Wednesday, April 8, 2009

SAMBUNGAN DRAMA LAGENDA: MERAH PUTEH EPISODE 2 YANG BERSIARAN DI TV3 & TV9 SETIAP HARI ISNIN -KHAMIS


DRAMA LAGENDA: MERAH PUTEH MULAI 7 APRIL 2009 JAM 4.30 PETANG DI TV3 DAN 8.30 MALAM DI TV9 - Drama Lagenda ini merupakan sebuah lagenda yang telah diadaptasi dari filem lagenda "Bawang Putih Bawang Merah" yang telah dimodenkan dan Merah dan Puteh adalah adik-beradik tiri lelaki dan bukannya perempuan seperti yang kita selalu dengar atau baca. - EPISODE 1

Dibintangi oleh:

Ellyas Abdullah
Zahiril Adzim
Dira Abu Zahar
Tania Zainal
Nadia Aqilah


Klip video Tema Merah Puteh: "Kau Aku" - Aizat

Merah bangunkan Puteh yang sedang mimpikan tentang masa lampaunya. Puteh dan Merah bersiap sedia untuk pergi ke College. Mereka berdua memberitahu ibubapa mereka bahawa mereka akan makan sarapan pagi di College saja kerana kesuntukan masa.


Ibu Merah merungut tentang Business course yang diambil Puteh kini dan minta suaminya tukarkan coursenya kerana menurutnya Puteh tidak mampu mendapat keputusan yang baik.



Puteh juga memberitahu Merah bahawa dia nak tukar course kerana dia tidak dapat mengikutinya. Merah menunjukkan kereta Myvi berwarna merah barunya dan menumpangkan Puteh ke mana dia hendak pergi dan menurut Merah kepadanya lagi, Puteh tidak perlu berjemur panas di bus stop mulai saat itu. Puteh bercadang untuk tukar course secara senyap tanpa pengetahuan ayah mereka.




Kak Gayah memberi sampul surat kepada Puteh mengatakan itu adalah pemberian ayahnya. Puteh amat gembira mendapat kunci scooter dan ini bermakna scooter berwarna putih yang dia nampak sebentar tadi sewaktu dia tiba rumah. Puteh adalah hadiah untuknya. Puteh memberitahu Merah bahawa dia sudah mendapat kerja di Art Gallery tetapi dia meminta Merah merahsiakannya daripada sesiapa. Iman diperkenalkan kepada Izwan(Merah) oleh Nazri(Puteh) sewaktu Merah pergi berjumpa dengannya. Mastura tidak berapa gembira mendapat tahu suaminya membeli scooter untuk Putih. Putih gembira Anggun akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Merah menerima panggilan daripada June tetapi dia serba salah samada mahu menjawab atau tidak. Apabila dia bersedia untuk menjawab panggilan tersebut, talian telah dimatikan. Kisah drama lagenda ini akan bersambung dalam episode 3 pada hari esok.


(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://www.budiey.com dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

1 comments :

naimah said...

i love this story damn much..
especially merah.. the character.. he's so sweet.. (just the character)..
all the soundtrack is so nice..
it's the best drama i've ever watch...

Online Visitors

Thank you for dropping by