Friday, April 11, 2008

DIARI MINGGU KEEMPAT HARI KELIMA AKADEMI FANTASIA MUSIM KEENAM - 4TH WEEK 5TH DAY OF DIARI AKADEMI FANTASIA SEASON 6 ON APRIL 11, 2008 -


Diari Minggu Keempat Hari Kelima Pada 11 April 2008


Hos Diari Akademi Fantasia Musim Ini: Sarimah Ibrahim

Diari hari kelima untuk minggu keempat ini menunjukkan Encik Pungut menguji tentang keadaan pelajar-pelajar dan didapati tiada pelajar yang tidak sukakan Nubhan.

Diva dari seberang datang berkunjung di Akademi? Sungguh bertuah 10 pelajar mendapat kunjungan penghibur bertaraf diva, iaitu Hetty Koes Endang. Beliau datang untuk memberi nasihat kepada mereka.

Berikut adalah gambar yang diambil sewaktu diari yang disiarkan petang tadi, jam 6 petang. Pengetua terus memberi bimbingan dalam latihan nyanyian para pelajar di Akademi. Mampukah mereka membuat persembahan yang lebih baik daripada minggu lalu walaupun terdapat peningkatan dalam persembahan mereka?














Mama Rina sedang asyik menulis wasiat. Tiba-tiba dia diberi kejutan oleh Cik Kutip yang memanggilnya. Terkejut dibuatnya.




Diari untuk minggu keempat ditutup pada jam 9.30malam, 11 April 2008 dan diikuti dengan rancangan siaran langsung Diari Ext (Extra) pada jam 9.30malam hingga 10 malam yang dihoskan oleh Zainal Alam Kadir.


Adakah wanita sanggup berhabis demi Afundi? Itulah soalan yang ditanya dalam Diari Ext. pada hari ini.






Tahukah anda: Akademi Fantasia diambil dari format rancangan "La Academia" yang berasal dari Mexico.


Kedudukan Afundi pelajar terkini, jam 9.45 malam 11 April 2008

1. Alif 15%
2. Stacy 14%
3. Riz 11%
4. Stanly 11%



5. Saida 11%
6. Nadia 10%
7. Nubhan 9%
8. Toi 8%



9. Rina 7%
10. Faisal 5%


Adakah wanita berhabis demi Afundi?
Ya: 68%
Tidak: 32%



Trivia:
Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai versi "La Academia"nya sendiri dan kemudian diikuti oleh Indonesia dan Thailand.

Sekian, kemaskini daripada Sapphire Blu untuk anda semua. Semoga kita berjumpa lagi dalam kemaskini Konsert Minggu Keempat Akademi Fantasia Musim Keenam pada keesokan hari iaitu 12 April 2008, jam 9 malam yang disiarkan secara langsung dari Dewan Sivik MBPJ, di Astro Ria Saluran 104 dan @15 Saluran 109. Selamat malam.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by