Tuesday, March 25, 2008

Apa Yang Berlaku Di Diari Akademi Fantasia 6 Pada Minggu Kedua Hari Kedua Bahagian Pertama - 2nd. Week of 2nd. Day "Diary Akademi Fantasia 6" -




Saida diberi lagu tugasan baru. Dia akan menyanyikan lagu Dr. Cinta - Dewi-Dewi pada hari Sabtu yang akan datang, 29hb. Mac 2008 untuk Konsert Minggu Ke 2 Akademi Fantasia 6. Nampaknya Saida begitu resah dan murung. Saida begitu rindukan keluarganya.Dia kelihatan sedih dan dipujuk oleh Rina yang begitu prihatin. Seperti musim-musim yang lalu pelajar di Akademi Fantasia merupakan sebuah keluarga besar yang begitu mengambil berat antara satu sama lain.

(Saida is given a new assingnment where she has to sing a song by Dewi-Dewi "Dr. Cinta". She missed her family so much that she lost her mood. However, Rina or known as Mama Rina at the academy was really concerned for her and share her sorrow with her. Since the past seasons of Akademi Fantasia all the the students at the academy showed concern and care for each other like a big family)

Sapphire Blu would like to share some thoughts with Saida. Not to worry so much Saida. Just try your best and you will perform well in the coming second concert this coming Saturday.


Selain daripada Saida, 12 pelajar yang lain juga menunjukkan keresahan masing-masing menjelang konsert kedua yang akan tiba tidak lama lagi. Tenaga pengajar begitu bersungguh-sungguh mengajar mereka menyanyi dengan cara yang betul. Hari ini sudah masuk hari yang kedua minggu kedua. Masih tinggal beberapa hari lagi sahaja sebelum konsert kedua Akademi Fantasia 6 akan bermula.


Siapa pula agaknya Ida sedang bercakap? Oh!! En. Pungut rupanya. Apa yang dikatakan Ika kepada En. Pungut? Sekiranya anda tidak menonton Diari Akademi Fantasia 6 untuk hari kedua pada 6 petang dan 9 malam, jangan lupa untuk mengikuti siaran ulangannya pada hari keesokan, jam 12 tengahari hingga jam 1 petang.

Dalam Diari Akademi Fantasia 6 bahagian kedua yang disiarkan pada pukul 9 malam buat pertama kalinya menunjukkan aksi pelajar wanita sewaktu mereka berada di hostel mereka untuk kita tontoni buat seketika.


Hadiah telefon bimbit kepada 13 pelajar di Akademi Fantasia Musim Ke 6 tajaan daripada Nokia



Salah seorang daripada pengkritik tetap Konsert Mingguan Akademi Fantasia melawat pelajar di akademi. Apa yang bersama-sama nya ketika lawatannya di situ? Ning Baizura memberi 13 orang pelajar senaskah buku majalah khas yang tebal setiap seorang dan sebuah telefon bimbit yang ditaja oleh Nokia. Mereka begitu gembira apabila menerima hadiah-hadiah tersebut. Siapa yang tak berasa sukahati apabila menerima hadiahkan?


Afundi Terkini - jam 10 malam pada 25hb. Mac 2008

1. STANLY 11%
2. NADIA 10%
3. SAIDA 10%
4. ALIF 9%
5. STACY 9%
6. NUBHAN 8%
7. IKA 8%
8. RIZ 7%
9. TOI 7%
10.NAIM 7%
11.FAISAL 6%
12.LUFYA 5%
13.RINA 5%

Sehingga kita bertemu lagi dalam kemaskini saya yang akan datang.


Terima kasih kerana terus klik iklan nuffnang di sebelah kiri blog ini.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by