Sutradara : Agusti Tanjung
Produser : Leo Sutanto
Cerita & Skenario : Hilman Hariwijaya
Desain Produksi : Heru Hendriyarto
Produksi : SinemArt (2012)
Lagu Tema : Separuh Aku
Penyanyi : Noah
Pencipta : David & Ihsan Nurrachman
Produksi : PT. Musica Studios's
Pemain Separuh Aku:
Asmirandah, Rezky Aditya, Miller Khan, Michella Putri,
Kevin Andrean, Putri Anne, Ari Wibowo, Vira Yuniar, Adipura, Shueil,
Malaki, Shelsi Valencia, Tengku Ryan, Tia Ivanka, Johan Jehan
Asmirandah sebagai Adara - (Anak Kandung Pak Sandy dan Bu Marni
Anak Tiri Sudiro)
Rezky Aditya sebagai Rama
Miller Khan sebagai Dennis
Michella Putri sebagai Maya
Kevin Andrean sebagai Reza - (Sahabat Andara)
Putri Anne sebagai Naning - (Pacar Reza)
Tia Ivanka - Bu Tia (Ibu Maya)
Ari Wibowo sebagai Pak Sandy - (Ayah Maya dan Andara)
Adipura sebagai Sudiro - (Ayah Adara)
Vira Yuniar sebagai Marni - (Ibu Adara)
Johan Jehan - Pak Eddy (Ayah Dennis)
Triningtyas - Bu Ida (Ibu Dennis)
Suhel Fahmi sebagai Andi - (Keponakan Rama)
Malaki sebagai - Adit (Keponakan Rama)
Shelsi Valencia sebagai Andien - (Keponakan Rama)
Sambungan sinopsis Separuh Aku Episode 51
Adara senang sekarang kerana Dennis sudah bertambah ceria dan bersemangat lagi. Melihat Adara berdiam diri buat seketika dia tanya pada Adara apakah Adara tidak suka dia ceria lagi. Jawab Adara dia suka banget kerana dia sudah kembali pada Dennis yang dulu. Adara memang sentiasa berharap Dennis tak akan berubah dan jadi seperti Dennis yang dikenalinya sejak dulu. Untuk mendapat kepastian Adara tanya Dennis sekali lagi apa dia ikhlas yang dia akan tunangan sama Rama. Dennis mengiakan pertanyaan Adara dan terus berkata kalau begitu takdirnya dia terima tetapi menurut Dennis sebelum itu terjadi dia ingin menikah sama Adara. Dennis memberitahu bahawa kata Ustaz "Allah udah nyiapin jodoh buat aku. Jadi aku tinggal pilih. Jadi kalau pilihan aku salah kehidupan aku bakal hancur. Kalau aku dapat yang benar, aku akan bahagia.
Setelah itu Dennis terus mengatakan lagi bahawa kata Ustaz "kita diberi akal yang sihat untuk berfikir, jadi kita harus berfikir". Dennis menyerahkan wang sisa untuk dipegang Adara.
Apabila Adara tanya kenapa pula dia yang pegang wang itu, kata Dennis dia ingin warung burger mereka maju. Selepas dia menikah sama Adara nanti, dan setelah mereka punya banyak anak, Dennis ingin semua anak mereka belajar tinggi. Dennis pesan Adara simpan duit itu baik-baik kerana wang itu adalah wang masa depan mereka. Setelah Dennis beredar, Adara mula berfikir tentang Dennis. Adara ingatkan Dennis sudah sembuh tetapi nampaknya dia masih belum seratus percent sembuh.
Adara pulang ke rumah, apabila dia ternampak luka di kepala ibunya dia mulai risau. Kata ibunya dia tergelincir di kamar mandi. Adara tahu itu semua gara-gara abahnya yang menyebabkan lantai kamar mandi licin. Adara menyerahkan wang yang dititipkan oleh Dennis untuk disimpannya pada ibunya. Adara minta ibunya saja yang pegang wang tersebut. Marni suruh Adara simpan saja di bank. Tanpa mereka sedari, Sudiro yang bersembunyi di pintu depan rumah mereka terdengar perbualan mereka. Sudiro mempunyai niat jahat tentang wang itu. Pasti dia akan mengambilnya nanti.
