Wednesday, July 9, 2008

SAMBUNGAN KISAH EPISOD KE-2 SINETRON "SALAH MENCINTA" PADA 9 JULAI 2008 DI ASTRO ARUNA SALURAN 121 PADA JAM 1.00 HINGGA 2.00 PETANG


Episod ke-2 Sinetron "Salah Mencinta"

Nama: Ibnu Jamil
Tarikh Lahir: 30 April 1982
Umur: 26 tahun

Icha Nurbani,
Ichi Nuraini,
Maya Caroline


Video klip lagu tema "Salah Mencinta" Hanya Ingin Kau Tahu - Republik

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada satcure645 Channel untuk video klip Hanya Ingin Kau Tahu - Republik)

Lirik lagu Hanya Ingin Kau Tahu - Republik

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo

Episod ke-2

Kisah "Salah Mencinta" yang disiarkan di Astro Aruna pada 9 Julai 2008 jam 1.00 petang menceritakan Fahri memberi satu cd kepada Sinta meluahkan perasaan terhadapnya tetapa sinta terus mematikan cd tersebut lalu mengambilnya dan terus keluar dari kereta Fahri.

Apabila Sinta tiba di rumah, dia mainkan kembali cd tersebut dan tersenyum seorang diri. Adakah Sinta akan membalas cinta Fahri? Di pejabat Encik Aryo, ayah kepada Sinta dan Santi ingin bertemu dengan peremuan simpanannya dan dia meminta rakan kongsinya untuk menggantikan tempatnya untuk menghadiri satu mesyuarat yang dianggap penting dengan wakil dari Australia mengenai perniagaan mereka. Tetapi rakan kongsinya pula membatalkan mesyuarat tersebut.

Santi meminta pertolongan daripada Tia, rakan karib Santi untuk memperkenalkan teman lelaki Sinta kepadanya dan memberi hadiah dan gelangnya sebagai ganjaran. Tia mengambil hadiah tersebut daripada Sinta tetapi bercadang untuk memperkenalkan teman lelaki yang palsu kepada Sinta. Namun begitu, rancangan Tia gagal dan Santi anggap itu adalah angkara Santi dan ingin membalas dendam terhadapnya.

Santi mendapat tahu Sinta akan memasuki pertandingan pameran lukisan pada hari keesokandan terlintas di hatinya untuk membuat sesuatu supaya Santi tidak akan menang.

Pertandingan pameran lukisan dimulakan dan tibalah giliran Sinta untuk membuka lukisannya. alangkah terkejutnya dia apabila lukisan tersebut telah ditukarkan dengan lukisan lucah. Sinta berasa malu dan dia diusir dari tempat pertangingan itu.

Fahri yang sedang memandu lalu di situ lalu turun dari kereta dan memujuknya sambil memberi sokongan moral kepadanya supaya dia tidak sedih lagi.

Ibu Sinta dan Santi cuba menegur Aryo, suaminya tentang hubungan sulitnya dengan perempuan lain. Sebaliknya Aryo pula yang menengkingnya meminta dia supaya diam.

Santi memperbodohkan Sinta apabila dia ingin mengikut adiknya ke kampus. Sewaktu menghadiri kelas, Sinta menerima sms daripada teman lelakinya, Fahri lalu meminta izin untuk keluar dengan alasan sakit kepala. Sinta berja dengan Fahri di luar dan diberinya hadiah sehelai baju merah yang cantik. Apabila Santi menanya Sinta siapa teman lelakinya, Santi enggan memberitahu Santi dan ini membuat Santi ingin lebih tahu lagi.

Setibanya di rumah, Santi mencuri baju pemberian Fahri kepada Sinta dan memakainya keluar berjalan-jalan di kompleks. Fahri ternampak Santi dan disangkanya Sinta yang memakai baju pemberiannya. Dengan perasaan yang gembira dia terus mendekati Santi dan mencium dahinya.

Santi begitu gembira apabila lelaki idamannya, Fahri telah menciumnya. Episod ke-2sinetron "Salah Mencinta" berakhir di sini dan ia akan bersambung pada hari esok di waktu yang sama pada 10 Julai 2008 di Astro Aruna Saluran 121.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Semoga kisah sinetron baru ini akan lebih menceriakan hari anda.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by