Wednesday, September 30, 2009

SAMBUNGAN SINETRON SEKAR - EPISODE 67 - 70 PADA 29 SEPTEMBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI ASTRO PRIMA SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT


Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 67 hingga 70 dari Isnin hingga Jumaat pukul 2.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam

**********************************************************************


Gambar dan Pelakon Yang Membintangi Sinetron Sekar:

Naysilla Mirdad sbg Sekar
Kevin Andrean sbg Rendra
Asraff Sinclair sbg Brahma
Cut Syifa sbg Syifa(anak Sekar)
Fanny Gazzani sbg Talia
Rionaldo Stokhorst
Asmirandah sbg Karina
Giovani L.Tobing sbg Andrean
Meriam Bellina sbg Maryam
Ninok Wiryono sbg Risma
Kevin Julio sbg Kevin
Jessica Mila sbg Vivi
Fuad Zulkarnaen sbg Gigis
Anwar Fuady sbg Ferdi
Robby Tumewu sbg Ardi
Nunu Datau sbg Clara
Sigit Hardadi sbg Husni
Winda Viska sbg Lirna
Mieke Wijaya sbg Nenek Ranti

**********************************************************************





Sambungan sinopsis Sekar Episode 67 versi gambar

Sambungan sinopsis sinetron Sekar Episode 67

Sekar berada dalam keadaan serba salah apabila dia diminta oleh Yurika untuk menolong keluarg mereka dengan berpura-pura menjadi isteri Brahma kerana dia amat risau sekiranya dia berbuat demikian suaminya, Rendra tidak dapat menerimanya dan penyakitnya akan lebih parah lagi. Di hospital Sekar bertemu dengan Maryam. Maryam minta Sekar pergi dari situ dan tidak membenarkannya melawat Rendra tetapi ibu Sekar nasihatkan anaknya agar terus pergi menemui Rendra dan usah hiraukan apa yang dikatakan oleh Maryam.

Sekar terus lari menuju menuju Rendra dan sewaktu terburu-buru, tas tangannya tercicir di depan wad di mana Rendra berada. Setibanya Sekar di depan pintu wad, Sekar memanggil nama Rendra yang berada di kerusi roda tetapi Rendra tidak mengenali sesiapapun lagi. Menurut doktor, penyakit Rendra menjadi lebih serius kerana diberi ubat yang salah. Karina terdengar perbualan doktor kepada Talia, Maryam dan Sekar khuatir sekiranya rahsia ibunya menukar ubat Rendra diketahui, ibunya akan dipenjarakan. Dia berfikir bagaimana untuk mengelak daripada hal itu berlaku. Tiba-tiba dia ternampak beg tangan Sekar di atas lantai dan dia mendapat satu idea iaitu mengupah seseorang untuk menjadi saksi dan berkata semua itu adalah perbuatan Sekar. Segala bukti pertukaran ubat ada dalam tas tangan Sekar lalu menghalaunya dari situ dan dengan perasaan yang sangat marah, Maryam halau Sekar dan berkata dia tidak akan memaafkan Sekar buat selamanya..

Syifa terdengar perbualan antara Yurika dan Brahma bahawa dia bukan anak kandung Brahma. Dengan sedih, Syifa pergi ke rumah Sekar dan memberitahu Sekar apa yang telah didengarnya. Kisah "Sekar" bersambung dalam episode 68.

Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 67


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 67 Part 1


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 67 Part 2


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 67 Part 3


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 67 Part 4


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 67 Part 5

**********************************************************************





Sedutan sambungan Sekar Episode 68 versi gambar

Sambungan sinopsis sinetron Sekar Episode 68 pada 25 September 2009

Sekar hairan bagaimana ubat itu ada dalam tas tangannya. Sekar meneka apakah mungkin Syifa anak kandungnya yang telah hilang tetapi ibunya minta Sekar jangan fikir demikian kerana mungkin semua itu adalah secara kebetulan sahaja. Ibu nya tidak mahu Sekar kecewa nanti dan berkata adalah lebih baik mereka cuba menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.

Maryam mendapat tahu bahawa pembiayaan di hospital untuk mengubati Rendra amat tinggi kosnya dan risau memikirkan hal itu tetapi Talia berkata dia dapat membereskan hal itu. Tuti memberitahu Maryam bahawa mereka tidak dapat membalas budi Talia melainkan menikahi Rendra dengan Talia. Sekar pergi ke hospital untuk melawat Rendra tetapi dimarahi Maryam.

Walaupun Sekar menjelaskan bahawa tidak mungkin dia meracuni Rendra, Maryam tetap dengan pendiriannya menghalau Sekar. Brahma pergi ke rumah Sekar cuba memujuk Syifa dengan membeli boneka yang besar berwarna pink untuk Syifa dan berkata semua orang rindukan Syifa. Syifa marah ayahnya kerana dia tidak jujur dengannya. Syifa tetap tanya ayahnya adakah dia anak kandungnya. Brahma akhirnya bercadang untuk berterus terang dengan Syifa tetapi saat dia ingin menjelaskan yang sebenarnya kepada Syifa, tiba-tiba muncul seorang perempuan yang mengaku bahawa dia adalah ibu kandung Syifa.

