Monday, April 7, 2008

DIARI AKADEMI FANTASIA MINGGU KEEMPAT HARI PERTAMA, 7 APRIL 2008 JAM 9 MALAM - APAKAH LAGU TUGASAN BARU 10 PELAJAR AKADEMI FANTASIA MUSIM KEENAM


Diari Akademi Fantasia Minggu Keempat Hari Pertama bahagian satu dan dua, 6 petang dan 9 malam.


Hos Diari Akademi Fantasia Musim keenam: Sarimah Ibrahim

BEBASKAN BAKAT 'SUPERSTAR' DALAM DIRI ANDA

Helo, hari ini merupakan hari pertama Diari Akademi Fantasia untuk musim keenam ini setelah dua penyingkiran dilakukan sebelum konsert minggu ketiga ditutup. Dua pelajar yang mendapat undian yang paling rendah adalah Lufya dan Naim. Mereka terpaksa akur dengan keputusan pengundi dan mengusung beg mereka dari pentas Dewan Sivik MBPJ.





Memang sedih untuk melihat dua pelajar tersebut tersingkir kerana mereka cuma ada tiga minggu sahaja untuk menguasai ilmu yang diberikan di akademi. Walau bagaimanapun adalah diharapkan mereka akan terus giat dalam bidang nyanyian ini kerana mereka adalah 14 pelajar yang dipilih dan boleh dikatakan terbaik di antara enam ribu orang yang telah pergi untuk menguji bakat Akademi Fantasia musim ini.

Sudah tentu satu hari nanti mereka akan menjadi terkenal dan adalah difahamkan setiap pelajar yang terpilih dalam Akademi Fantasia akan menjadi bintang. Syabas Naim dan Lufya. Pada saya walaupun anda berdua tidak dapat kekal di Akademi Fantasia 6 dan cuma setakat untuk minggu ketiga sahaja, tetapi anda sudah buat yang terbaik dan semoga berjaya di luar sana dalam bidang nyanyian.


10 pelajar yang masih kekal di Akademi Fantasia ke6.


Diari hari keempat bahagian pertama pada jam 6 petang dimulakan dengan Nadia dan Toi membaca surat wasiat daripada Lufya dan Naim yang telah meninggalkan Akademi dalam konsert minggu lalu.


Riz mendapat panggilan dan kata nasihat daripada ayahnya. Disebabkan terlalu terharu dan merindui ayahnya ini membuat Riz mengalirkan air matanya.


Dalam sesi Pegetua bersama pelajar kita dapat menyaksikan bagaimana Pengetua berasa tidak puas hati tentang persembahan para pelajar dalam konsert keempat yang lalu dan memberi kritikan serta teguran kepada mereka.

Di antara pelajar yang ditegur adalah Faisal yang diberi amaran terakhir untuk mempertingkatkan prestasi vokalnya. Selain daripada Faisal terdapat juga pelajar yang ditegur kerana tidak meningkat dalam nyanyian mereka.

Pada minggu keempat ini, Riz mendapat lagu baru daripada Pengetua. Syabas kepada Riz, berusaha lebih gigih lagi dan diharap Pengetua tidak akan menarik balik lagu itu daripadanya. Di antara 10 pelajar Akademi Fantasia musim ini, saya gemar dengar suara Riz, Rina, Stacy dan Nadia.



Lagu tugasan baru telah diberikan oleh 10 pelajar Akademi Fantasia Musim Keenam untuk mereka membuat persembahan pada 12 April 2008, Sabtu jam 9 malam. Sepertimana dalam tiga konsert yang lalu mereka akan cuba sedaya upaya mereka untuk membuat persembahan yang terbaik di Dewan Sivik MBPJ yang akan disiarkan secara langsung di Astro Ria, Saluran 104.

Berikut adalah lagu tugasan baru mereka:

PELAJAR LELAKI


Nubhan : Cinta Hampa (D'Llyod)


Riz : Marabahaya (Pop Shuvit)


Faisal : Joget Bunga Melati (Halil Chik)


Stanly : Kasih Tercipta (Faizal Tahir)


Alif : Come Out And Play (Offspring)


Toi : Laukku Cukup Masin (Spider)

PELAJAR WANITA


Rina : Terbang Helang (Datuk Sharifah Aini)


Nadia : Mengapa Di Rindu (Saloma)


Saida : Hati Kama (Datuk Siti Nurhaliza & Noraniza Idris)


Stacy : Cinta Terhalang (Stacy)

Selain itu, mereka akan berlatih lagu "Menuju Puncak" untuk mereka nyanyi di penghujung setiap konsert mingguan.

Menuju Puncak - Lagu Tema Akademi Fantasia 6
(dan juga tema unuk Akademi Fantasia 1 hingga 5)

Bukan mudah
Menyusun tangga ke angkasa
Bukan mudah
Mengubah mimpi jadi realiti
Apa pun jua bisa terbukti
Andai langkahmu tidak terhenti

(chorus)
Menuju puncak gemilang cahaya
Mengukir cita seindah rasa
Menuju puncak impian di hati
Bersama janji azam sejati
Pasti berjaya di Akademi Fantasia

Bukan mudah
Menggapai bintang yang berkelipan
Bukan mudah
Jalanan ini untuk diharungi
Apa pun jua bisa terbukti
Andai langkahmu tidak terhenti

(chorus)
Menuju puncak gemilang cahaya
Mengukir cita seindah rasa
Menuju puncak impian di hati
Bersama janji azam sejati
Pasti berjaya di Akademi Fantasia

(brigde)
Percaya pada diri
Dengan harapan dan keyakinan

(chorus)
Menuju puncak gemilang cahaya
Mengukir cita seindah rasa
Menuju puncak impian di hati
Bersama janji azam sejati
Pasti berjaya di Akademi Fantasia

Kedudukan AFUNDI terkini untuk 10 pelajar yang masih berada di Akademi Fantasia 6, jam 12.20 tegahari pada 8 April 2008

STACY 16%
NADIA 12%
STANLY 12%
SAIDA 11%
ALIF 10%
NUBHAN 10%
TOI 9%
RIZ 8%
RINA 7%
FAISAL 5%

Sekian, sehingga kita berjumpa lagi esok dalam kemaskini saya untuk Diari Akademi Fantasia Ke6 hari kedua.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by