Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 109 & 110 dari Isnin hingga Jumaat pukul 3.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam
**********************************************************************
Gambar dan Biodata/Profile Pelakon Yang Membintangi Sinetron Sekar:
- Naysila Mirdad sbg Sekar
- Kevin Andrean sbg Rendra
- Asmirandah sbg Karina
- Giovani L.Tobing sbg Andrean
- Ashraf Sinclair sbg Brama
- Rionaldo Stockhorst sbg Rimba
- Fanny Ghassani sbg Talia
- Meriam Bellina sbg Maryam
- Sigit Hardadi sbg Husni
- Ninok Wiryono sbg Risma
- Anwar Fuady sbg Ferdi
- Robby Tumewu sbg Ardi
- Nunu Datau sbg Clara
- Yurike Prastika sbg Yurika
- Mieke Wijaya sbg Rati
- Winda Viska sbg Lirna
- Sisi Syahwardi sbg Tuti
- Annie Anwar sbg Mirta
- David Hoffman sbg Seno
- Cut Syifa sbg Shifa
- Kevin Julio sbg Kevin
- Jessica Mila sbg Vivi
- Fuad Zulkarnaen sbg Gigis
- Adena Gayatri sbg Winda
- Iwan Prima
- Ferry Sahertian sbg Ayah Rimba
**********************************************************************
Tema Pembukaan Baru Sekar
**********************************************************************
Sinopsis Sekar Episode 109 pada 23 November 2009
Karina menelefon Andrean memberitahunya bahawa Sekar sedang berpacaran dengan Rimba tetapi Rimba minta supaya dia tidak diganggu sewaktu mesyuarat. Rimba dan Sekar pergi ke tempat "Kahwin Masal". Penduduk di situ ingatkan Rimba dan Sekar juga ingin menyertai "Kahwin Masal" Rendra beritahu Tuti dia begitu bodoh kerana dia membiarkan Sekar bersama Rimba sementara dia masih cintakan Sekar. Talia terserempak dengan Rendra dan dia terus memeluk Rendra mintanya jangan tinggalkannya lagi. Rendra dan Tuti meninggalkan Talia di situ dan Talia menangis kesedihan minta dia tidak ditinggalkannya lagi.
Penghulu minta kad pengenalan Rimba dan Sekar supaya boleh berkahwin. Sekar kurang pasti apa yang telah berlaku dan memberi penghulu itu kad pengenalan mereka dan memberinya 10 ribu rupiah untuk bernikah. Rimba kata dia tidak mahu bernikah. Sekar tanya adakah Rimba tidak mahu bernikah dengannya. Sekar meninggalkan tempat itu. Rimba cuba jelaskan kepada Sekar tetapi Sekar pulang ke rumah memberitahu ibunya di depan orang ramai bahawa Rimba tidak mahu bernikah dengan Sekar. Sekar beranggapan Rimba tidak serius terhadapnya. Ibunya kata mungkin Rimba ada alasan di sebalik semua ini dan minta Sekar jangan salah anggap. Sekar beritahu Syifa dia rasa bersalah terhadap Rimba. Dalam satu babak yang lain menceritakan Andrean menemui Talia lompat dari pokok dan dia menyelamatkannya. Kisahnya bersambung...
**********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 109
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 109 Part 1
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 109 Part 2
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 109 Part 3
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 109 Part 4
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 109 Part 5
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 109 Part 6
**********************************************************************
Sambungan sinetron Sekar Episode 110 pada 24 November 2009
Rimba melamar Sekar dan Sekar setuju untuk bernikah dengan Rimba. Sekar memberitahu ibunya tentang gembira itu tetapi Andrean tidak setuju dan enggan membenarkan Sekar bernikah dengan Rimba. Andrean kata adakah dia tidak mahu menurut kata-katanya. Sekiranya begitu, Andrean halau Sekar dari rumahnya saja. Ibu Sekar dan Syifa ikut Sekar meninggalkan rumah Andrean. Setelah Rendra mendapat tahu daripada Andrean bahawa Sekar telah diusirnya dari rumah dia pergi mencari Sekar. Sekar memberitahu Rendra dia telah bersetuju untuk bernikah dengan Rimba dan dia akan melakukan apa saja untuk bernikah dengan Rimba. Walaupun Sekar minta Syifa dan ibunya tinggal bersama Rendra mereka enggan dan lebih rela ikut Sekar saja. Rendra berasa marah dan geram dan dia terus pergi menemui Rimba di rumahnya dan memukul Rimba.
Rendra tanya Rimba bagaimana dia akan membahagiakan Sekar kerana dia tidak mempunyai apa-apa. Rimba kata dia sentiasa berada di sisi Sekar dalam situasi apa jua pun sementara Rendra pula selalu membuat Sekar menangis. Akhirnya Rendra akur dan minta maaf kepada Rimba dan mendoakan kebahagiaan Sekar bersamanya. Rimba berjumpa dengan Sekar semula dan Rimba minta maaf kepada Sekar. Sekar kata walaupun sekarang dia berada dalam keadaan susah tetapi dia sangat bahagia. Karina enggan menerima Sekar tinggal di rumah Rimba. Tetapi Rimba tidak menghiraukan kata-kata Karina. Bagaimanakah nasib Sekar, ibunya dan Syifa apabila mereka terpaksa tinggal sebumbung bersama-sama dengan Karina?
**********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 110
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 110 Part 1
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 110 Part 2
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 110 Part 3
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 110 Part 4
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 110 Part 5
**********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart, http://id.wikipedia.org dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)
0 comments :
Post a Comment