Wednesday, May 28, 2008

AKHIRNYA STACY DINOBATKAN SEBAGAI JUARA AKADEMI FANTASIA MUSIM KEENAM DENGAN LAGU PERSEMBAHANNYA ATAS NAMA CINTA DAN AKU STACY - LAGU BARU


Stacy (Stracie Angie Anam, 18 tahun) Juara Akademi Fantasia Musim Ke-6

Juara baru Akademi Fantasia musim ini pernah memasuki pertandingan Gang Starz (kumpulan Evoke) tetapi tidak berjaya.


Video klip Stacy AF6 dari Kumpulan Evoke dalam Gang Starz pada 3 Jun 2007

(Terima kasih kepada: dbosv Channel untuk sumber video klip Stacy AF6 sewaktu persembahan dalam Gang Starz).


(Video klip kejutan untuk Stacy AF6 sewaktu pemilihan salah seorang calon sebagai pelajar Akademi Fantasia Musim Keenam. Terima kasih kepada: dbosv Channel)

Satu lagi pertandingan yang Stacy pernah pergi adalah One In A Million (OIAM) Musim Pertama.Walaupun Stacy tidak berjaya untuk masuk ke Top 20 One In A Million musim pertama tetapi anak kelahiran Sabah ini teru mencuba nasibnya untuk audition Akademi Fantasia Musim Keenam. Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam telah berjaya dipilih sebagai salah seorang daripada 14 pelajar Akademi Fantasia Musim Keenam.

Setelah sembilan konsert mingguan diadakan Stacy masih terus kekal dengan peratusannya yang kukuh dan cukup untuknya melangkah ke Konsert Akhir.

Walaupun mempunyai badan yang kecil molek tetapi Stacy telah berjaya menarik perhatian ramai peminat dengan degan dua persembahan. Persembahan pertamanya Atas Nama Cinta yang dipopularkan oleh Rossa dan persembahan keduanya dengan aksi lincah yang penuh semangat dan bertenaga dengan lagu barunya "Aku Stacy".
KEPUTUSAN SELEPAS KONSERT FINAL AF6

Kedudukan Afundi setelah undian ditutup di penghujung Konsert Akhir pada 24 Mei 2008

Stacy 43%
Riz 18%
Nubhan 14%
Toi 13%
Nadia 13%

Dengan undian sebanyak 43 peratus yang diperolehinya di penghujung Konsert Akhir yang telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 24 Mei 2008, Stacy diumumkan sebagai Juara baru Akademi Fantasia keenam.

Dengan kemenangan ini, Stacy membawa pulang hadiah yang bernilai lebih RM700,000 iaitu sebuah rumah banglo di A’Famosa Villa D’Lagos, Melaka yang bernilai RM550,000 serta pakej percutian 7 hari 5 malam ke Afrika Selatan tajaan MayFirst, pakej perlancongan dan lawatan ke New York tajaan Maybeline, Sony PlayStation tajaan Astro kereta bermodel Peugeot 307 XS bernilai RM139,535 tajaan Naza Motors Sdn. Bhd., wang tunai berjumlah RM25,000 serta sebuah trofi bersalut emas.

Kemenangan Stacy dalam Akademi Fantasia musim keenam, sudah dijangka oleh orang ramai kerana sejak dari konsert minggu pertama lagi yang telah bermula pada 22 Mac 2008 hingga konsert minggu ke sembilan, bintang baru Akademi Fantasia ke-6 ini sentiasa memberi persembahan yang cukup bertenaga dan menduduki di tempat yang kukuh berdasarkan SMS atau Undian Khidmat Pesanan Ringkas daripada penyokong setianya.

LIRIK LAGU "AKU STACY" – STACY (LAGU BARU)

Lidah kukelu dan minda ku membeku
Semangat kuhilang entah ke mana
Dari pagi sehingga malam datang menjelma
Congak posisi diri

Macam – Macam cara tuk kulepaskan raga
Dari berterusan ku disakiti
Engkau yang belagak bagai raja di istana
Jadikan ku sang abdi

Mau saja…Aku melepaskan diri dan terus berlari
Ikut saja…kata hati yang berbisik meracuni
Boleh saja …ku turut kan kata hati yang ingin mencuba
Gagal lagi…kamar ku sedia terkunci

Difikir – fakir mengapa harus takut
Sedang asalnya ku yang berkuasa
Meskipun aku Stacy bukannya permaisuri
Harga diriku tinggi

Engkau Sekadar datang menumpang saja
Telah terbongkar sifatmu pendusta
Ingin mengaut apa saja yang ada
Namun aku penghalang

Mau saja…Aku melepaskan diri dan terus berbelari
Ikut saja…kata hati yang berbisik meracuni
Boleh saja…ku turut kan kata hati yang ingin mencuba
Gagal lagi…kamar kusedia terkunci

Umpama perang
Umpan perlu dikorbakan
Demi mencapai maksud dan tujuan ( oh, tujuan )
Perasaanku terpaksa menjadi taruhan
Akhir nanti engkau akan pasti aku tawani

Lagu : Intan Norul Azlina (Intan Shaharuddin)
Lirik : Intan Norul Azlina/Ad Samad (Fighting Poet Sdn Bhd)

Tahniah di atas kejayaannya yang begitu cemerlang dengan persembahan dua lagu



(Terima kasih kepada: bosou Channel di atas sumber video klip Stacy AF6 sewaktu audition One In A Million musim pertama)

(Thank you to the source of the picture)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by