Monday, May 19, 2008

DIARI MINGGU KE-10 (MINGGU TERAKHIR) AKADEMI FANTASIA KE-6 SEBELUM KONSERT AKHIR PADA 24 MEI 2008 - APAKAH LAGU TUGASAN BARU 5 PELAJAR FINALIS?



Kedudukan AFundi terkini pada 19 Mei 2008

Stacy 27%
Riz 25%
Nadia 20%
Nubhan 18%
Toi 10%



Selepas penyingkiran Stanly dalam konsert minggu kesembilan Akademi Fantasia Musim Ke-6 yang telah berlangsung pada hari Sabtu yang lalu pada 17 Mei 2008, cuma tinggal 5 pelajar yang akan meneruskan perjalanan mereka menuju puncak ke konsert minggu ke-10 iaitu konsert akhir Akademi Fantasia musim ini.

Masa beredar dengan begitu pentas tanpa disedari dan selepas berakhirnya konsert akhir Akademi Fantasia Musim ke-6 ini dan seterusnya diumumkan pemenangnya nanti, pasti sapphire blu akan merindui setiap detik Akademi Fantasia musim ke-6 nanti.

Ia sudah seperti menjadi "routine" sapphire blu untuk menulis apa yang diketahui mengenai Akademi Fantasia 6 dalam kemas kini harian. sapphire blu akan cuba mengikuti perkembangan pelajar di Akademi dengan menonton Diari Harian yang diadakan setiap hari Isnin hingga Jumaat diikuti dengan Konsert Mingguan.

Bagaimanakah hari-hari yang akan dilalui tanpa menonton Akademi Fantasia ke-6 mulai Isnin depan? Pasti sapphire blu akan merindui waktu tersebut.

Apakah agaknya lagu tugasan yang diterima oleh lima pelajar finalis? Adakah mereka berpuas hati dengan lagu yang mereka dapat? Walau apapun, mereka pasti akan dapat memeriahkan suasana di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 24 Mei 2008 dengan persembahan mereka yang begitu hebat nanti.

Lagu tugasan pelajar untuk Konsert Akhir telahpun diumumkan malam ini dalam Diari jam 9 malam tadi. Dua tugasan akan diberikan kepada setiap pelajar untuk membuat persembahan dalam Konsert Final.



Seperti konsert akhir Akademi Fantasia yang telah diadakan sejak lima musim yang lalu, dalam konsert akhir Akademi Fantasia musim ini juga mereka diberikan diberikan satu lagu tugasan individu seperti yang diberikan untuk konsert mingguan dan satu lagu baru khas untuk mereka.



PELAJAR LELAKI

NUBHAN
Bukan Di Sini (Sofaz)
Ada Untukmu (Lagu Baru)

RIZ
11 Januari (Gigi)
Hanya Sandiwara (Lagu Baru)

TOI
Siti Zulaikha (Mawi)
Paling Terindah (Lagu Baru)



PELAJAR WANITA

NADIA
Aku Lebih Tahu (Mila AF5)
Kalut Lagi Mengarut (Lagu Baru)

STACY
Atas Nama Cinta (Rossa)
Siti Lela VS Cinderella (Lagu Baru)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by