Sunday, December 21, 2008

PASANGAN KHAI & ROSMA TERSINGKIR DALAM DEBARAN SEHATI BERDANSA MINGGU KE-9 PADA 21 DISEMBER 2008 DI PENGHUJUNG RANCANGAN


KEPUTUSAN PASANGAN MANAKAH YANG TERSINGKIR DALAM DEBARAN SEHATI BERDANSA MUSIM KE-2 PADA 21 DISEMBER 2008


VIDEO KLIP PENYINGKIRAN PASANGAN KHAI & ROSMA DALAM DEBARAN SEHATI BERDANSA MINGGU KE-9


VIDEO KLIP PERSEMBAHAN KHAI & ROSMA DEBARAN SEHATI BERDANSA MINGGU KE-9

Pasangan Khai & Rosma terpaksa mengundurkan diri daripada pentas Sehati Berdansa musim kedua apabila diumumkan sebagai pasangan kelapan tersingkir di dalam Debaran Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria saluran 104 sebentar tadi di penghujung rancangan apabila mereka merupakan pasangan yang menduduki di kedudukan terbawah sewaktu undian ditutup.

Pada minggu yang lalu pasangan Khai & Rosma terselamat daripada penyingkiran dalam Debaran Sehati Berdansa untuk minggu kelapan. Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kali ini.

Walaupun pasangan Khai dan Rosma menduduki tempat kedua berdasarkan peratusan markah yang telah diberikan oleh juri-juri profesional semalam pada Malam Sehati berdansa, mereka tidak mendapat undian yang mencukupi daripada pengundi dan ini menyebabkan mereka tersingkir dalam Debaran Sehati Berdansa yang telah disiarkan di Astro Ria secara langsung sebentar tadi.

Sebelum meninggalkan pentas Sehati Berdansa pasangan Khai & Rosma yang mewakili Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia menerima replika cek bernilai RM9000 sebagai wakil daripada badan kebajikan tersebut.

Berikut adalah kedudukan keseluruhan pasangan Sehati Berdansa selepas undian ditutup sebentar tadi

Lisda & Fauzi - 64.16%
Amyza & Khairil - 63.70%
Khai & Rosma - 58.06%


Penyingkiran Khai & Rosma kali ini sekaligus menempatkan dua pasangan yang masih kekal untuk beraksi pada Kemuncak Sehati Berdansa iaitu pasangan Amyza & Khairil serta pasangan Lisada & Fauzi.

Selain itu, juga diserikan lagi dengan upacara pemberian trofi kepada Ahmad Kassan. Beliau yang telah bersama dengan pasangan-pasangan Sehati Berdansa selama sembilan minggu ini menerima trofi tersebut sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau yang merupakan Penasihat Tarian dan Persembahan Sehati berdansa untuk dua musim Sehati Berdansa berturut-turt.

Shinystar ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan Khai & Rosma yang akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.


(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria Saluran 104 - http://www.astro.com.my untuk sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by