Wednesday, March 25, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 200 YANG BERSIARAN PADA 25 MAC 2009, RABU DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM


JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENONTON SINETRON INTAN BERSAMA-SAMA DENGAN SHINYSTAR SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 11.00 MALAM DI ASTRO PRIMA


POSTER INTAN DAN RADO - CINTA MEREKA YANG TIDAK PERNAH PUDAR
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya design dua poster "SINETRON INTAN" ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 23 Mac 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 199


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 200:





Gambar-gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 200

"Sekiranya Pelangi bukan anak aku, anak aku ada di mana" Intan berfikir sendirian. Intan meminta izin untuk keluar rumah. Apabila Pelangi menangis, Wina keberatan untuk menjaganya kerana dia tahu Pelangi bukannya cucunya. Nadine membawa makanan ke rumah Wina dan dia memberitahu Wina bahawa dia membawa sup untuk Intan tetapi Intan tiada di rumah. Nadine ingin mendukung cucunya, Pelangi. Nadine dan Arman hairan kerana Wina tidak mempedulikan Pelangi. Sewaktu Intan berjalan-jalan dia asyik teringat kata-kata mengenai Pelangi yang tidak menyerupai wajah Rado atau rupanya.

Nadine memberitahu Intan entah kenapa Wina tinggalkan Pelangi menangis dan bersendirian seperti dia tidak sayangkannya. Dewa membawa bersamanya bayi (Intan) ke pejabat. Sewaktu mesyauarat, bayi itu asyik menangis tanpa berhenti dan akhirnya Dewa terpaksa membatalkan mesyuarat tersebut. Intan ke Mall untuk membeli susu Pelangi. Dewa juga pergi ke Mall. Intan bertembung dengan Dewa dan Dewa memberitahu Intan bagaimana dia menjumpai bayi itu di pinggir jalan. Intan berkata kedua orang tua bayi itu keterlaluan kerana bersikap tidak bertanggung jawab. Dewa memberitahu Intan bayi itu bernama Bintang. Intan mendukung Bintang yang sedang menangis dan Dewa berkata mungkin Bintang menganggap Intan ibunya.

Wina meminta Intan saja yang menjaga Pelangi yang sedang menangis tidak berhenti-henti. Bisikan hatinya berkata sekiranya Pelangi adalah cucu kandungnya sudah pasti dia akan menjaganya. Dewa ternampak Intan menangis tetapi Intan enggan memberitahunya sebab dia menangis. Intan hairan kenapa ada orang yang sanggup membuang Bintang. Menurut Dewa, pertama kali dia menemui Bintang dia teringatkan Intan kerana Bintang mirip wajah Intan terutama sekali matanya. Setelah mendengar apa yang dikatakan Dewa Intan terus meminta izin untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, Intan teringatkan kata-kata Dewa. Intan hairan sewaktu dia mendukung Bintang, dia seperti tidak mahu melepaskannya. Bilakah agaknya Intan akan menyedari dan mengetahui bahawa Bintang sebenarnya anak kandungnya?


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 200 Part 1


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 200 Part 2


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 200 Part 3


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 200 Part 4


(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by