Friday, February 6, 2009

DATUK DR. ZAMBRY ABDUL KADIR ADALAH MENTERI BESAR BARU PERAK

Mengikut berita yang telah disiarkan di televisyen pada 6 Februari 2009, petang - Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah baru sahaja dilangsungkan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebentar tadi pada jam 4.02 petang.

Datuk Dr. Zambry Adbul Kadir adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor dan beliau telah diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang baru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

- Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan pada 4.02 petang, Jumaat sebentar tadi.

- Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan pada 10 Februari 2009 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Awani Saluran 502 dan semua pihak atas sumber maklumat)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by