SEBUAH DRAMA MENARIK TERBITAN MIG PRODUCTION MERTUA VS MENANTU YANG BERSIARAN DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 BERMULA PADA 22 OKTOBER 2008 SETIAP HARI RABU PADA JAM 10.00 MALAM - EPISODE 8, 9 DAN 10
Sebuah lagi drama berjudul Mertua Vs Menantu terbitan MIG. Drama yang berkonsep komedi keluarga ini merupakan satu idea bagi mengupas isu yang berlegar dalam kehidupan sebuah rumah tangga. Pergolakan antara seorang ibu mertua dan menantu perempuannya akan disingkap menerusi drama 26 episod ini untuk dijadikan tauladan dan sempadan kepada penontonnya melalui saluran 105 ASTRO PRIMA.
Mertua vs Menantu akan ditangani oleh pengarah drama berpengalaman iaitu Feroz Kader yang telah mengarahkan banyak drama yang meraih perhatian penonton. Bersama MIG beliau telah menjayakan beberapa drama yang mencatat rating antara yang paling tinggi apabila disiarkan seperti Intan Asmara (TV3) dan Jangan Main Belakang (ASTRO RIA).
Skrip Mertua vs Menantu telah dihasilkan oleh Panel Skrip MIG dan Zarihah Hassan bertindak sebagai penyunting. Pengambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan dijangka memakan masa selama sebulan.
Keistimewaan drama ini sudah tentulah kerana ia melibatkan pelakon terkenal dan penampilan sulung Erra Fazira dalam drama di saluran Astro Prima. Pelakon lain yang turut menjayakan Mertua vs Menantu adalah Aqasha, Rozie Othman, Jehan Miskin, Raja Farah, Shiela Mambo, dan ramai lagi. Gandingan pelakon-pelakon hebat dan mantap ini meyakinkan MIG dan Astro sendiri untuk menarik perhatian penonton apabila ditayangkan bermula minggu ketiga Aidilfitri ini.
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.budiey.com)
Sinopsis:Tajuk : Calon MenantuRosyam membawa Nadia, kekasihnya yang ke 40 berjumpa dengan ibunya (Datin Faridah). Nadia seorang yang cantik, pandai bergaya, berpendidikan tinggi, anak orang berada tetapi dia tetap tidak dapat menambat hati Datin Faridah. Puncanya dia dianggap `kurang sopan’ kerana ketawa terkekeh-kekeh ketika Rosyam buat kelakar. Datin Faridah cakap dengan Rosyam dia tidak akan bermenantukan perempuan yang ketawa macam `dubuk’. Rosyam geram kerana masuk kali ini dah 40 orang calun isteri yang dia bawa untuk bertemu Datin Faridah.
Datin Faridah tetap bertegas terhadap Rosyam dengan memberitahu, bakal menantunya mestilah seorang yang serba sempurna seperti cantik, pandai bergaya, sopan, berpendidikan, dari keluarga yang setaraf dengan mereka dan lebih penting, mendengar kata. Rosyam cakap dengan ibunya mana ada orang yang sempurna seperti itu. Datin Faridah cakap, ada, dengan syarat Rosyam serahkan kepadanya untuk mencari bakal isterinya. Rosyam tidak setuju.
Rosyam yang tertekan, telah keluar bersantai sambil tengok perlawanan bola bersama kawan-kawannya termasuk Rizal di kelab tempat mereka selalu lepak. Rosyam telah menjadi bahan kelakar kawan-kawannya kerana sampai sekarang masih belum ada calun isteri. Ada di antara kawan-kawannya yang menasihatkan Rosyam supaya mandi bunga.
Rizal pula berpendapat, eloklah Rosyam serahkan saja usaha mencari bakal isteri kelada Datin Faridah. Tentu Datin Faridah akan mencari wanita yang sempurna dan disukainya. Rosyam tak mahu. Dia cakap dengan Rizal, sudah 28 tahun hidupnya diatur oleh ibunya. Kali ini dia nak pilih calun isteri ikut seleranya sebab dia yang akan hidup dengan isterinya. Isterinya nanti adalah `soul mate’nya, bukan `soul mate’ ibunya.
