Sunday, November 23, 2008

PASANGAN MAZIN DAN ANISA TERSINGKIR DALAM DEBARAN SEHATI BERDANSA YANG TELAH DISIARKAN DI ASTRO RIA SALURAN 104 PADA 23 NOVEMBER 2008 JAM 9.00 MALAM


Berita terbaru Debaran Sehati Berdansa pada 23 November 2008:

Debaran Sehati Berdansa bahagian pertama

Debaran Sehati Berdansa bahagian kedua


Debaran Sehati Berdansa bahagian ketiga - Pasangan Mazin dan Anisa tersingkir


Lima pasangan mengucapkan selamat tinggal kepada Pasangan Mazin dan Anisa yang telah tersingkir dalam Debaran Sehati Berdansa yang pada 23 November 2008 jam 9.00 hingga 9.30 malam di Astro Ria Saluran 104.

Dalam episod Debaran Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi, pasangan Mazin dan Anisa telah meninggalkan pentas Sehati Berdansa musim kedua apabila menjadi pasangan kelima yang tersingkir.

Selama lima (5) minggu dalam Sehati Berdansa menjadi pengalaman terindah buat pasangan Mazin dan Anisa. Namun, hanya tempoh ini sahaja yang ada buat mereka apabila akhirnya terpaksa meninggalkan cabaran Sehati Berdansa musim kedua setelah diumumkan tersingkir pada Debaran Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi.

Ini bermakna, mereka menjadi pasangan kelima tersingkir mengikuti jejak pasangan Ashed & Shima, Shahril & Noraini, Jamal & Faridah dan pasangan yang baru tersingkir minggu lepas, Ani & Zairi. Pasangan Mazin dan Ida juga merupakan pasangan yang berada di kedudukan terbawah mengikut markah juri pada Malam Sehati Berdansa

Mereka yang mewakili Persekutuan Orang Pekak Malaysia turut menyampaikan cek berjumlah RM5000 kepada wakil badan amal itu, En Abd Rahman Md Mustafa

Berikut adalah kedudukan keseluruhan pasangan selebriti Sehati Berdansa selepas undian ditutup tadi

Amyza - 73%
Lisda - 52%
Khai - 49%
Sasha - 46%
Rina - 46%
Mazin - 45%

Jalan lupa untuk terus menonton Sehati Berdansa minggu keenam mulai esok pada 24 November 2008 untuk mengetahui apakah tugasan tema tarian lima pasangan yang masih kekal.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://astro.com.my/sehatiberdansa)



Pasangan Khai


Pasangan Amyza


Pasangan Lisda


Pasangan Rina


Pasangan Sasha


Kini cuma tingga 5 pasangan yang akan kekal dalam minggu keenam. Untuk mengetahui apakah tugasan baru mereka dalam Malam Sehati Berdansa
yang akan disiarkan pada 24 November 2008, jangan lupa untuk terus mengikuti Detik Sehati Berdansa bersama shinystar pada malam esok, 24 November 2008. Sekian, daripada shinystar. Selamat malam.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria/www.astro.com.my, http://mistakeninsanity.blogspot.com dan semua sumber untuk maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by