SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-47 YANG DISIARKAN PADA 19 OGOS 2008, SELASA PADA JAM 2.00 PETANG DI TV3
Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan AnakkuBersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan
Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.00 petang
Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Robin Hood moden mempunyai kejutan untuk Tatia. Apakah kejutan yang akan diberikan oleh Robin Hood moden?Episod 47 sinetron Anakku Bukan Anakku pada jam 2.00 hingga 3.00 petang.Tatia diberitahu oleh Robin Hood Moden, seseorang yang sangat rapat datang menemuinya. Robin Hood Moden membuka topeng Tatia dan kemudian memintanya menurut apa yang disuruhnya, iaitu dia mesti berlakon untuk berpura-pura menjadi kekasih kepada orang itu dan menunjukkan kepadanya bahawa dia sangat mencintai orang yang bakal ditemuinya kerana dia mengalami sakit jiwa setelah kekasihnya meninggal. Tatia juga harus berlakon sangat gembira bertemu dengannya.
Tatia serba salah dan tidak tahu apa yang hendak dikatakan kepada lelaki yang bakal ditemukannya. Robin Hood moden memintanya tidak perlu risau kerana lelaki itu bisu dan mengalamai sakit mental (sakit jiwa)seperti juga dengan kekasihnya, jadi Tatia perlu pura-pura bisu.
Tatia mengikut Robin Hood Moden ke ruang tamu dan dia diminta menunggu di situ. Rafli pula disuruh oleh Robin Hood Moden untuk mengikut katanya juga. Rafli diberitahu, gadis itu (tanpa diketahui oleh Rafli gadis itu adalah sebenarnya Tatia) sakit mental. Robin Hood dan kanak-kanak yang lain melihat apa yang berlaku sewaktu pertemuan Rafli(sedang memakai topeng) dan Tatia (juga memakai topeng) dan bagaimana mereka akan berlakon.
Bayu menyamar sebagai polis dan membuat temu janji dengannya di sebuah kedai kopi. Bayu memberitahu Rona sebentar lagi Adel akan bakal dikenakan dan sesuatu akan berlaku di kedai kopi itu.
Tatia dan Rafli saling berlakon seperti sakit jiwa dan bisu. Pada suatu ketika Rafli terpaksa memeluk pinggang Tatia dan pura-pura mesra dengannya. Tatia berasa ketakutan tetapi dia terpaksa menurut kata-kata Robin Hood Moden semoga dia akan brjaya menemui Rafli nanti. Robin Hood dan kanak-kanak di situ berasa seronok menonton lakonan kelakar daripada Tatia dan Rafli yang terpaksa memakai topeng menyamar sebagai kekasih.
Tiba-tiba mereka (Tatia dan Rafli) mendapat tahu bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Mereka mendapati suara mereka mirip kekasih mereka berdua. Mereka berdua akhirnya membuka topeng di muka mereka dan itulah saatnya Tatia dan Rafli bertemu semula. Mereka berasa begitu terharu dan berpelukan untuk melepaskan rindu mereka. Mereka juga memberitahu kanak-kanak di situ bahawa mereka akan terus tinggal bersama mereka di situ.
Adel bertembung dengan Bayu sewaktu dalam perjalanan keluar dan Adel menipunya dia hendak pergi ke hospital melawat Vivian. Setelah Adel menaiki teksi, Bayu bercakap seorang diri bahawa Adel telah kesuntukan masa dan tersenyum sendiri.
Tatia dan Rafli mengucapkan terima kasih kepada Robin Hood Moden kerana telah menolong mereka bertemu semula. Fatimah menyamar sebagai Adel sewaktu temu janji dengan polis dan berkelakuan tidak baik di depan polis tersebut. Sambil bercakap dia merokok dan minum minuman keras di depan polis itu. Polis tersebut berpendapat bahawa dia sudah dipermainkan oleh Adel.
Adel pula tanpa diketahuinya telah pergi berjumpa dengan polis palsu (yang diupah oleh Bayu). Segala keterangan Adel mengenai Rona dan Bayu telah dirakamkan oleh polis palsu itu.
Polis tiba di kediaman Robin Hood Moden dan dia terpaksa bersembunyi. Tatia dan Rafli diminta olehnya menjaga kanak-kanak di situ sewaktu permergiannya buat sementara waktu. Robin Hood Moden mengajar Rafli dan Tatia apa yang harus dilakukan oleh mereka apabila polis tiba nanti.
Apabila polis bertanya kepada mereka adakah mereka pemilik rumah itu, kesemua mereka termasuk kanak-kanak di situ berlakon sebagai orang bisu. Polis-polis itu berpendapat mereka telah tersilap rumah dan meminta maaf daripada Rafli dan Tatia.
Rahsia mereka hampir bocor apabila polis mendengar mereka menyahut, tetapi dengan pantas Rafli dan Tatia berlakon sebagai orang bisu semula dan polis-polis itu menganggap bahawa mereka telah tersilap dengar dan terus beredar dari situ.
Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa untuk mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 48 pada hari esok jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.
Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008
(Terima kasih kepada badaimimpi Channel untuk gambar-gambar dari episod 47)
0 comments :
Post a Comment