Daripada sumber yang dibaca, ibu Stanly meninggal dunia akibat beberapa penyakit iaitu kerosakan buah pinggang dan hati serta penyakit kencing manis. Sewaktu Stanly masih berada di Akademi, sesiapa yang mengikuti perkembangan Diari Akademi Fantasia ke-6 sudah sedia maklum bahawa ibunya berada dalam keadaan tenat. Pernah sekali juga di mana pihak Astro dari Akademi Fantasia membawa Stanly pulang untuk menziarahi ibu tersayangnya.
Sapphire Blu turut berasa sedih di atas pemergian ibunya yang tersayang, walaupun Stanly tidak mengenali sapphire blu. Setelah mengikuti perkembangan Stanly dalam Akademi Fantasia musim ini, membuat sapphire seperti sudah kenal dengannya. Semoga Stanly tabah menghadapi segala dugaan hidup.
Stanly merupakan pelajar terakhir yang tersingkir seminggu sebelum menjelang konsert akhir Akademi Fantasia musim ke-6 yang akan berlangsung pada 24 Mei 2008 di Stadium Putra, Bukit Jalil mulai jam 9 malam di Astro ria Saluran 104.

Stanly sewaktu membuat persembahan dalam konsert minggu ke-9 Akademi Fantasia Ke-6 pada 17 Mei 2008
Kedudukan AFundi Terkini 5 Pelajar Finalis pada 20 Mei 2008
Stacy - 33%
RIZ - 26%
Nadia - 18%
Nubhan - 14%
Toi - 9%
0 comments :
Post a Comment