Monday, July 14, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-26 YANG DISIARKAN PADA 14 JULAI 2008,PADA JAM 2.30 PETANG ISNIN G DI TV3

<
SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-26 YANG DISIARKAN PADA 14 JULAI 2008, ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


GAMBAR PELAKON SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU


Gambar Roger Danuarta sebagai Rafli


Gambar Nabila Syakieb sebagai Tatia


Gambar Raya Kohandi - Adel

Dibintangi oleh:

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi - Adel
Krisna Mukti - Nico
Raslina Rasidin - Vivian
Eeng Saptahadi - Bayu
Vicky Burki - Syaitan
Femmy Permatasari - Luci
Him Damsyik - Pengemis Buta
Ana Pinem - Rona
Boy Irshandi - Ian

Episod 26


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-25, 7 minit sebelum sambungan episod ke-26 pada 14 Julai 2008

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-25 bahagian ke-5)


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-26 bahagian pertama


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-26 bahagian ke-2


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-26 bahagian ke-3

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-26)

Taufan membuat laporan polis mengenai penemuan Tatia dan keadaan Tatia kepada mereka. Menurut polis, gambar Tatia akan disebarkan di kesemua tempat supaya dia dapat ditemui kembali oleh sesiapa yang kenal dengan Tatia.

Rafli berasa sedih dan rindukan Tatia sejak kehilangannya. Dia amat khuartir apakah Tatia benar-benar telah meninggal dunia. Dia tidak mempunyai selera untuk makan walaupun dipujuk oleh mamanya, Luci.

Timo pula asyik memikirkan tentang hal kedua orang tuanya. Diimbas kembali mengenai kejadian hal adakah kematian Tatia mempunyai hubungan dengan mereka. Akhirnya Timo dapat mengagak kenapa ayahnya, Bayu membantahnya menyukai Adel tetapi dia harus tetap menyiasat.

Rakan-rakan Rafli pergi menjenguk Rafli yang masih sedih dan tidak dapat melupakan Tatia begitu sahaja. Sewaktu lawatan mereka, Rafli diingatkan untuk menghadiri Majlis Doa Selamat Tatia di sekolah pada hari keesokannya.

Vivian dan Nico berharap agar trauma Bayu dan Rona akan berkurangan dan akan menjadi lebih tenang. Adel membertahu mamanhya, Vivian kedua Rona dan Bayu tidak pernah keluar dari bilik mereka akibat kesedihan dan Rona asyik menangis tanpa berhendi. Vivian dan Nico serba salah melihat keadaan mereka. Bayu dan Rona diminta oleh Adel supaya mereka terus berlakon untuk Tatia dikembalikan.

Setelah Nico dan Vivian meninggalkan luar bilik mereka, Adel menelefon ayahnya, Bayu untuk berhenti lakonan mereka. Setelah Tatia telah sedarkan diri, dia pergi berjumpa dengan Taufan dan neneknhya di ruang tamu. Setelah beberapa ketika Tatia diminta polis untuk mengikut mereka untuk siasatan lanjut supaya dia dapat bertemu semula dengan keluarganya. Sebelum beredar, Tatia mengucapkan terima kasih kepada Taufan yang telah menyelamatkannya.

Bayu dan Rona ke ruang tamu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Vivian dan Nico dengan berpura-pura berhasrat untuk meninggalkan rumah tuan mereka untuk selamanya. Menurut mereka, tanpa Tatia di dunia ini tidak ada maknanya mereka terus tinggal di situ. Vivian yang berhati lembut memanggil Bayu dan Rona dan mengaku bahawa dialah yang bertanggung jawab atas kematian Tatia. Selepas itu pula Adel terus mengumumkan kepada mereka bahawa mereka berhak menuntut 50 peratus daripada harta Vivian dan Nico.

Kisah sinetron Anakku Bukan Anakku akan bersambung dalam episod seterusnya pada hari esok, Selasa pada 15 Julai 2008 pada waktu yang sama.


"Berbahagialah Mereka yang Memiliki Kekayaan Hati dan Nurani"

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008.

1 comments :

Anonymous said...

saya terpengun coz cite nie amat menarik...moga sukses

Online Visitors

Thank you for dropping by