Saturday, May 17, 2008

KEPUTUSAN TERKINI KONSERT MINGGU KESEMBILAN AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-6 PADA 17 MEI 2008 YANG TELAH BERLANGSUNG DI DEWAN SIVIK MBPJ DI ASTRO RIA





Keputusan terkini konsert kesembilan Akademi Fantasia Musim Ke-6 pada 17 Mei 2008 telah diumumkan oleh Pengacara AC Mizal di penghujung rancangan.

Stanly (Stanley Maringai David Impi) 25 tahun dari Sarawak tersingkir dalam konsert minggu kesembilan yang telah diadakan di Dewan Sivik MBPJ di penghujung rancangan.

Konsert minggu kesembilan Akademi Fantasia baru sahaja tiba di penghujung rancangan dan siapakah pelajar yang melangkah anak tangga yang terakhir menuju puncak di konsert "Finals" yang akan berlangsung di Bukit Jalil pada 24 Mei 2008?





Stanly merupakan pelajar yang terakhir tersingkir dalam konsert minggu kesembilan selepas undian ditutup. "Jari Menjadi Juri" begitulah kata-kata yang kita selalu dengar dalam Akademi Fantasia.







Stanly terpaksa akur dengan keputusan di mana dia terpaksa mengusung bagasi berwarna merah dari pentas Dewan Sivik MBPJ kerana tidak mendapat undian yang mencukupi untuk ke konsert yang terakhir dalam Akademi Fantasia musim ini. Walau bagaimanapun persembahan yang diberikan oleh Stanly sebelum undian ditutup tadi. Semoga Stanly akan terus berjaya dalam bidang nyanyian.


Lima pelajar yang akan membuat persembahan di Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim Ke-6

Lima pelajar yang akan ke konsert Akhir "Final" pada 24 Mei 2008 di Bukit Jalil adalah:

Toi
Nubhan
Stacy
Riz
Nadia

Tahniah kepada lima pelajar Akademi Fantasia musim ke-6 ini kerana berjaya sampai ke tangga "Menuju Puncak" dan seterusnya akan membuat persembahan dalam konsert minggu kesepuluh iaitu Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim Ke-6.

KEDUDUKAN PELAJAR SEBELUM KONSERT

Stacy 19%
Riz 19%
Nadia 17%
Nubhan 17 %
Stanly 14%
Toi 14%

KEDUDUKAN PELAJAR SELEPAS UNDIAN DITUTUP (Kedudukan Afundi terkini pada 17 Mei 2008)

Toi 19%
Stacy 19%
Nubhan 17%
Riz16%
Nadia 15%
Stanly 14%

Sekian, terus bersama sapphire blu dalam kemaskini ulasan pada hari keesokan selepas tengahari waktu petang dan selamat malam.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by