Tuesday, February 24, 2009

SAMBUNGAN TERKINI SINETRON INTAN EPISODE 179 YANG BERSIARAN DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA 24 FEBRUARI 2009 JAM 11.00 MALAM



Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 5 Februari 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 176


Gambar-gambar Dude Harlino sebagai Aditya dalam sinetron Intan

Biodata/Profile Dude Harlino:

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan
Review/Sinopsis Episode Akhir Intan:

Doktor memaklumkan bahwa mereka tidak berjaya menyelematkan mama Kasih. Doa memberitahu amanat terakhir mama Kasih kepada Dr Frans, Intan dan Rado. Mama Kasih meminta supaya diberikan kedua matanya kepada Intan. Intantidak rela menerima permintaan itu. Intan ga bisa kerana dia bakal¡ melihat¡ ketiadaan mamanya. Doktor pun tidak memaksa dan memberi masasupaya Intan berfikir semula.

Majlis pengkembumian mama Kasihdiselubungi kesedihan. Kebanyakan ahli keluarga Intan berada di situ.Termasuk Kak Gery, Kak Sinta, Kak Jemy dan Bunga (yang agak lama tidak muncul).

Bintang akhirnya sadar. Ingatannya juga sudah pulih.Bintang bertanya keberadaan mama Kasih. Rado pun memberitahu kalau omaKasih sudah meninggal.

Dr Frans menonton video yang ditinggalkan Kasih untuknya. Di video itu Kasih memberitahu kalau sakit jantungnya sudah parah.

Intanteringat saat-saat permulaan dia mengenali mama Kasih. Intan sedihkarena dia merasakan seumur hidupnya dia hanya bikin mama Kasih bersedih. Rado bertanya apakah Intan ga mau merubah keputusannya untukmenerima donor mata dari mama Kasih. Intan tetap bingung.

Intandan Rado menjemput Bintang pulang. Bintang pinta supaya dibawa ke suatutempat- kubur oma Kasihnya. Bintang mengucapkan terima kasih kepada omaKasih.

Dr Frans datang bertemu Intan dan Rado untuk menyerahkan rekaman peninggalan mama Kasih. Di rekaman itu, mama Kasihmenyatakan hasratnya memberikan kedua matanya kepada Intan. Intan berasa sangat sedih.

Intan akhirnya menjalani operasi mata. Radodan Bintang meraikan ultah Intan di rumah sakit. Kali pertama dibuka balutan matanya, Intan ga bisa melihat apa-apa. Disuruh cuba skali lagi oleh doktor. Akhirnya Intan bisa melihat semula.

Dr Fransbertemu sama keluarga Nadine dan papa Fajar untuk membincangkan pestakejutan sempena ultah Intan. Pesta itu sebenarnya sudah dirancang olehmama Kasih.

Rado membawa Intan ke tempat pesta dan memberitahukalau ianya sengaja dirancang oleh mama Kasih. Saat itu juga rekamandari mama Kasih ditayangkan. Kesedihan menyelubungi lagi.

Semuamuncul dengan nyanyian lagu Happy Birthday buat Intan. Mama Wina danpapanya Rado juga ada! Bintang pun menyampaikan lagunya kepada mamanya.Sesudah itu dipanggil Intan ke pentas menyanyi bersama. Tiba-tibamuncul sang penyanyi sebenar Letto. Intan menjerit terperanjat. Semuapun menyanyi!

Intan melihat mama Kasih, Ello (!!!), nenek Lastri dan Rangga di atas langit melambai-lambai kepadanya.

Dokter Rado, Intan dan Bintang mengucapkan TERIMA KASIH SEMUA!! (review by:saeah85)

Video klip Intan - Pembukaan Tema Baru

Sambungan sinopsis sinetron Intan Episode 179 bersiaran pada 24 Februari 2009 jam 11.00 malam

Rosa meminta Aditya/Rado jangan meninggalkannya kerana dia tidak boleh hidup tanpanya. Kakak Rosa mengucapkan terima kasih atas pertolongan Rado. Rado imbas kembali bagaimana penglihatannya pulih kerana Rosa telah menolongnya. Dia terasa terhutang budi kepada Rosa dan teruskan menjadi Aditya walaupun terasa pedih di hati.

