Tuesday, April 22, 2008

DIARI AKADEMI FANTASIA 6 MINGGU KEENAM HARI KEDUA PADA 22 APRIL 2008


Diari Akademi Fantasia 6 minggu keenam hari kedua dimulakan


Hos Sarimah Ibrahim dalam diari minggu keenam hari kedua Akademi Fantasia 6


Riz yang sedang berlatih dengan bersungguh-sungguh dalam lagu tugasan barunya


Hari ini sudah masuk hari kedua minggu keenam. Harap Riz dapat menyanyi lagu tugasannya dengan sebaiknya di hadapan Pengetua nanti



Dalam diari hari ini kita dapat menyaksikan bagaimana para pelajar terus berlatih dalam lagu tugasan yang diberikan oleh Pengetua semalam. Selain itu, dua pelajar, Alif yang tercedera dan masih di kaki sewaktu membuat persembahan "full dress rehearsal" pentas sehari sebelum konsert minggu kelima Akademi Fantasia diadakan.

Rina pula sakit lama kakinya kembali. Doktor memberi rawatan kepada kedua pelajar tersebut dan memberi penjelasan tentang apa yang menyebabkan kesakitan kaki mereka yang masih belum sembuh.


klip video(terima kasih Rockin atas sumber klip video ini)
Rina dan Alif pergi mendapat rawatan kaki mereka yang masih sakit.

Guru tari Linda Jasmin terus memberi latihan kepada para pelajar dalam tarian mereka.

Diari bahagian kedua dimulakan dengan Riz membetulkan ucapan selamat hari lahir yang tersilap diucapkannya semalam.


Cikgu Shafi terus memberi latihan kepada para pelajar. Dapatkah mereka menumpukan perhatian?







Pegetua "spot check'ke atas pelajar tersebut sewaktu Cikgu Shafi mengajar vokal dalam nyanyian mereka. Didapati ada pelajar yang masih muram tentang lagu yang diberikan olehnya.Apakah pula komen dan alasan Pengetua kepada Nubhan dan Nadia yang seakan tidak berpuas hati dengan tugasan yang diberikan.


Nadia yang sedang asyik mendengar apa yang hendak disampaikan kepada Pengetua. Pengetua memberitahu para pelajar terutama sekali Nubhan bahawa lagu tugasan yang diberikan kepadanya adalah untuk mempertingkatkan lagi vokalnya bukan kerana ada pilih kasih.


Pengetua juga menegaskan bahawa para pengundi sudah bijak mengundi sekarang. Semua ini dapat kita saksikan dalam diari bahagian kedua jam 9 malam.

Sekian, daripada sapphire blu untuk anda. Hingga berjumpa lagi dalam kemaskini yang akan datang. Selamat malam.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by