Syifa memberitahu Sekar bahawa dia telah berjumpa dengan ibu kandungnya. Syifa memperkenalkan ibunya, Winda kepada Sekar. Winda berterima kasih kepada Sekar telah menjaga Syifa selama ini. Terus mengikuti kisah ini. Bilakah agaknya Sekar akan mengetahui hal yang sebenar bahawa Syifa adalah sebenarnya anak kandungnya manakala bukan Winda yang telah mengaku sebagai mama kandung Syifa?

Sambungan sinetron Sekar Episode 68


Sambungan sinetron Sekar Episode 68 Part 1


Sambungan sinetron Sekar Episode 68 Part 2


Sambungan sinetron Sekar Episode 68 Part 3


Sambungan sinetron Sekar Episode 68 Part 4


Sambungan sinetron Sekar Episode 68 Part 5


Sambungan sinetron Sekar Episode 68 Part 6


Gambar-gambar dari petikan Sekar di penghujung Episode 68 dimana Rendra mengusir Sekar keluar

**********************************************************************
Sambungan sinopsis Sekar Episode 69 pada 28 September 2009

Brahma cuba menjelaskan apa hubungannya dengan Sekar. Brahma kata dia ingin jelaskan satu perkara saja iaitu dia tidak mahu Sekar menangis dan sedih. Sekiranya Maryam ada apa-apa uruskan sahaja dengannya dan jangan menyakiti Sekar. Katanya lagi Sekar cuma bekerja untuknya sebagai pengasuh anaknya dan mereka tidak ada perhubungan apa-apa.

Sekar berterima kasih kepada Brahma kerana telah menolongnya. Winda minta Syifa tidur lebih awal. Syifa sedih apabila Winda enggan menemaninya tidur. Tuti cuba tanyakan kepada Talia bagaimana pembiayaan terapi Rendra tetapi Talia berkata Yurika, mamanya tidak mengizinkannya berbuat demikian lagi. Maryam pergi menemui Yurika dan memohon agar Talia tidak berhenti membayar pembiayaan kos terapi Rendra. Yurika setuju dengan syarat Rendra menceraikan Sekar. Maryam pergi menemui Sekar bersama Tuti. Dia meminta maaf kepada Sekar kerana telah memarahi Sekar sebentar tadi. Maryam menceritakan tentang pembiayaan terapi yang telah diberhentikan oleh Yurika. Menurut Maryam lagi, Sekar dikehendaki bercerai dengan Rendra. Ibu Sekar berkata Maryam tidak boleh berbuat demikian kerana ia adalah tidak adil kerana ia sama saja menjualkan anaknya, Rendra kepada orang lain. Maryam tidak mempedulikan apa yang dilafazkan ibu Sekar dan menuduh ibu Sekar egois tetapi ibu Sekar menafikannya. Maryam minta Sekar fikirkan semula mengenai penceraian dengan Rendra sekiranya dia benar-benar mencintai Rendra. Sekar berasa bingung dan dia tidak tahu apa keputusan yang perlu dia lakukan. Ibu Sekar terus menasihati anaknya. Ibu Sekar ingin membantu Sekar. Ibu Sekar dilanggar kereta dan cedera parah sewaktu dia meminta bantuan daripada Yurika. Bagaimana agaknya kisah selanjutnya? Terus menonton kesudahan "Sekar" Episode 69 bersama shiny.

Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 69


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 69 Part 1


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 69 Part 2


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 69 Part 3


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 69 Part 4


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 69 Part 5


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 69 Part 6




**********************************************************************
Sinopsis kisah sambungan kisah sinetron Sekar dalam Episode 70 pada 29 September 2009

Sekar terpaksa memberitahu Rendra bahawa jalan yang terbaik untuk mereka adalah seharus berpisah.Rendra begitu sedih dan kecewa mendengar apa yang telah dilafazkan oleh Sekar kepadanya. Rendra berpendapat Sekar adalah seorang isteri yang tidak setia dan tidak mahu Sekar berada di situ lagi. Dalam hatinya berkata kenapa Sekar sanggup berbuat begitu terhadapnya. Maryam meminta Sekar keluar dahulu apabila terlihat Rendra tidak tenang. Dalam hati Sekar, dia meminta maaf kepada Rendra kerana terpaksa melakukan itu semua demi kesembuhan Rendra. Walau bagaimanapun Sekar tetap menyayangi Rendra.

Di luar hospital, Yurika memberitahu Sekar dia telah membuat keputusan yang begitu tepat. Maryam meminta Sekar simpan airmatanya saja dan berkata seharusnya Sekar berbahagia kerana telah menyelamatkan dua nyawa sekali gus. Menurut Yurika lagi kepada Talia bahawa Rendra akan menjadi miliknya tidak lama lagi.

