Tuesday, March 31, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 204 YANG BERSIARAN PADA 31 MAC 2009, JUMAAT DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM


JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENONTON SINETRON INTAN BERSAMA-SAMA DENGAN SHINYSTAR SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 11.00 MALAM DI ASTRO PRIMA


POSTER INTAN DAN RADO - CINTA MEREKA YANG TIDAK PERNAH PUDAR
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya design dua poster "SINETRON INTAN" ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 23 Mac 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 204


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 204 pada 31 Mac 2009: Apakah nasib Rado apabila dia terpaksa menjadi buruh binaan sahaja?

Nadine ingin memberitahu Intan bahawa Rado sudah dipecat dari menjadi seorang doktor. Nadine melawat Intan di salon. Nadine memberitahu Intan bahawa Rado sedang menganggur dan telah dipecat dari hospital. Kini Rado kerja sebagai buruh binaan. Nadine rasa sedih bagi pihak Intan. Intan berasa sungguh sedih mendengar apa yang telah dikatakan oleh Nadine kepadanya.



Rado menerima panggilan dari Intan. Intan ingin menemui Rado di tempat biasa. Intan sampai dan terus menampar Rado. Intan berkata kenapa Rado sembunyikan semua masalahnya daripadanya. Rado kata sekarang dia bukan doktor lagi. Adakah Intan kecewa dengannya kerana dia bukannya doktor lagi. Intan terus kata Rado jahat sama dengannya. Intan juga kata Rado sangat keterlaluan. Intan kata dia marah dan kecewa kerana dia tidak jujur dengannya. Rado tanya adakah Intan kecewa dan marah kepadanya. Intan berkata dia tidak peduli dia bukannya doktor lagi. Intan kata dia cuma mahu Rado berada disampingnya dan Pelangi. Itu saja. Rado meminta maaf kepada Intan.




Nadine memberitahu suaminya tentang Rado bahawa dia kini cuma seorang buruh binaan dan lesen praktiknya telah ditarik balik. Arman berkata biarkan Intan dan Rado menyelesaikan masalah mereka sendiri kerana mereka sudah bernikah. Intan akhirnya tahu disebabkan Didi, Rado harus tanggung segala kesalahan Didi. Rado berkata untuk mendapat pekerjaan sekarang memang susah dan dia terpaksa bekerja sebagai buruh binaan saja. Intan minta Rado tidak perlu kerja sebagai buruh binaan lagi kerana dengan gajinya di salon sudah mencukupi untuk membiayai kehidupan mereka tetapi Rado tetap dengan pendiriannya bahawa sebagai seorang suami adalah wajib dia memberi nafkah kepada keluarganya. Intan kata mereka sama-sama kerja keras demi keluarga mereka. Intan rasakan dirinya adalah seorang wanita yang paling bahagia di dunia ini. Rado juga dia amat beruntung mendapat isteri seperti Intan. Nadine ke hospital untuk menuntut keadilan bagi pihak Dr. Rado katanya kepada pihak atasan di hospital. Bagaimana nasib Rado apabila dia terpaksa meneruskan kerjanya sebagai buruh binaan?


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 204 Part 1


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 204 Part 2


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 204 Part 3


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 204 Part 4


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 204 Part 5

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

1 comments :

niza said...

hai shinny..
niza hanya nak syorkan satu drama melayu kt shinny,tajuknya 'dari mata arisa' di adaptasi dari novel 'kau sayangku' di rtm2...tk jemu tengok drama nie,ada unsur sedih,romantik,lucu..niza jatuh cinta dgn cerita ini mcm niza jatuh cinta dgn sinetron intan....

Online Visitors

Thank you for dropping by