Tuesday, July 8, 2008

SALAH MENCINTA DI ASTRO ARUNA SALURAN 121 BERMULA 8 JULAI HINGGA 4 AUGUST PADA JAM 1 PETANG DAN 11 MALAM SETIAP ISNIN HINGGA JUMAAT


SALAH MENCINTA SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT PADA JAM 1.00 - 2.00 PETANG DAN 11.00 MALAM - 12.00 PAGI

Dibintangi oleh pelakon:


Nama: Ibnu Jamil
Tarikh Lahir: 30 April 1982
Umur: 26 tahun

Icha Nurbani,
Ichi Nuraini,
Maya Caroline

Sinopsis Salah Mencinta:

Saudara kembar yang bernama Shinta dan Shanti telah jatuh cinta pada pria yang sama bernama Fahri, namun Fahri tidak menyadari bahawa dia telah menjalin hubungan dengan saudara kembar tersebut. Siapakah yang akan memenangi hatinya akhirnya? Jangan lupa untuk terus mengikuti sinetron yang menarik ini.

It´s a story about Shinta and Shanti, twin sister who fall in love with the same guy named Fahri, but the guy himself doesn´t realized that he have a relationship with the twin sister. What will happen next? Who will win his heart ?

(Thank you and credits to: www.astro.com.my untuk maklumat Salah Mencinta).

Episod 1 pada 8 Julai 2008 "Salah Mencinta":

Kisah "Salah Mencinta" dimulakan dengan Shanti memakai baju sekolah kakak kembarnya, Shinta yang telah siapa di gosokdan membiarkan bayu sekolah yang ronyok untuk dipakai oleh kakaknya. Selepas itu sebelum pergi ke sekolah, Shanti menyamar sebagai shinta untuk mendapat wang belanja yang berlebihan daripada ayahnya.

Kelakuan kedua adik-beradik kembar Shanti dan Shinta amat berbeza. Shinta merupakan anak yang baik berbanding dengan Shanti. Sewaktu peperiksaan dijalankan, shanti tidak tahu menjawab soalan. Sebaliknya shinta yang sudah siap menjawab semua soalan meminta izin daripada guru mereka untuk pergi ke bilik air. Sekembalinya dikelas, shinta mendapati Shanti telah duduk di tempatnya. Shati juga cemburu denga segala kejayaan yang diperolehi oleh Shinta.

12 tahun kemudian:

Walaupun dua belas tahun sudah berlalu namun kelakuan Shanti masih tidak berubah. Segala apa yang ada pada shinta pasti shanti akan cuba merampasnya. Dalam majlis Tahun Baru juga, teman Shinta dipikat oleh Shanti.

Pada suatu hari, seorang jejaka yang bernama Fahri ingin membeli lukisan shinta tiga kali ganda iaitu sebanyak 15 juta rupiah. Setelah membeli lukisan Shinta, Fahri ingin belanja Shinta makan tengahari sempena merayakan kejayaan Shinta menjual lukisan tersebut kepadanya tetapi Shinta menolak dengan alasan ada hal lain yang harus diuruskannya.

Ayah adik beradik kembar tersebut, tergesa-gesa keluar setelah menerima panggilan daripada seorang perempuan. Mungkinkah ayah mereka mempunyai perempuan simpanan di luar? Ibu Shanti menunggu kepulangan suaminya hingga lewat malam. Ayah Shanti pulang dalam keadaan mabuk. apabila ditanya oleh isterinya, katanya sebagai seorang isteri dia tidak boleh selalu mempunyai perasaan curiga. Ibu Shanti begitu kecewa apabila dia terjumpa seurat rambut wanita lain di baju suaminya.

Di dalam bilik, Shanti dengan sombongnya memberitahu kakaknya yang dia telah menemui lelaki idamanya(Fahri) tanpa mengetahui bahawa sebelum ini Shinta telah menjualkan satu lukisannya kepada Fahri dan Shinta sendiri juga telah tertarik kepada jejaka yang sama.

Fahri amat suka dengan lukisan Shinta. Fahri menemani Shinta pulang ke rumah. Ibu Fahri menya Fahri berkenaa dengan lukisan-lukisan yang telah dibelinya di pameran lukisan dan telah mengagak anaknya menaruh hati terhadap pelukis itu selain daripada lukisannya.

Episod pertama kisah "Salah Mencinta" berakhir apabila Fahri bertembung dengan Shinta di sebuah tempat makan. Apakah yang akan berlaku selepas itu. Jangan lupa untuk terus menonton "Salah Mencinta" yang disiarkan di Astro Aruna Saluran 121 setiap hari Isnin - Jumaat pada jam 1.00 petang dan siaran ulangannya pada 11.00 malam.

Sekian, daripada sapphire blu untuk semua. Jangan lupa untuk mengikuti kisah selanjut ini pada hari esok.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by