Sekar gembira melihat ibunya telah sedar, ibunya menangis kerana memikirkan pembedahan yang mahal. Sekar menasihati agar ibunya tidak sedih dan berehat. Brahma memikirkan tentang hal Sekar. Dia memberitahu Syifa dia risau tentang Sekar dan dia tidak tahu tahu bagaimana caranya membantu Sekar. Syifa dan Brahma membuat persembahan silap mata tanpa lesen menolong Sekar membantu kos pembiayaan pembedahan ibu Sekar dan dikejar polis. Nasib baik mereka sempat melarikan diri. Di hospital, Sekar khuatir ibunya akan curiga dimana dia mendapatkan wang. Sekar berkata dia tidak memerlukan wang itu kerana ibunya sudah sedar dan telah menjalankan pembedahan.

Brahma hairan bagaimana Sekar dapat mengumpul wang sebanyak itu. Kata Sekar dia bersetuju dengan permintaan itu tetapi Sekar menjelaskan bahawa dia terpaksa berbuat demikian kerana dengan cara itulah baru dia dapat menyelamatkan kedua orang yang disayanginya. Sekar tidak mahu perubatan Rendra diberhentikan. Tanpa perubatan itu, Rendra mungkin akan cacat seumur hidup atau meninggal dunia.

Brama marah kepada Yurika kerana berusaha menghancurkan hubungan Rendra dengan Sekar. Walaupun menurut Yurika semuanya adalah demi Brama tetapi Brahma kata dia tidak perlu pertolongan seperti itu. Sekar masih tidak berterus terang kepada Risma, ibunya bagaimana caranya dia dapat membiayai kos pembedahan yang mahal untuknya.

Maryam pergi menemui Yurika mengatakan bahawa Sekar telah memberitahu Rendra seperti apa yang dikehendaki tetapi syarat Yurika bukan itu saja dan dia mahu surat cerai diperolehi baru dia meneruskan kos perubatan Rendra. Maryam kata itu tidak mungkin keana Rendra masih lagi terbaring di hospital dan Sekar sudah berjanji tidak akan mendekati Rendra. Rendra sudah percaya yang Sekar telah mengkhianatinya. Maryam risau tidak dapat diselamatkan sekiranya perubatan tidak diteruskan. Tetapi Yurika kata itu adalah urusan Maryam sendiri dan dia cuma mahu surat cerai berada di tangannya.

Karina gembira dan senang hati mendapat tahu daripada Talia Sekar bersetuju berpisah dengan Rendra dan puas hati kerana usaha mereka selama ini telah berjaya. Namun begitu, Talia berasa kasihan kepada Sekar kerana mengambil kesempatan itu untuk kepentingan diri sendiri. Karina minta Talia usah risaukan tentang hal itu dan berasa bersalah kerana Talia dan Rendra lebih sesuai untuk bersama dibandingkan Sekar. Brahma dan Syifa cuba hiburkan hati Sekar yang masih sedih. Karina terserempak dengan Sekar yang sedang bermain dengan Syifa dan Kata Karina: Jadi begini ya, suami lagi menderita dan kau sedang ketawa di sini. Nampaknya kau sangat gembira. Kau memang tidak ada perasaan. Suami kau itu masih caca. Aku hairan dan aku tahu yang kau ini tidak sesuai untuk Rendra. Kasihan Rendra. Kenapa kau tak minta cerai saja dengan Rendra. Lagipun kau dah jumpa dan cakap pada dia yang kau tak boleh berjumpa dengan diakan?

Sekar: Dari mana awak tahu?
Karina: Itu tak penting, Sekar.
Sekar: Saya cuma ingin memberitahu awak, semua yang awak fikir itu salah. Saya tinggalkan Abang Rendra bukan saya nak gembira tetapi ...
Karina: Sudahlah Sekar, aku dah tahu helah kau. Kau ni memang kurang ajar.

Syifa tidak tahan lagi mendengar semua itu lalu melemparkan bahan pewarna ke baju Karina dan ini membuat berasa amat marah lalu kata Syifa benar-benar kurang ajar.

Syifa: Itu kerana mak cik tak sopan dengan mak cik Sekar.

Sekali lagi dia membaling bahan pewarna ke arah baju Karina.

Syifa: Dan yang itu kerana mak cik sudah buat mak cik Sekar sedih.

Brahma juga turut membaling bahan pewarna ke arah Karina dan Karina berasa amat geram dan marah sekali lalu beredar dari situ.


Gambar-gambar dari petikan Episode 70 setelah Sekar dan Rendra menandatangani surat cerai. Bagaimanakah Rendra dan Sekar akan menghadapi semua ini apabila mereka bukannya suami isteri lagi. Suatu ketika dahulu Sekar mengahwini Rendra kerana ingin Rendra sembuh dari penyakitnya dan kini dia terpaksa bercerai dengan Rendra juga kerana ingin Rendra sembuh.


Akhirnya Rendra menandatangani surat cerai walau dengan hati yang sangat sedih. Bagaimana Sekar akan meneruskan hidupnya tanpa Rendra sebagai suaminya?


Sekar terjatuh dan tidak berjaya mengejar kereta yang dinaiki Rendra ke lapangan terbang kerana Talia dan Yurika bercadang hendak membawa Rendra ke luar negara untuk diubati.

**********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 70


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 70 Part 1


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 70 Part 2


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 70 Part 3


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 70 Part 4


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 70 Part 5

**********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by