Saturday, January 10, 2009

JANGAN LUPA UNTUK MENGIKUTI SIARAN LANGSUNG "GELANGGANG RAJA LAWAK" MUSIM KE-3 SETIAP HARI JUMAAT JAM 9.00 MALAM DI ASTRO PRIMA SALURAN 105


Jangan lupa untuk terus menyaksikan gelagat dan karenah peserta-peserta yang masih kekal dalam Ceritera Raja Lawak setiap hari Rabu dan Khamis pada jam 9.00 malam dan jangan ketinggalan pula untuk menonton Gelanggang Raja Lawak setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di Astro Prima Saluran 105 secara langsung.


Mat dan Syem merupakan dua peserta yang telah tersingkir dalam "Gelanggang Raja Lawak" yang telah disiarkan secara langsung di Astro Prima Saluran 105 pada 9 Januari 2009.


Video klip keputusan penyingkiran "Gelanggang Raja Lawak" pada 9 Januari 2009

Profile/Biodata/Gambar 10 Peserta "Raja Lawak Musim Ke-3"


1. Mohammad Amirullah bin Azmi
AMIR
Umur: 20 tahun


2. Aman Shah bin Asri
AM
Umur: 24 tahun


3. Adam bin Abdul Karim Zamri
ADAM
Umur: 18 tahun


4. Shamira bin Muhamad
Mohd Nadzri bin Zainal Abidin
Mohd. Noor bin Murad
SEPAH
Umur: 24 tahun
23 tahun
23 tahun


5. Nuur Jihan binti Musa
JIHAN
Umur: 25


6. Rafizzan binti Yaacob
YANN
Umur: 32 tahun


7. Ahmad Faidz bin Ahmad Yusoff
TALAM
Umur: 23 tahun


8. Sutarmin bin Tukichan
MANBELON
Umur: 35 tahun


9. Afzan Saffuan bin Ahmad
Wasn Sharizon bin Rahim
LNJ
Umur: 22 tahun
27 tahun


10. Hazmeer bin Hassan (Amer)
Muhd Shaiful bin Bakri (Epul)
CHOT
Umur: 18 tahun
19 tahun

Maklumat/Information "Raja Lawak Musim Ke-3"

Semua peserta finalis akan ditempatkan di sebuah akademi di mana mereka akan diberi latihan serta bimbingan profesional oleh para pengkriktik jemputan pada setiap minggu
untuk persiapan dalam persembahan tugasan mereka yang akan diadakan pada setiap hari Jumaat dalam "Gelanggang Raja Lawak" di hadapan penonton yang juga akan disiarkan di Astro Prima secara langsung. Di setiap penghujung rancangan, penguguman penyingkiran akan dilakukan sepertimana kebanyakan program realiti yang lain.


Tiga orang pengkritik tetap telah dipertanggungjawabkan bagi menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka akan menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan; keaslian persembahan dan kreativiti; bakat dan kemahiran lakonan serta sama ada para peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal. Tiga orang pengkritik ini juga turut terlibat secara langsung semasa sessi ujibakat dan pusingan kelayakan.

Pengkritik tetap:

Pelawak dan pelakon terkenal:
Zaibo

Pelakon wanita yang berpengalaman:
Fauziah Nawi

Pengacara serta Pelawak terkenal:
Shamsul

Selain itu, semua peserta Raja Lawak akan ditentukan sepenuhnya dengan sistem pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan talian tetap. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan tersingir.

Untuk mengundi secara SMS, taip LAWAK atau LAWAK <3/5/10> untuk undian secara pukal 3; 5 atau 10 ke 32999. Bagi mengundi ke talian tetap pula, sila dail 13701/ 13703/ 13705/ 13710 untuk undian pukal 1; 3; 5; atau 10 undian dan ikut arahan yang disertakan.

Pemenang tempat kedua dan ketiga; Raja Lawak Astro musim pertama – Johan dan Zizan sekali lagi akan menggalas tugas bagi mengacarakan program ini buat kali kedua dan memperlihatkan cabaran kesemua peserta dalam merebut gelaran Raja Lawak Astro.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.budiey.com)

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.astro.com.my/rajalawak/, Astro Prima Saluran 105 dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by