Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-36 YANG DISIARKAN PADA 30 JULAI 2008, RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3
Video klip lagu tema Anakku Bukan Anakku Alhamdulillah - Opick feat. Amanda (Terima kasih dan kredit diberikan kepada syafiq7400 Channel)
Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku
Bersujud kepada Allah Bersyukur sepanjang waktu Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah Menjaga keikhlasan-Nya Semoga dirimu semoga langkahmu Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah Bersyukur pada Mu ya Allah Indah dalam kebersamaan Hilanglah sebuah perbedaan
Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang
Roger Danuarta sebagai Rafli Nabila Syakieb sebagai Tatia Raya Kohandi sebagai Adel Dude Harlino sebagai Taufan Krisna Mukti sebagai Nico Raslina Rasidin sebagai Vivian Eeng Saptahadi sebagai Bayu Vicky Burki sebagai Syaitan Femmy Permatasari sebagai Luci Ana Pinem sebagai Rona Boy Irshandi sebagai Ian Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 36 bahagian pertama
Episod 36 (pada 30 Julai 2008 jam 2.30 hingga 3.30 petang)
Rafli ternampak Tatia untuk seketika akan tetapi, sebuah bas telah berhenti di hadapan pusat membeli-belah tersebut lalu menghalang pandangan mereka. Tatia dan Taufan telah masuk kembali ke pusat membeli-belah tersebut dan meneruskan pencarian mereka manakala Rafli dan rakan-rakannya juga berusaha untuk mencari Tatia.
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 36 bahagian ke-2
Bayu pulang ke rumah Nico disambut dengan gembiranya oleh Rona. Dia bertanyakan khabar Bayu dan Bayu memberitahu Rona bahawa sewaktu di pejabat dia telah minum banyak kopi dan dia masih belum menandatangani sebarang cek.
Nico pulang dengan keadaan letih dan pada waktu itu dia berjumpa dengan Fatimah(menyamar sebagai pembantu rumah mereka. Vivian memperkenalkan Fatimah kepada Nico bahawa dia adalah pembantu rumah mereka yang baru.
Bersambung pula kisah syaitan dengan Edo dan rakan-rakannya yang jahat bersubahat. Syaitan dan salah seorang rakan Edo menyamar sebagai orang tua seorang gadis yang kononnya telah hilang. Mereka membuat laporan polis mengenai kehilangan anak gadis mereka yang berumur 16 tahun. Daripada maklumat yang diberikan kepada polis, gadis tersebut adalah seperti Tatia. Apabila polis sedang membuat kerja lain, syaitan tersebut mencuri gambar Tatia dan ini menyebabkan kesukaran polis dalam penyiasatan kesnya.
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 36 bahagian ke-3
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 36 bahagian ke-4
Rafli memberitahu rakan-rakannya bahawa mungkin Tatia yang mereka nampak selama ini adalah cuma khayalan mereka semata-mata. Semua ini terjadi kerana mereka terlalu merindui dan menyayangi Tatia.
Tatia membuat keputusan tidak mahu meneruskan pencarian Rafli lagi dan meminta Taufan pulang bersamanya. Walau bagaimanapun menurut Taufan mereka tidak boleh pulang begitu sahaja dan harus cuba mencari lagi kerana ini merupakan satu-satu cara untuk Tatia mengenali dirinya yang sebenar. Setelah puas mencari untuk seketika lagi, Tatia akhirnya meminta Taufan pulang sahaja lagipun mereka akan bertunang.
Di kediaman Nico, Vivian dan Nico memuji masakan Fatimah dan menurut Vivian lagi kali terakhir dia dapat merasakan makanan seenak itu adalah dari restoran lapan lapan (88). Fatimah tercungap sebentar setelah mendengar kata-kata Vivian itu kerana sememangnya dia telah membuat pesanan makanan dari restoran lapan lapan(88).
Setibanya Bayu di meja makan, dia makan dengan gelojohnya dan ini membuat Adel pura-pura menegur dan memarahi Rona dan Bayu yang telah berkelakuan melebihi batas dan tidak bersopan santun dan tanpa tata-tertib sewaktu makan. Ini membuat Vivian dan Nico begitu hairan dengan sikap Adel yang tiba-tiba memihak kembali kepada mereka.
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 36 bahagian ke-5
Di penghujung episod ke-36, Rafli dan rakan-rakannya ternampak Tatia dan Taufan di dalam kereta menuju keluar. Mereka menjerit sekuat hati nama Tatia. Dapatkah mereka bersua dengan Tatia pada kali ini? Jangan lupa untuk terus mengikuti kisah selanjutnya dalam sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 37 pada hari esok, Khamis, 31 Julai 2008 pada waktu yang sama.
"Berbahagialah Mereka yang Memiliki Kekayaan hati dan Nurani"
Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008
0 comments :
Post a Comment