Wednesday, February 18, 2009

SAMBUNGAN TERKINI SINETRON INTAN EPISODE 175 YANG BERSIARAN DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA 18 FEBRUARI 2009 JAM 11.00 MALAM



Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 5 Februari 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Video klip Intan Episode 175


Gambar-gambar Dude Harlino sebagai Aditya dalam sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima Saluran 105 setiap hari Isnin - Jumaat jam 11.00 malam

Biodata/Profile Dude Harlino:

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan
Review/Sinopsis Episode Akhir Intan:

Doktor memaklumkan bahwa mereka tidak berjaya menyelematkan mama Kasih. Doa memberitahu amanat terakhir mama Kasih kepada Dr Frans, Intan dan Rado. Mama Kasih meminta supaya diberikan kedua matanya kepada Intan. Intantidak rela menerima permintaan itu. Intan ga bisa kerana dia bakal¡ melihat¡ ketiadaan mamanya. Doktor pun tidak memaksa dan memberi masasupaya Intan berfikir semula.

Majlis pengkembumian mama Kasihdiselubungi kesedihan. Kebanyakan ahli keluarga Intan berada di situ.Termasuk Kak Gery, Kak Sinta, Kak Jemy dan Bunga (yang agak lama tidak muncul).

Bintang akhirnya sadar. Ingatannya juga sudah pulih.Bintang bertanya keberadaan mama Kasih. Rado pun memberitahu kalau omaKasih sudah meninggal.

Dr Frans menonton video yang ditinggalkan Kasih untuknya. Di video itu Kasih memberitahu kalau sakit jantungnya sudah parah.

Intanteringat saat-saat permulaan dia mengenali mama Kasih. Intan sedihkarena dia merasakan seumur hidupnya dia hanya bikin mama Kasih bersedih. Rado bertanya apakah Intan ga mau merubah keputusannya untukmenerima donor mata dari mama Kasih. Intan tetap bingung.

Intandan Rado menjemput Bintang pulang. Bintang pinta supaya dibawa ke suatutempat- kubur oma Kasihnya. Bintang mengucapkan terima kasih kepada omaKasih.

Dr Frans datang bertemu Intan dan Rado untuk menyerahkan rekaman peninggalan mama Kasih. Di rekaman itu, mama Kasihmenyatakan hasratnya memberikan kedua matanya kepada Intan. Intan berasa sangat sedih.

Intan akhirnya menjalani operasi mata. Radodan Bintang meraikan ultah Intan di rumah sakit. Kali pertama dibuka balutan matanya, Intan ga bisa melihat apa-apa. Disuruh cuba skali lagi oleh doktor. Akhirnya Intan bisa melihat semula.

Dr Fransbertemu sama keluarga Nadine dan papa Fajar untuk membincangkan pestakejutan sempena ultah Intan. Pesta itu sebenarnya sudah dirancang olehmama Kasih.

Rado membawa Intan ke tempat pesta dan memberitahukalau ianya sengaja dirancang oleh mama Kasih. Saat itu juga rekamandari mama Kasih ditayangkan. Kesedihan menyelubungi lagi.

Semuamuncul dengan nyanyian lagu Happy Birthday buat Intan. Mama Wina danpapanya Rado juga ada! Bintang pun menyampaikan lagunya kepada mamanya.Sesudah itu dipanggil Intan ke pentas menyanyi bersama. Tiba-tibamuncul sang penyanyi sebenar Letto. Intan menjerit terperanjat. Semuapun menyanyi!

Intan melihat mama Kasih, Ello (!!!), nenek Lastri dan Rangga di atas langit melambai-lambai kepadanya.

Dokter Rado, Intan dan Bintang mengucapkan TERIMA KASIH SEMUA!! (review by:saeah85)

Video klip Intan - Pembukaan Tema Baru


Sambungan sinopsis sinetron Intan Episode 175

Aditya merahsiakan hal tentang dia menolong Intan daripada Rosa kerana dia khuatir Rosa akan fikir yang bukan-bukan sekiranya dia memberitahunya bahawa dia telah berpura-pura menjadi Rado untuk menyembuhkan penyakit kerinduan Wina.
Dewa menghantar Intan pulang dan Intan menjelaskan kepada Dewa bahawa dia tidak boleh duduk di tempat hadapan kerana suaminya Ello dan anaknya Rangga juga meninggal dunia akibat duduk di hadapan sewaktu terlibat dalam kemalangan.

Pada hari keesokannya, Aditya terus menyamar sebagai Rado lagi sewaktu menemui Wina. Sewaktu Dr. Ardi berada di situ, dia mengambil darah Aditya dari tangannya yang terluka untuk diuji kumpulan darahnya. Ternyata kumpulan darah Aditya juga adalah sama dengan Rado iaitu Kumpulan O.

Dr. Ardi pergi menemui Rosa untuk mendapat kepastian hal yang sebenarnya dengan bertanyakan kepada Rosa berapa lama dia telah berkenalan dengan Aditya. Rosa memberitahunya bahawa mereka telah kenal sejak kecil lagi dan mereka telah bernikah selama dua tahun. Dr. Ardi berkata bahawa dia telah mengambil darah Aditya untuk diuji dan kumpulan darahnya adalah serupa dengan Rado.

Rosa khuatir lambat laun Dr. Ardi akan tahu hal yang sebenar dan dia ingin melakukan sesuatu untuk mengelakkan ini daripada berlaku. Aditya terbaca dalam surat khabar tentang kebakaran di "Monalisa Cafe" dan tiba-tiba dia terbayangkan tentang kebakaran tersebut. Apabila Aditya memberitahu hal ini kepada Rosa, Rosa mengaku bahawa memang Aditya pernah terlibat dalam kebakaran tetapi kebakaran rumah mereka dan bukannya di "Monalisa Cafe". Tetapi Aditya hairan kenapa dia tidak ingat langsung tentang kebakaran rumah yang terbayang dalam fikirannya adalah "Monalisa Cafe".

Dr. Ardi berpendapat Rosa amat mencurigakan kerana setiap kali dia bertanyakan tentang Aditya/Rado Rosa seperti cuba mengelakkan daripada sesuatu. Dr. Ardi mengagak kemungkinan Rado telah hilang ingatan.

Bapa mertua Intan, Arman mengadukan kepada Intan bahawa Nadine, isterinya bersikap keterlaluan kerana menggunakan wang hasil jualan bakso. Apabila Nadine terdengar perbualan Intan dan suaminya, dia berkata bahawa dia menggunakan wang itu membeli pakaian baru untuk Intan dan semua ini adalah kebaikan masa depan mereka. Nadine meminta Intan memakai gaun baru yang dibelinya untuk pergi bekerja.

Dewa memberi Intan sekuntum bunga dan ini menyebabkan Intan terkenangkan Rado. Kisahnya akan bersambung dalam Episode 176 pada 19 Februari 2009.


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 175 Part 1


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 175 Part 2


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 175 Part 3


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 175 Part 4


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 175 Part 5 (Final Part)

Episode demi episode yang ditonton shinystar dalam sinetron Intan semakin mencemaskan dan menyayat hati. Shinystar tidak sabar lagi menunggu episode yang seterusnya dalam Episode 176 yang akan disiarkan pada hari Khamis, 19 Februari 2009 pada jam 11.00 malam. Sekian kemas kini sambungan sinetron Intan Episode 175 daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by