemukan Arjuna dengannya sebentar lagi. Warti berdoa kepada Tuhan agar dia dan Arjuna tidak dipisahkan lagi. Romy telefon Encik Marten bahawa sebentar lagi dia akan kembalikan Tia kepada mereka. Isteri Encik Marten kata sekiranya Tia belum sembuh dan dikembalikan kepada mereka, tiada gunanya kerana mereka akan dihina dan diejek. Encik Marten kata walaupun apa keadaan Tia, Tia tetap anak mereka tetapi isterinya enggan menerima kenyataan Tia masih belum seperti dulu.
Tanpa sepengetahuan Arjuna, Romy berencana mengkhianatinya. Romy meminta anak buahnya mencari wanita lain yang perawakannya mirip Warti, untuk mengelabui Arjuna.
Arjuna minta maaf kepada Tia iaitu Romy telah menahan ibunya dan Arjuna kata dia tidak sanggup menyerahkan Tia kepada Romy untuk menyelamatkan ibunya tetapi sekarang dia tidak yakin untuk korbankan wanita yang dicintainya kepada Romy. Tia kata bagaimana pula dengan Warti. Tia kata dia yakin Arjuna akan berjaya melepaskannya dari Romy. Arjuna mengucapkan terima kasih kepada Tia kerana telah mempercayainya. Tia minta Arjuna telefon Romy sekarang di mana mereka berada. Dr Jehan berencana menyuntik Arjuna dengan suntikan obat berbahaya, yang bisa menyebabkan kelumpuhan syaraf, termasuk syaraf otak.
Kisahnya bersambung...
*********************************************************************** Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 20
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 20 Part 1
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 20 Part 2
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 20 Part 3
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 20 Part 4
0 comments :
Post a Comment