Sunday, April 20, 2008

FILEM SERAM TEMPATAN "CONGKAK" TELAH MULA DITAYANGKAN DI 70 PAWAGAM MULAI 17 APRIL 2008 - JANGAN LUPA UNTUK MENONTON FILEM INI -





Pada bulan yang lalu saya telah pergi menonton "Anak" dengan keluarga saya dan telah menyaksikan sedikit sedutan "Congkak" di tanyangkan untuk tontonan semua. Saya
bercadang untuk menonton "Congkak" yang sedang ditayangkan 70 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 17 April 2008.

Saya masih ingat lagi sewaktu saya masih kecil di mana hampir setiap kali saya menonton cerita filem seram di kaca tv, saya akan menggunakan bantal atau kedua belah tangan untuk menutup muka saya. Selepas selesainya cerita seram yang ditonton saya akan terasa macam sesuatu bayang yang mengikut ke mana saya pergi dari belakang pada malam yang sama. Terasa seakan bulu roma naik bila terkenangkan masa silam selepas menonton cerita seram.





"Congkak", adalah sebuah filem yang diterbitkan oleh Metrowealth Movies Production yang telah menerima amaran daripada Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) agar semua ibu yang mengandung dan sesiapa yang mempunyai sakit jantung adalah dinasihatkan supaya tidak menonton filem seram ini. Kanak-kanak yang di bawah umur juga dinasihati menonton bersama orang dewasa, penjaga atau ibubapa.

Congkak’ merupakan sebuah karya penulis muda berbakat besar iaitu Pierre Andre yang juga penulis skrip bagi Jangan Pandang Belakang. Filem ke 23 terbitan MIG ini cuba memberikan kita sesuatu yang lebih bermutu dan pastinya lebih menyeramkan. ‘Congkak’ yang menelan belanja produksi sebanyak RM1.8 juta termasuk kos promosi telah menjalani pengambaran di negeri Perlis Indera Kayangan.

Filem seram arahan Ahmad Idham "Congkak" terbitan David Teo dilakonkan oleh barisan tempatan yang terkenal dan tidak kurang hebatnya seperti:



Nanu Baharudin
Riezman Khuzaimi



Erin Malek
M. Rajoli
Rusminah Sidek
Erynne Erynna - berusia 11 tahun telah mula berlakon sejak usia 8 tahun ( pernah berlakon dalam drama Duranni)
(dia membawa watak yang penting sebagai tunggak utama dalam filem seram ini)





Bersama dengan ini saya cuba memberi sedikit sebanyak mengenai sinopsis jalan cerita "Congkak" untuk berkongsi bersama:

Cerita ini bermula dengan Kazman(Riezman Khuzaimi) dan isterinya, Sufiah(Nanu Baharudin) yang bercadang untuk bercuti bersama dengan dua orang anak mereka, Lisa(Erynne Erynna) dan Ely(Erin Malek) di sebuah banglo yang terletak di tepi tasik. Kazman juga telah membuat perjanjian dengan kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. .

Apabila mereka tiba di banglo tersebut, beberapa peristiwa yang pelik mula berlaku. Sufiah berasa tidak aman dan cuba menyakinkan suaminya Kazman untuk meninggalkan banglo itu dengan serta merta tetapi Kazman tidak mengendahkan permintaan isterinya dan berazam untuk terus membeli rumah banglo tersebut kerana telah berjanji dengan kawannya.

Sejak mereka tinggal di situ, Sufiah selalu merasakan perkara yang ganjil berlaku di mana dia seperti terasa terdapat satu benda seperti satu makhluk yang sedang memerhatikan tingkah lakunya. Anak mereka yang bernama Lisa akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seorang yang cuma boleh dilihat oleh Lisa sahaja.

Sufiah berasa tidak tenteram dan telah hilang sabarnya apabila kejadian seperti ini berlaku. Dengan tidak membuang masa dia teus campak congkak itu ke dalam tasik yang berdekatan terletak di sebelah banglo yang mereka tinggal.

Kisah ini tidak berhenti di situ sahaja walaupun congkak tersebut telah dibuang ke dalam tasik. Lisa kelihatan selalu bermain di tepi belukar yang berada di kawasan belakang banglo. Dengan siapakah sebenarnya Lisa sentiasa bermain?

Kazman juga perasan tempat yang selalu anak mereka, Lisa pergi bermain menghadap kubur lama. Bukan itu sahaja, pada malam keesokannya, Sufiah pula dikejutkan dengan bunyi congkak yang datang dari bilik gelap yang sama. Setibanya di bilik tersebut, dia nampak seorang tua sedang bermain congkak.

Lebih peristiwa pelik yang berlaku selepas itu dan yang paling menyeramkan adalah apabila mereka mendapat tahu kedua-dua anak mereka, Lisa dan Ely telah hilang dari banglo yang mereka tingga dan Sufiah pula didapati tidur terapung di siling bilik mereka.



Seorang yang dikenali sebagai Pak Tua iaitu penduduk yang paling lama tinggal di kampung itu telah pergi ke banglo tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.



Nama Penuh: Syazlynne Erynna Binti Abdullah
Tempat Dilahirkan : Gleaneagles Intan, Kuala Lumpur
Bangsa : Malay
Bahasa : Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

Pekerjaan : Pelakon
Kebolehan : Berlakon
Pernah Berlakon dalam filem:

2008
Congkak - Pelakon tunggak utama

2006
Cinta - Pelakon sampingan



Dapatkah keluarga Kazman diselamatkan daripada semua ini? Apakah pula sejarah sebenar banglo tersebut dan untuk mengetahui kisah selanjutnya jom kita pergi menonton "Congkak" yang akan ditayangkan di pawagam mulai 17 April 2008.





Movie: "Congkak"
Release date: April 17th, 2008
Director: Ahmad Idham
Writer: Pierre Andre, Ahmad Idham

Starring: Nanu Baharudin
Riezman Khuzaimi
MRajoli





Erin Malek
Erynne Erynna
Ruminah Sidek
Studio: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Genre: Horror
Rating: U

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by