Saturday, April 5, 2008

BERITA TERKINI - KEPUTUSAN KONSERT MINGGU KETIGA AKADEMI FANTASIA MUSIM KEENAM SUDAH DIUMUMKAN DI PENGHUJUNG KONSERT PADA JAM 11 MALAM, 5 APRIL 2008



Konsert minggu ketiga Akademi Fantasia 6 baru sahaja selesai dan keputusannya telah diumumkan oleh Pengacara AC Mizal. Siapakah pelajar yang telah tersingkir dalam konsert minggu ini? Adakah tekaan anda mengenai pelajar yang harus meninggalkan Akademi Fantasia 6 bagi minggu ketiga tepat?





12 Pelajar membuat persembahan terakhir "Menuju Puncak" sepertimana yang dilakukan dalam setiap konsert sebelum keputusan diumumkan.







Anda mungkin tertanya-tanya berapa beg yang akan diletakkan di atas pentas untuk penyingkiran? Adakah kejutan akan berlaku? Memang benar sekiranya jangkaan anda dua beg akan di letakkan di atas pentas untuk dua penyingkiran dalam konsert mingguan yang ketiga ini. Tetapi soalannya siapakah pemilik dua beg tersebut?



Selepas 12 pelajar membuat persembahan "Menuju Puncak" tanpa berlengah dan tidak membuang masa lagi, Pengacara Konsert Akademi Fantasia 6 AC Mizal terus membuat penguguman keputusan konsert untuk minggu ketiga ini. Degupan jantung semakin kuat dapat dirasai olah orang ramai. Siapakah sebenarnya yang tersingkir minggu ini? Debaran semakin kuat dan penonton menantikan keputusan daripada Pengacara dengan hati yang tidak sabar lagi.

Dalam konsert pertama Akademi Fantasia 6, Yana diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir. Dalam konsert minggu kedua pula adalah Ika yang menerima nasib seperti Yana. Dalam konsert minggu ini terdapat kejutan di mana dua pelajar telah tersingkir tidak seperti dua minggu yang lalu, cuma seorang sahaja yang diumumkan sebagai pelajar yang terpaksa mengusung begnya dari pentas Sivik MBPJ dalam dua konsert mingguan yang lalu.





Akhirnya keputusan sudah diumumkan. Dua pelajar yang tidak mendapat undian yang mencukupi untuk terus kekal di Akademi Fantasia 6 adalah seorang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki, Lufya menyanyikan lagu Tika Dan Saat Ini - Medicine dan Naim, Opera Hidup - Wings.


Klip video nyanyian Lufya "Tika Dan Saat Ini - Medicine


Klip video nyanyian Naim Opera Hidup - Wings

Ini bermakna mereka berdua terpaksa meninggalkan pentas konsert dengan segera dan mereka merupakan pelajar ketiga dan keempat yang tersingkir di Akademi Fantasia Musim Keenam.



Setelah keputusan penyingkiran dibuat kini, tinggal 10 pelajar yang akan meneruskan pengajian di Akademi Fantasia. Mereka adalah:

1. Stacy
2. Stanly,
3. Alif
4. Nubhan
5. Nadia
6. Saida
7. Rina
8. Riz
9. Toi
10. Faisal

Ini bermakna dalam konsert keempat Akademi Fantasia 6 seramai 10 pelajar akan membuat persembahan pada 12 April 2008, Jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sivik MBPJ, jam 9 malam juga seperti biasa di Astro Ria Saluran 104. Mampukah mereka melaksanakan tanggungjawab mereka membuat persembahan yang lebih mantap kali ini?

Apakah tugasan baru mereka untuk minggu keempat? Semua ini akan terjawab dalam Diari Minggu Keempat Hari Pertama Bahagian Kedua jam 9 malam, pada hari Isnin di Astro Ria Saluran 104.

Terlebih dahulu saya amat berterima kasih di atas sumber klip video konsert minggu ketiga ini yang diambil daripada pihak berkenaan.

Sekian, sehingga kita bertemu lagi dalam ulasan Konsert Ketiga Akademi Fantasia musim Keenam daripada sapphire blu.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by