Marni menjelaskan pada Sudiro wang itu adalah wang hasil warungnya Dara, dan Adara titip untuk dia simpan wang tersebut. Sudiro sarankan Marni simpan saja di bank wang itu untuk mendapat bunganya dan keamanan maksudnya mengelakkan daripada pencuri dan toyol-toyol kecil. Sudiro memberi cadangan pada Marni bagaimana kalau mereka tanam wang itu di usaha mereka. Marni tanya usaha apa yang Sudiro fikirkan. Dia minta suaminya jangan merapu. Sejak bila pula mereka punya usaha. Menurut Sudiro wang itu akan dikembalikan dalam seminggu. Marni begitu mudah percayakan Sudiro dan dia cuma berdiam diri apabila Sudiro mengambil wang itu daripadanya.
Babak-babak penghujung episode mengisahkan Adara mencari Rama tetapi dia diberitahu bahawa Rama telah keluar kota. Adara hairan kenapa Rama tidak memberitahunya tentang dia akan keluar kota. Fikir Adara mungkin dia lagi sibuk.
Andien, Andi dan Adit tiba-tiba merindui kedua orang tua mereka apabila mereka melihat sepasang suami isteri sedang bermain dengan anak-anak mereka. Memandangkan om mereka masih berada di luar kota, mereka bercadang untuk pergi ke pusara orang tua mereka sendiran.
Adara mencari anak-anak di rumah Rama tetapi pintu rumah dikunci. Adara memanggil-manggil nama mereka tetapi tidak terjawab sebab mereka sudah dalam perjalanan ke pusara kedua orang tua mereka. Adara menelefon Rama tentang anak-anak yang masih belum pulang. Adara pergi menemui Dennis dalam keadaan panik kerana anak-anak masih belum pulang hingga ke detik itu.
Apabila Dennis mendapat tahu yang pertunangan Adara dengan Rama ditunda, dia berasa lega kerana difikirkan Dennis dia masih berpeluang untuk menikah sama Adara.
Anak-anak sampai di pusara mama dan papa mereka.
Andi: Mama, papa kita kanget banget sama papa dan mama.
Mereka bertiga menangis teresak-esak. Tidak lama selepas itu,
Andien mengajak adik-adiknya pulang kerana akan hujan sebentar lagi. Bunyi petir semakin kuat kedengaran mereka harus buru-buru.
Andien tersilap langkah dan terjatuh di dalam lubang yang besar. Andien menjerit meminta tolong. Andi dan Adit mengambil kayu untuk menolong kakak mereka naik ke atas semula tetapi keadaan lebih memburuk lagi apabila Adit juga terjatuh ke dalam.
Andi menjerit sekuat hatinya meminta tolong.
Rama, Dennis dan Adara terus mencari anak-anak. Bersambung dalam episode seterusnya pada 7 Disember 2012 waktu yang sama.
Kredit yang diberikan pada http://helloskyblu.blogspot.com/ sekiranya telah diambil sinopsisnya amat dihargai.
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan
dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis
ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 51 pada 6 Disember 2012
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 51 Part 1
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 51 Part 2
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 51 Part 3
Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 51 Part 4
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sinemart.com/
http://www.rcti.tv/
http://id.wikipedia.org/
RCTIofficial Channel
MrSakti7799 Channel
crystle1987 Channel
emeraldL2009 Channel
lynnaandyou Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Episode 1 - 94 - 102 Episode Sinetron Aisyah mula menemui penonton pada 24
Februari 2015 setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang di slot Sinetron TV3
-
*Pameran/Pemain*
Alyssa Soebandono
Dude Harlino
Raya Kohandi
Asmirandah
Rio Reifan
Drg Fadli
Anwar Fuadi
Devi Permatasari
Ade Surya Akbar
Cut Syifa
*Sin...
9 years ago
0 comments :
Post a Comment