Thursday, March 12, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 191 YANG BERSIARAN PADA12 MAC 2009, KHAMIS DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM



(Gambar pelakon-pelakon yang membintangi sinetron Intan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 11.00 malam di Astro Prima Saluran 105 - Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya buat poster ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 10 Mac 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 190


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan
Sambungan sinopsis sinetron Intan Episode 191 yang bersiaran di Astro Prima pada 12 Mac 2009 jam 11.00 malam:


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 191 Part 1

Part 1 - Nadine mengusir Wina dari rumahnya. Menurut Nadine lagi selagi Nita berada di rumah Wina, selama itulah dia akan menyembunyikan Rado dan Intan. Wina terus memanggil anaknya turun dan mengikutnya pulang tetapi tiada jawapan dan Wina pengsan di rumah Nadine. Nadine menjerit meminta Rado dan Intan turun kerana mamanya pengsan.


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 191 Part 2

Part 2 - Rado bersetuju untuk pulang ke rumahnya dengan satu syarat yang dia tidak mahu kahwin kontrak tetapi Wina memohon untuk Rado bersetuju dengan keinginannya. Wina memanggil Rado untuk menyuapnya makan kerana lapar tetapi yang muncul adalah Nadine. Nadine terus meminta Wina mengusir Nita dari rumah itu ataupun dia akan terus menjaga Wina. Nadine memaksa Wina membuka mulut untuk makan dan Wina terpaksa menurutinya. "Hallo calon istri kontraknya Rado" begitulah permulaan percakapannya dengan Nita. Nita hampir tercekik melihat Nadine di situ. "Selamat malam calon istri kontraknya Rado" dan Nadine memberi susu kepada Nita dan terus tumpahkannya ke baju Nita. Nita berasa geram dan Nadine beredar dari situ tersenyum.


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 191 Part 3

Part 3 - Wina berkata semuanya melampau dia tidak mahu dirawat oleh Nadine. Wina mengadu kepada Nita tentang hal ini. Nita membisik cara-cara bagaimana caranya untuk mengelak Nadine dari terus datang ke rumah itu. Nita dan Wina mengunci Nadine di dalam bilik. Nita memberitahu Intan bahawa memang ibu mertuanya dikunci di dalam bilik. Rado terus menegaskan bahawa dia tidak akan bernikah dengan Nita. Wina dan Nita tidak menghiraukan Nadine terjerit-jerit di dalam meminta dia dikeluarkan dari bilik itu.


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 191 Part 4

Part 4 - "Eh Rado mahu ke mana kamu" tanya Wina kepada Rado. Rado tidak suka mamanya memintanya satu bilik tidur bersama Nita tetapi terpaksa menurut kata-kata mamanya kerana dia khuatir mamanya akan sakit lagi. Intan sedih memikirkan hal itu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Rado tidak mengizinkan Nita menyentuhnya. Rado bersikap dingin terhadap Nita. Wina membuka pintu dan Nadine keluar dari bilik itu. Wina memberitahu Nadine kini Rado tidur sebilik dengan Nita. Nadine naik geram dan mengadu kepada keluarganya tentang apa yang dilakukan oleh Wina. Nadine berkata dia sangat kecewa dengan Rado. Rado kembali ke bilik bersama Intan semula.


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 191 Part 5

Part 5 - Wina bertanyakan kepada Nita bagaimana tentang semalam. Apabila Nita ingin menjawab pertanyaannya, Rado memijak kakinya dan Nita tidak dapat berkata apa-apa kepada Wina. Rado mengajak Nita untuk pergi tidur di depan Wina dan Wina berasa gembira sekali mendengarnya. Intan terkenang apa yang dikatakan oleh ibu mertuanya dan dalam waktu itu Rado muncul dan dia menemani Intan. Pada keesokan paginya Intan menyiapkan soup untuk Nadine. Nadine sampai dan dia terus memberi satu tumbukan ke arah Rado. Dua tumbukan ke muka Rado. Nadine memarahi Rado dan memanggilnya "buaya darat"
Intan diminta oleh Rado merahsiakan hal itu daripada Nadine kerana takut semuanya akan terbongkar. Wina gembira apabila mendapat tahu Nita telah mengandung dan memikirkan bayi yang dikandung Nita adalah kepunyaan Rado. Kisahnya bersambung pada hari keesokan, Jumaat, 13 Mac 2009.



Sambungan kisah sinetron Intan Episode 191 Part 1


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 191 Part 2


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 191 Part 3

Episode demi episode yang ditonton shinystar dalam sinetron Intan semakin mencemaskan dan menyayat hati. Shinystar tidak sabar lagi menunggu episode yang seterusnya dalam Episode 192 yang akan disiarkan pada hari Jumaat, 13 Mac 2009 pada jam 11.00 malam. Sekian kemas kini ringkas dari sambungan sinetron Intan Episode 191 daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by