Friday, March 13, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 192 YANG BERSIARAN PADA13 MAC 2009, JUMAAT DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM



(Gambar pelakon-pelakon yang membintangi sinetron Intan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 11.00 malam di Astro Prima Saluran 105 - Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya buat poster ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 13 Mac 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 192


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan
Sambungan sinopsis sinetron Intan Episode 191 yang bersiaran di Astro Prima pada 12 Mac 2009 jam 11.00 malam:

Kisahnya bersambung:

Gambar dari petikan sambungan kisah sinetron Intan Episode 192 Part 1

Part 1 - Nita hamil dan dia tahu bahawa bayi yang dikandungnya adalah kepunyaan Benny, teman lelakinya. Nia amat kasihani Intan yang terpaksa bersabar kerana Wina. Rena memberitahu Rado bahawa Nita hamil dan Rado terkejut.


Gambar dari petikan sambungan kisah sinetron Intan Episode 192 Part 2

Part 2 - Rado pulang ke rumah dan memberitahu bahawa bayi yang dikandung Nita bukannya anaknya. Nita serba salah apa yang patut dijawabnya dan akhirnya dia menampar Rado dan berkata bahawa Rado keterlaluan dan berkata bayi itu adalah bayi Rado. Wina berasa begitu gembira mendengar berita Nita mengandung tanpa memikirkan apa yang difikirkan Rado. Rena tidak mahu Intan tahu tentang kehamilan Nita. Oleh itu Rena meminta Intan menemaninya dengan alasan Romi selalu tiada disampingnya kerana sibuk dengan kerjanya.


Gambar dari petikan sambungan kisah sinetron Intan Episode 192 Part 3

Part 3 - Nadine begitu lega Intan akan tinggal bersamanya. Rado tiba di rumah Nadine, dan Nadine memberitahu Rado bahawa Intan akan tinggal bersamanya sementara waktu samada Wina akan mengizinkannya atau tidak. Rado mengajak dan membawa Intan keluar makan malam bersama. Intan menghadiahkan sehelai kemeja T kepada Rado. Walaupun Rado terus mengatakan bahawa bayi yang dikandung Nita bukan kepunyaannya, Wina tidak mahu mempercayainya. Rado mengemaskan bajunya untuk tinggal bersama Intan di rumah Nadine. Nita khuatir apa yang berlaku kelak.


Gambar dari petikan sambungan kisah sinetron Intan Episode 192 Part 4

Part 4 - Intan gembira kerana Rado akan tingggal bersamanya di rumah Nadine. Nadine seperti tidak suka apabila melihat Rado bersama Intan. Dia menegur Rado. Wina hairan Nita tidak berada di rumah. Nita menemui Benny tetapi Benny berkata mereka telah berpisah dan apa yang dibuatnya di situ. Nita pengsan. Wina menelefon Rado memberitahunya bahawa Nita telah hilang dan dia menyuruh dan minta Rado berjanji untuk mencarinya.


Gambar dari petikan sambungan kisah sinetron Intan Episode 192 Part 5

Part 5 - Nita sedar dan Benny berkata dia mahu pergi kerja. Nita memberitahu Benny bahawa dia telah hamil dan Benny terkejut. Adakah Benny akan meninggalkan Nita setelah mendapat tahu Nita telah hamil. Rado menjumpai Nita dan Nita akhirnya menjelaskan kepada Rado bahawa bayi yang dikandungnya adalah hasil dari perhubungan dengan teman lelakinya. Nita berkata bahawa setelah Benny pulang dia akan menjelaskan semuanya kepada Wina dengan membawa Benny bersamanya. Kisahnya bersambung pada hari Isnin, 16 Mac 2009


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 192 Part 1


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 192 Part 2


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 192 Part 3


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 192 Part 4


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 192 Part 5


Episode demi episode yang ditonton shinystar dalam sinetron Intan semakin mencemaskan dan menyayat hati. Shinystar tidak sabar lagi menunggu episode yang seterusnya dalam Episode 193 yang akan disiarkan pada hari Isnin, 16 Mac 2009 pada jam 11.00 malam. Sekian kemas kini ringkas dari sambungan sinetron Intan Episode 192 daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by