Datin Faridah begitu bimbang kalau-kalau Rosyam terus mencari gadis-gadis yang tidak memenuhi kriteria pilihannya. Dia meminta pandangan Datin Sofia, kawan baik dan sekutu rapatnya. Datin Sofia mencadangkan supaya Datin Faridah adakan majlis jamuan teh untuk ahli Kelab Datin-Datin dengan menjemput Datin-Datin dan anak-anak gadis mereka. Tentu dalam ramai-ramai itu ada anak Datin yang memenuhi kriteria bakal isteri Rosyam. Datin Faridah setuju.
Rosyam tidak ambil peduli dengan rancangan ibunya. Dia sudah nekad tidak akan setuju dengan pilihan ibunya. Dia makin kerap keluar rumah dan menghabiskan masa di kelab sambil bertemu kawan-kawan, minum dan menonton perlawanan bolasepak. Datin Faridah bimbang dengan perubahan sikap Rosyam. Apabila dia tanya Rosyam kemana Rosyam menghilangkan diri setiap hari, Rosyam cakap dia lepak di kelab.
Datin Faridah kurang yakin dengan cerita Rosyam. Dia cuba mendapatkan kepastian dari Rizal samada betul atau tidak Rosyam lepak di kelab bersama Rizal dan kawan-kawan. Rizal mengakui cerita itu benar. Datin Faridah tetap tidak percaya dan menuduh Rizal bersubahat untuk melindungi Rosyam.
Kecurigaan Datin Faridah terhadap Rosyam telah menyebabkan dia diganggu mimpi ngeri. Dia bermimpi Rosyam berkahwin dengan gadis berwajah buruk dan comot tanpa pengetahuannya. Hasil perkahwinan itu Rosyam dikurniakan tujuh orang anak berderet seperti `susun paku’.
Bagi memastikan mimpinya bukan menjadi kenyataan, Datin Faridah mengupah penyiasat persendirian mengikut Rosyam. Rosyam dapat tahu. Rosyam merajuk dengan Datin Faridah. Dia cakap dengan Datin Faridah, kali ini dia akan kahwin dengan orang yang dicintai tak kira walaupun gadis itu tukang cuci tandas. Datin Faridah terkejut dan tercabar.
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://mighibur.com)
Sambungan kisah Mertua Vs Menantu Episod 8:Sambungan ksiah drama Mertua Vs Menantu Episode 8 Part 1S
ambungan ksiah drama Mertua Vs Menantu Episode 8 Part 2Sambungan ksiah drama Mertua Vs Menantu Episode 8 Part 3Sambungan ksiah drama Mertua Vs Menantu Episode 8 Part 4Sambungan ksiah drama Mertua Vs Menantu Episode 8 Part 5Sambungan seterusnya drama Mertua Vs Menantu Episode 9Sambungan drama Mertua Vs Menantu Episode 9 Part 1Sambungan drama Mertua Vs Menantu Episode 9 Part 2Sambungan drama Mertua Vs Menantu Episode 9 Part 3Sambungan drama Mertua Vs Menantu Episode 9 Part 4Sambungan drama Mertua Vs Menantu Episode 9 Part 5Sambungan drama Mertua Vs Menantu Episode 9 Part 6Sambungan seterusnya kisah Mertua Vs Menantu Episode 10Sambungan kisah drama Mertua Vs Menantu Episode 10 Part 1Sambungan kisah drama Mertua Vs Menantu Episode 10 Part 2Sambungan kisah drama Mertua Vs Menantu Episode 10 Part 3Sambungan kisah drama Mertua Vs Menantu Episode 10 Part 4
Sambungan kisah drama Mertua Vs Menantu Episode 10 Part 5Sambungan drama Mertua Vs Menantu Episode 10 Part 6(Terima kasih dan kredit diberikan kepada sharimie1 Channel)
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima dan semua sumber atas maklumat dan gambar drama Mertua Vs Menantu)
0 comments :
Post a Comment