Monday, June 16, 2008

KEPUTUSAN TERKINI KONSERT GANGSTARZ MUSIM KE-2 YANG DISIARKAN SECARA LANGSUNG PADA 15 JUN 2008 DI TV3. LATEST RESULTS OF GANGSTARZ CONCERT OVER TV3.


KEPUTUSAN KONSERT GANGSTARZ PADA 15 JUN 2008/RESULTS OF GANGSTARZ CONCERT ON JUNE 15, 2008


Pengacara GangStarz musim kedua tahun 2008 adalah Faizal Tahir dan Fara Fauzana


Juri GangStarz untuk musim kedua 2008 adalah Ajai dan Sheikh Haikel





Helo salam daripada sapphire blu untuk semua. Seperti yang diketahui ramai, pada minggu yang lalu tiada penyingkiran dalam konsert GangStarz musim ke-2 ini. Tetapi pada minggu ini pasti terdapat penyingkiran yang berlaku di penghujung konsert. Siapakah yang terpaksa meninggalkan pentas GangStarz?

Keputusan diumumkan oleh dua Pengacara rancangan ini iaitu Faizal Tahir dan Fara Fauzana apabila undian ditutup. Debaran terasa di hati siapakah kumpulan yang bakal tersingkir?

Faizal: Minggu lepas kita saksikan tiada sebarang penyingkiran. Seperti biasa saya akan memanggil kumpulan-kumpulan yang berada di kelompok terbawah. When I call your group name please come down and take your place on the centre stage. Fara please announce the first group.

Fara: Kumpulan yang pertama, Brown Tone. Unruk kumpulan yang kami akan panggil ke bawah untuk bersama-sama dengan Brown Tone ialah...

Faizal: Sangat mengejutkan sebenarnya kerana mereka telah memberikan salah satu persembahan yang cukup baik pada malam ini. Dengan ini saya ingin memanggil kumpulan South Trio untuk turun ke bawah.



Fara: South Trio mengalirkan air mata kerana hari ini adalah Hari Bapa. Adakah bapa akan mengalirkan air mata kerana mereka tersingkir?

Faizal: Brown Tone pula berkali-kali turun ke bawah mengambil tempat di centre stage tetapi masih selamat dari minggu ke minggu.

Fara: Kumpulan ketiga yang akan kami panggil adalah kumpulan yang...

Faizal: Saya rasa untuk minggu ini kita hanya akan memanggil dua kumpulan.

Fara: Tiada kumpulan yang ketiga.

Faizal: Jangan terkejut.

Fara: All of you up there you are all safe.

Faizal: Mungkin kerana minggu lepas tiada sebarang penyingkiran, mungkin minggu ini kita akan menyingkirkan dua kumpulan. Saya masih menunggu kata-kata atau keputusan daripada produser kita. Tetapi untuk masa sekarang saya ingin mengumumkan bahawa kumpulan yang akan mengakhiri perjalanan mereka dalam GangStarz pada minggu ini hanyalah satu, dan kumpulan tersebut adalah BROWN TONE.


Kumpulan Brown Tone merupakan kumpulan yang tersingkir dalam konsert GangStarz minggu ini.

Faizal: Thank you Brown Tone, you gave a very very impresive performance tonight.

Fara: Penonton-penonton di auditorium berikan tepukan yang gemuruh kepada Brown Tone.





Faizal: It's not the end of the road, you have talent. Kita semua tahu bahawa kumpulan Brown Tone mempunyai bakat.



Fara: Semestinya, setiap minggu persembahan mereka meningkat, walaupun ada kekeliruan dalam kumpulan namun kita boleh lihat setiap kali berada di atas pentas sikap profesional yang ditunjukkan oleh mereka.



Faizal: Okay, kita ada sembilan lagi kumpulan yang akan bersama dengan kita pada minggu hadapan untuk meneruskan perjuangan mereka di dalam GangStarz jadi kita ucapkan selamat jalan kepada Brown Tone dan semoga anda terus success.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by