Monday, April 6, 2009

SAMBUNGAN SINOPSIS DRAMA LAGENDA JULIA JULI EPISODE 20 (EPISODE AKHIR) PADA 6 APRIL 2009 PADA JAM 4.30 PETANG DI TV3 SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS



SINOPSIS EPISODE AKHIR DRAMA LAGENDA: JULIA JULI EPISODE 20 (EPISODE AKHIR) DI TV3 DALAM SLOT LAGENDA. MULAI 7 APRIL 2009 JAM 4.30 PETANG, LAGENDA: MERAH PUTIH AKAN MENGGANTIKAN KISAH LAGENDA: JULIA JULI YANG TELAH TIBA PENGHUJUNG EPISODENYA.

Arif melamar Julia. Setibanya Julia di rumah, dia memberitahu Ju dan Sofia berita baik tersebut. Sofia dan ju tumpang gembira mendengar Julia akan berkahwin tidak lama lagi. Walaupun begitu, Julia memberitahu mereka berdua bahawa ibubagapnya tidak akan merestui perkahwinannya. Julia bercadang untuk membawa Ju dan Sofia pulang ke kayangan bersamanya untuk mendapat restu daripada ibubapanya. Sofia dan Ju tidak tahu Julia ingin membawa mereka ke mana dan mereka ingatkan Julia cuma ingin membawa mereka ke suatu tempat yang menarik sahaja.

Arif memberitahu Julia bahawa Adrian sudah beransur pulih dan ingin berjumpa dengan Julia. Julia sudah bersedia untuk pulang ke kayangan. Dia meminta Ju dan Sofia tukar pakaian dan memakai baju berwarna putih yang lebih kurang sama dengan apa yang dipakainya. Mereka bertiga akhirnya sampai ke kayangan. Jula dan Julu begitu gembira dapat bertemu dengan ibubapa mereka dan mereka ingat semula apa yang telah berlaku dan siapa mereka. Julia meminta maaf kepada ibunya. Jula dan Julu memberitahu ibu mereka kehidupan di bumi agak seronok juga.

Juli memaklumkan kepada ibunya bahawa dia tidak akan berkahwin dengan Putera Adika kerana dia ingin berkahwin dengan Arif. Julia harap ibunya dapat merestuinya. Putera Adika sampai di negeri di mana Juli tinggal untuk menemuinya. Tetapi Juli enggan bertemu dengannya. Juli juga diperintahkan oleh ayahnya untuk memulangkan kalungnya kepada ayahnya. Sewaktu Juli bertemu dengan Putera Adika dia sudah ada lelaki lain dalam hatinya dan dia tidak mahu berkahwin dengan Putera Adika. Juli meminta Putera Adika untuk membatalkan perkahwinan mereka. Menurut Juli lagi, dia telah jatuh cinta dengan orang lain dan lelaki itu bukannya Putera Adika.

Setelah Juli beredar dari situ, Putera Adika berasa dukacita kerana cintanya telah ditolak tetapi setelah dia fikir dengan lebih dalam, dia memberitahu Indera, pembantunya bahawa dia akan tetap berkahwin dengan Juli walau dengan apa cara sekalipun. Putera Adika menculik Juli dan memberitahunya bahawa dia akan memaklumkan kepada semua orang bahawa Juli tidak suci lagi. Juli pula berkata dia masih suci tetapi mengikut kata Putera Adika tidak lama lagi Juli tidak akan suci selepas hari keesokannya. Tuanku diberitahu oleh pengawalnya bahawa Juli telah dilarikan orang dan tuanku dapat mengagak semua itu adalah perbuatan Putera Adika. Putera Adika pula memberitahu Indera dan pembantunya yang lain bahawa dia akan membuat Juli bersujud di depannya walaupun Indera menasihatinya agar melepaskan Juli dan tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap Juli.

Julu dan Jula turun ke bumi dan menjelaskan apa yang telah berlaku kepada Arif. Mereka juga berkata bahawa mereka sebenarnya adalah adik-beradik. Selepas itu, Jula dan Julu membawa Arif ke kayangan bersama mereka. Arif memberi kepastian kepada tuanku bahawa dia akan menyelamatkan Juli dan membawanya pulang. Arif pergi ke tempat di mana Juli disembunyikan dan akhirnya Juli berjaya diselamatkan. Tuanku mengucapkan terima kasih kepada Arif dan dia berjanji akan memberi ganjaran kepada Arif kerana telah menyelamatkan anaknya tetapi dia tidak akan membenarkan mereka berkahwin kerana mengikutnya sekiranya dia berbuat demikian, itu akan melanggar adat di kayangan. Arif fmemberitahu Tuanku dia faham dengan keadaan tersebut. Sebelum pulang ke bumi, Arif meminta Juli untuk menerima hakikat bahawa mereka tidak dapat bersama lagi. Menurut Arif, Juli akan terus kekal dalam hatinya dan Juli akan menjadi penyuluh di hatinya untuk dia meneruskan kehidupannya.

Di penghujung episode menceritakan bahawa Julu pergi berjumpa dengan kakaknya, kalung Juli dikembalikan kepada Juli yang telah dicuri oleh Julu agar Juli dapat turun ke bumi semula. Tuanku mendapat tahu hal ini dan dia memanggil nama JULI dengan nada yang tinggi ............. TAMAT.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, tv9 dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

2 comments :

niza lum said...

hai shinny..
niza syorkan shinny tengok drama kt tv2 jam 1130 pagi,'dari mata arisa'....gerenti best,niza jarang tengok drama melayu,TERJATUH CINTA dgn drama yg di adaptasi dari novel 'kau sayangku'.

shinystar said...

Terima kasih Niza.

Online Visitors

Thank you for dropping by