Tuesday, March 17, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 194 YANG BERSIARAN PADA17 MAC 2009, SELASA DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM


JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENONTON SINETRON INTAN BERSAMA-SAMA DENGAN SHINYSTAR SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 11.00 MALAM DI ASTRO PRIMA


POSTER INTAN DAN RADO - CINTA MEREKA YANG TIDAK PERNAH PUDAR
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya design dua poster "SINETRON INTAN" ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 17 Mac 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 194


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan
Sinetron Intan Episode 194 bersambung dengan kisah:


Disebabkan Rado tidak mahu meninggalkan Intan, Nadine berkata dia tidak boleh naik ke tingkat atas dan cuma boleh tidur di ruang tamu sahaja. Rena menjelaskan kepada Romi bahawa memang Rado bercakap benar apabila dia mengatakan bahawa bayi yang dikandung Nita bukan hasil perbuatannya. Nadine turun ke tingakat bawah dan ternampak Rado dan Intan berpelukan sewaktu tidur di ruang tamu. Nadine menjerit nama Intan dengan sekuat hatinya. Nadine menghalau Rado dan menegaskan bahawa dia adalah buaya yang telah mengkhianati Intan dan sekiranya dia mengkhianati Intan bermakna dia juga mengkhianati Nadine. Nadine tetap berdegil bahawa Rado bukan suami yang baik.



Romi berkata Rena sama bodoh seperti Intan. Rena berkata Romi keterlaluan dan marah kepadanya.Romi kesal kerana tersilap cakap. Intan sedih mengenangkan apa yang telah berlaku. Intan menerima puisi menerusi sms. Intan juga membalas puisi kepada Rado.

Pesakit yang dirawat oleh Rado semakin kurang kerana mereka tidak mempercayainya lagi. Nita risau ke mana perginya Benny. Nita bertanyakan khabar Intan dan Rado daripada Wina. Wina berkata mereka sedang tinggal di rumah sebelah dan meminta Nita usah diambil hati apa yang Rado katakan kepadanya. Intan risau mengenangkan Rado. Dia amat merindui Rado dan Rado tiba di rumah Nadine tetapi pintu telah dikunci dan Rado tidak dapat masuk.

Nadine memberi susu kepada Intan dan dia meminta maaf kepada Intan kerana telah meninggikan suara kepada Intan tetapi semua itu adalah untuk kebaikannya. Dia berkata Intan boleh hidup bahagia tanpa Rado dan dia akan menjaga Intan dan pastikan dia tidak disakiti hati dan dia dapat hidup dengan tenang. Intan ingin tidur bersama Rado tetapi apakan daya.. dia tidak dapat berbuat demikian.

Intan terjaga pada keesokan pagi tetapi Rado tidak berada di situ lagi. Intan menerima sms daripada Rado mengatakan dia terpaksa pergi kerana ada urusan lain yang perlu dilakukan. Intan meminta Rena membuka pintu bilik. Rena cuba mengambil kunci dari bilik Nadine, ibu mertuanya. Akhirnya dia berjaya mendapatkan kunci bilik itu dan dia membebaskan Intan. Intan meminta Rena menguncikan bilik tersebut semula sementara dia pergi menemui Rado. Intan memberitahu Rado bahawa dia melarikan diri dari rumah untuk bertemu dengan Rado.


Rado bercadang untuk menemui Nita. Apakah yang akan berlaku selepas ini? Semuanya akan terjawab dalam klip video yang seterusnya.. dalam Episode 194 kisah "Intan"


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 194 Part 1


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 194 Part 2


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 194 Part 3

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by