Monday, March 24, 2008

Diari Akademi Fantasia Minggu Kedua Bahagian Pertama Di Hari Pertama, Jam 6 petang


Afundi Terkini pada jam 8.30 malam pada 24hb. Mac 2008

1. STANLY 11%
2. ALIF 10%
3. SAIDA 10%
4. STACY 10%
5. NUBHAN 9%
6. NADIA 9%
7. TOI 7%
8. NAIM 6%
9. RIZ 6%
10. IKA 6%
11. FAISAL 6%
12. LUFYA 5%
13. RINA 4%




Halo kita bertemu lagi. Apa khabar semua? Dah jamu selerake belum? Minggu ini merupakan minggu kedua Diari Akademi Fantasia 6 bahagian pertama.


Pada pembukaan diari terdapat sedikit sedutan mengenai Yana yang baru sahaja tersingkir dalam konsert minggu pertama hari Sabtu yang lalu di Dewan MBPJ, Selangor. Diari Akademi Fantasia minggu kedua hari pertama bahagian pertama mengimbas kembali kenangan manis bersama Yana pelajar yang terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia kerana merupakan pelajar di kedudukan paling bawah sekali di tangga ke 14.


Jangan lupa untuk menyaksikan wawancara bersama bekas pelajar Akademi Fantasia 6, Yana pelajar pertama yang tersingkir dalam konsert pertama pada hari Sabtu yang lalu. Jangan lupa untuk mengikuti siarannya di Gala TV, jam 10 malam di Astro Awani Saluran 501.

Selain itu anda juga dapat menonton beberapa perkara yang berlaku se sebalik tabir konsert minggu lalu. Di satu babak yang lain menunjukkan bagaimana Cikgu Fatimah memulihkan semula semangat 13 pelajar tersebut selepas konsert yang baru sahaja selesai.

Seorang pelajar di akademi mengadu kehilangan barang dan siapakah pelajar tersebut. Pelajar tersebut adalah Lufya dan dia terpaksa mencuci pinggan untuk seminggu sebagai denda di atas kecuaiannya.

Dalam diari petang ini menunjukkan bagaimana canggihnya rakaman kamera di dalam akademi yang sudah boleh bertutur dengan pelajar-pelajar di dalam akademi. Begitu lucu sekali bila terdengar suaranya yang comel.


Dalam bahagian kedua hari pertama Diari Akademi Fantasia 6 pada pukul 9 malam anda akan dapat menyaksikan apakah pandangan balas Pengetua Ramli MS terhadap komen yang dikritik oleh pengkritik Konsert Akademi Fantasia 6 pada hari Sabtu yang lalu. Ada di antara komen pedas yang diberikan kepada pelajar akademi musim ini.

Setiap kali apabila tibanya hari pertama Diari Akademi Fantasia, saya selalu tertanya-tanya apakah tugasan baru untuk pelajar membuat persembahan di konsert yang akan datang nanti. Kali ini, mereka mungkin tidak mendapat lagu kegemaran mereka. Apakah perasaan mereka bila mendapat tugasan baru mereka nanti. Semua ini akan diketahui dalam Diari Akademi Fantasia bahagian kedua jam 9 malam.

Ada pelajar mengadu berkenaan dengan kejadian seram di akademi? Betulke ada kejadian seperti itu? Sama-samalah kita saksikan apakah yang sebenarnya berlaku dalam Diari Akademi Fantasia 6, jam 9 malam di mana lagi seandainya bukan di Astro Ria Saluran 104 dan @15 Saluran 109. Jangan ketinggalan untuk menonton bersama-sama ye!!

Sehingga kita bertemu lagi di lain kemaskini Diari Akademi Fantasia 6 minggu kedua hari di bahagian pertama dan kedua iaitu pada hari esok, 25hb. Mac 2008. Selamat malam.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by