Thursday, March 26, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 201 YANG BERSIARAN PADA 26 MAC 2009, KHAMIS DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM


JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENONTON SINETRON INTAN BERSAMA-SAMA DENGAN SHINYSTAR SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 11.00 MALAM DI ASTRO PRIMA


POSTER INTAN DAN RADO - CINTA MEREKA YANG TIDAK PERNAH PUDAR
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya design dua poster "SINETRON INTAN" ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 23 Mac 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 199


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan

Sinopsis/Review sambungan kisah sinetron Intan Episode 201:


Intan teringat kata-kata dokotor yang mengatakan anaknya mungkin tidak normal. Rado bertanyakan Intan kenapa dia termenung.. Intan berkata dia hairan kenapa Pelangi kelihatan normal sahaja tidak seperti doktor-doktor itu yang mengatakan anak mereka cacat. Rado minta Intan tidak terus fikirkan hal itu kerana yang paling kasihan adalah Pelangi akhirnya.


Intan ingin keluar kerana temu janji dengan seseorang mengenai dandanan rambut dan dia meminta ibu mertuanya, Wina untuk menolongnya menjaga Pelangi tetapi Wina enggan. Akhirnya Intan terpaksa meminta Nadine menjaganya. Nadine memberitahu Arman bahawa nampaknya Wina tidak sayang langsung dengan Pelangi.

Intan hairan kenapa dia asyik fikirkan Bintang sementara sepatutnya dia fikirkan tentang Pelangi. Intan juga tidak tahu kenapa dia ingin menemui Bintang. Intan menziarahi Bintang di kediaman Dewa. Nadine memanggil Rado dan memberitahunya Wina enggan menjaga Pelangi sewaktu ketiadaan Intan. Rado menunggu kepulangan Intan dengan kurang sabar dan menelefonnya.


Dr. Didi tersilap memberi ubat kepada salah seorang pesakit dan Rado diminta untuk mencari Dr. Didi dengan segera kerana pesakit tersebut telah meninggal dunia.
Apabila Intan tiba di rumah, Rado menegurnya dan meminta dia memberi perhatian kepada Pelangi kerana Bintang bukannya anak mereka tetapi Pelangi barulah anak kandung mereka.


Rado pergi ke rumah Dr. Didi tetapi Dr. Didi telah melarikan diri. Rado risau apa yang akan berlaku kelak apabila dia tidak dapat mencari Dr. Didi kerana Dr. Didi masih berada di bawah pengawasannya selama 6 bulan. Rado ingin meletakkan jawatannya dari hospital tersebut untuk menyelesaikan segala masalah dan dia rela lesennya ditarik. Bagaimanakah kisah selanjutnya? Bagaimana Rado akan menghadapi semua dugaan ini?


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 201 Part 1


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 201 Part 2


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 201 Part 3


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 201 Part 4


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 201 Part 5


(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by