Intan teringatkan waktu Aditya/Rado memeluknya di hospital dan terasa seperti Rado yang memeluknya dan bukannya Aditya tetapi dia tetap fikirkan bahawa semua itu bukan apa yang sebenarnya kerana dia sangka itu adalah Aditya dan bukannya Rado.

Dengan tidak sedar, Rado/Aditya memanggil Dr. Ardi papa... Dr. Ardi menjadi lebih pasti bahawa Aditya itu adalah sebenarnya Rado. Rado melawat Sally di taman dan memberitahunya bahawa mamanya, Intan tidak keluar kota. Sally gembira mendengar berita itu. Rado membawa Sally ke tempat kuburan Ragga dan memberitahu Sally bahawa kubur itu adalah kubur anaknya. Rado sedih terkenangkan kejadian kemalangan yang telah menimpanya dan Rangga.

Sewaktu Sally bertemu dengan Intan di taman, dia memberitahu Intan bahawa papanya telah membawanya pergi berjalan-jalan dan telah pergi ke kubur anaknya, Rangga. Intan terkejut mendengar bahawa Aditya mempunyai seorang anak yang bernama Rangga. Rado sangat rindukan Intan dan dia menulis puisi di atas kertas sambil berlinangan air mata. Sally terus memberitahu Intan bahawa dia tidak mungkin silap bahawa anak papanya adalah Rangga" ... "Aku memeluk kamu tadi bukan sebagai Aditya.. Aku memeluk kamu sebagai R..." kata-kata itu asyik bermain di kepala Intan.

Dewa tidak sihat dan dalam perjalanan keluar untuk ke hospital, Rado/Aditya memukulnya.. Intan bertanya kepada Aditya kenapa dia bohong kepada Sally bahawa Aditya mempunyai anak yang bernama Rangga. Intan kata lagi apa yang hendak Aditya beritahunya sewaktu berada di hospital.. Ra.. tu apa? Intan tanya kepada Rado tetapi Rado ragu-ragu dan keberatan untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada Intan apabila dia teringatkan kata-kata kakak Rosa tempoh hari. Rado berasa amat sedih kerana tidak dapat berterus terang dengan Intan. Sampai bilakan Rado terpaksa menyembunyikan hal itu daripada Intan? Kisahnya bersambung...

Sambungan kisah sinetron Intan Episode 179 Part 1

Sambungan kisah sinetron Intan Episode 179 Part 2

Sambungan kisah sinetron Intan Episode 179 Part 3

Sambungan kisah sinetron Intan Episode 179 Part 4

Sambungan kisah sinetron Intan Episode 179 Part 5


Gambar Rado dan Dr. Ardi di penghujung Episode 179: Intan - Dr. Ardi sangat pasti bahawa Aditya sebenarnya adalah Rado.

Dr. Ardi kepada Aditya/Rado: Ya, Saya punya bukti kalau anda tidak percaya bahawa Aditya adalah Rado... anak saya. Selama ini kamu telah lupa ingatan ...

Apakah yang akan berlaku selepas ini. Terus bersama shinystar untuk kemas kini yang akan datang pada pada waktu yang sama, 25 Februari 2009, Rabu. Selamat malam.


Episode demi episode yang ditonton shinystar dalam sinetron Intan semakin mencemaskan dan menyayat hati. Shinystar tidak sabar lagi menunggu episode yang seterusnya dalam Episode 180 yang akan disiarkan pada hari Isnin, 25 Februari 2009 pada jam 11.00 malam. Sekian kemas kini ringkas dari sambungan sinetron Intan Episode 179 daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

2 comments :

Anonymous said...

thank you so much for the picture and of course for the completed synopsis...

Sarah Samah said...

ada tak episod yang lama2 tu contohnya waktu pertemuan pertama antara intan dan rado waktu di terlanggar waktu naik basikal.

Saya tak sempat tengok. Terima kasih kalau ada...

Online Visitors

Thank you for dropping by