Monday, March 16, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 193 YANG BERSIARAN PADA16 MAC 2009, ISNIN DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM



(Gambar pelakon-pelakon yang membintangi sinetron Intan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 11.00 malam di Astro Prima Saluran 105 - Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya buat poster ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 13 Mac 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 192


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan



Sinopsis sambungan sinetron Intan Episode 193 pada 16 Mac 2009 yang bersiaran di Astro Prima Saluran 105 pada jam 11.00 malam

Wina memberitahu Dr. Ardi bahawa Nita telah hamil tetapi Dr. Ardi tidak percaya bahawa bayi yang dikandung oleh Nita adalah bayi Rado. Nita ingin keluar sebentar tetapi Wina tidak membenarkannya keluar ke mana-mana kerana menurutnya dia telah membayar Nita untuk melahirkan cucu Wina dengan selamat.

Nadine sedih melihat Intan yang masih demam. Nadine memberitahu Intan bahawa cinta telah membuat Intan buta tetapi Intan tahu bahawa Rado tidak pernah menyentuh Nita. Nita keluar dan bertanya kepada jiran Benny adakah mereka bersua dengan Benny tetapi tiada sesiapapun yang tahu di mana perginya Benny. Nita meminta Rado memaafkannya keana dia tidak tahu hendak mencari Benny ke mana lagi dan dia khuatir kerana dia sedang mengandungkan bayi Benny. Nita berjanji akan menjelaskan semuanya kepada mama Rado tetapi dia meminta Rado memberinya waktu untuk berbuat demikian.

Rado memberitahu Intan bahawa adalah lebih baik mereka sahaja yang menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada Wina. Rado meminta Wina usah khuatirkan kandungan Nita kerana bayi yang dikandung Nita bukan anaknya. Doktor meminta Dr. Ardi menjaga Wina dengan baik kerana keadaannya semakin tenat.

Intan melarang Rado Wina perkara yang sebenarnya kerana keadaan Wina yang tidak dapat menerima tamparan pada waktu begini. Dr. Ardi berkata Rado tidak akan berlaku apapun terhadap Nita kerana dia amat mencintai Intan, malah nak melawan kata Winapun Rado tidak berani. Tetapi Wina tetap menegaskan bahawa hakikatnya Nita telah mengandung.

Rado tidak tahan lagi dengan sikap Nadine yang sentiasa tidak mempercayainya. Nadine terkejut apabila dia mendapat tahu bahawa Nita telah mengandung. Nadine kemudian, pulang ke rumah memberitahu suaminya, Arman tentang perkara itu dan Arman kata bayi siapa yang dikandung Nita. Nadine menjawab sudah tentu kepunyaan Rado, dan bukannya "kambing".


Gambar-gambar dari petikan sambungan sinetron Intan di mana Nadine menghalau Rado dari rumahnya. Apabila Rado enggan pergi dari situ, Nadine cuma membiarkannya tidur di ruang tamu dan meminta Rado "awas" sekiranya dia berani naik ke atas.

Nadine menghalau Rado dari rumahnya dan menamparnya. Menurutnya lagi, sekiranya bukan kerana dia, Rangga masih hidup lagi dan Intan tidak akan hidup menderita seperti sekarang. Walaupun Intan dan Rado cuba menerangkan perkara yang sebenarnya kepada Nadine, Romi dan Arman tetapi mereka tidak mempercayainya. Nadine berkata sekiranya Rado mahu dia boleh tinggal dan tidur di ruang tamu sahaja. Kisahnya bersambung...


VIDEO KLIP SAMBUNGAN SINETRON INTAN EP193 P1


VIDEO KLIP SAMBUNGAN SINETRON INTAN EP193 P2


VIDEO KLIP SAMBUNGAN SINETRON INTAN EP193 P3


VIDEO KLIP SAMBUNGAN SINETRON INTAN EP193 P4


VIDEO KLIP SAMBUNGAN SINETRON INTAN EP193 P5

Episode demi episode yang ditonton shinystar dalam sinetron Intan semakin mencemaskan dan menyayat hati. Shinystar tidak sabar lagi menunggu episode yang seterusnya dalam Episode 194 yang akan disiarkan pada hari Isnin, 17 Mac 2009 pada jam 11.00 malam. Sekian kemas kini ringkas dari sambungan sinetron Intan Episode 193 daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by