Thursday, October 15, 2009

EPISODE 82 - SAMBUNGAN SINETRON SEKAR PADA 15 OKTOBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI ASTRO PRIMA SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT


Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 82 dari Isnin hingga Jumaat pukul 2.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam

**********************************************************************

Tema Pembukaan Baru Sekar

**********************************************************************



Yurika: Sekar, kamu harus keluar dari rumah ini sekarang juga.
Sekar: Keluar dari rumah ini? Kenapa mak cik?
Yurika: Boleh tanya lagi. Brama yang beli rumah ini. Jadi rumah ini bukan milik kamu. Kamu telah membunuh anak saya, Sekar.
Sekar: Tunggu, kita boleh cakap baik-baik.
Yurika: Diam kamu. Saya minta sekarang juga kamu keluar dari rumah ini atau orang suruhan saya akan heret kamu secara paksa.




Di mana agaknya Sekar dan Risma akan menginap malam itu. Sekar minta maaf kepada ibunya kerana harus begini jadinya. Ibunya nasihati Sekar agar jangan salahkan dirinya. akhirnya mereka bersyukur kerana dapat menginap untuk semalam di sebuah rumah kotak walaupun kotor.













Talia menghasut Syifa untuk membenci Sekar dan kata Sekar adalah pembunuh papanya. syifa tidak mengizinkan Sekar simpan gambar papanya kerana katanya papanya meninggal disebabkan oleh Sekar. Hati Talia lega melihat keadaan itu dan Talia juga mengambil foto Brahma, Syifa dan Sekar yang telah diambil bersama seketika dulu dan menyoyak keratan gambar Sekar dan kembalikan kepadanya dan bahagian keratan Brama dan Syifa disimpan mereka. Mereka kemudiannya meninggalkan Sekar sendirian yang berada dalam kesedihan. Dalam perjalanan pulang, Talia memberitahu Syifa apa yang telah dilakukan Syifa terhadap Sekar adalah betul dan Syifa tidak perlu maafkan Sekar.

Sekar diberitahu oleh jiran tetangga Sekar bahawa Sekar dan ibunya telah diusir keluar dari rumah mereka. Rimba cuba pergi ke Biro Jodoh Sekar tetapi pintunya telah dikunci. Talia dan Yurika yang baru tiba di situ berkata Sekar tidak boleh bekerja di situ lagi dan kata Sekar pernah singgah di situ sebentar tetapi telah meninggalkan tempat itu.

Syifa terdengar perbualan Yurika dan Talia tentang dia bukannya anak kandung Brama. Syifa berasa sedih dan tanya neneknya, Yurika adakah benar dia bukannya anak kandung papanya tetapi Yurika menafikannya dan berkata Syifa tersalah dengar. Syifa tidak percaya dia tersilap dengar dua kali kerana pertama kali dia terdengar tentang hal itu adalah sewaktu neneknya berkata demikian kepada papanya dan kini pula kepada mak ciknya Talia. Syifa terus meninggalkan rumah itu. Dia terserempak dengan Rimba. Rimba memujuk Syifa agar tidak sedih dengan cara.....



















Sinopsis sinetron Sekar Episode 82 setelah Syifa meninggalkan rumah neneknya, Yurika dan setelah dia terserempak dengan Rimba di pertengahan jalan. Kisahnya bersambung...

**********************************************************************





Gambar-gambar dari petikan sinetron Sekar Episode 82(sinopsis sinetron Sekar Episode 82 versei gambar)

**********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 82


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 82 Part 1


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 82 Part 2


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 82 Part 3


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 82 Part 4


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 82 Part 5

**********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart, http://id.wikipedia.org dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by