Sunday, September 27, 2009

TRAJEDI YANG MENIMPA SEPASANG SUAMI ISTERI: KEDIAMAN MUSNAH PADA MUSIM HARI RAYA 2009

Kedengaran bunyi titisan air hujan di luar jendela kamarnya. Hujan renyai-renyai membuat shiny ingin tidur dengan lebih lama lagi. Rasanya begitu malas untuk beredar dari katilnya. Tetapi shiny harus bertekad untuk lupakan semua itu. Dengan langkah yang perlahan,shiny membuka tirai dan lihat di luar sana dan dia ternampak sesuatu tergantung di kabel aerial televisyen. Oh sarang burung rupanya.

Sepasang burung pipit telah bersusah payah membina istana baru mereka untuk kelahiran cahaya mata mereka. Setelah bekerja keras, istana yang diidam-idamkan mereka hampir siap. Tiba-tiba pada suatu petang, angin tiup begitu kencang dan shiny berasa khuatir adakah kediaman baru burung itu masih berada dalam keadaan yang baik? Shiny menuju ke jendela kamarnya. Oh tidak.... ia telah lenyap dari pandangan. Ke manakah perginya istana yang baru dibina itu? Ternyata istana pasangan suami isteri itu telah musnah sama sekali disebabkan angin kencang yang berlaku walaupun hanya sebentar sahaja. Di mana cahaya mata mereka akan tinggal? Di mana perginya kediaman mereka?

Begitulah kisahnya trajedi yang menimpa ke atas kediaman sepasang suami isteri yang begitu rajin membina istana baru mereka hanya untuk cahaya mata baru mereka.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by