Saturday, April 26, 2008

KEPUTUSAN TERKINI KONSERT MINGGU KE-ENAM AKADEMI FANTASIA KE-6 PADA 26 APRIL 2008


BEBASKAN BAKAT 'SUPERSTAR' DALAM DIRI ANDA



Milik siapakah beg berwarna merah ini? Siapakah pelajar yang akan mengusung beg ini dari Pentas Sivik MBPJ, Petaling Jaya di penghujung konsert?

Konsert minggu ke-enam Akademi Fantasia Ke-6 baru sahaja berakhir dan keputusannya telahpun diketahui selepas undian ditutup. Siapakah agaknya pelajar yang tersingkir pada malam ini? Kesemua 8 pelajar telah cuba membuat persembahan mereka dengan sebaiknya dan mereka sangat berharap untuk mendapat undian yang memihak kepada mereka untuk terus kekal ke minggu ke-tujuh.



Pengacara AC Mizal mengumumkan pelajar yang tersingkir untuk minggu ini adalah Mama Rina.



Dengan berakhirnya lagu "Menuju Puncak" undian ditutup dan Pengacara AC Mizal mengumumkan bahawa pelajar yang tersingkir adalah Mama Rina kerana tidak mendapat undian yang mencukupi untuk mara ke minggu hadapan. Mama Rina adalah seorang pelajar Akademi Fantasia musim ini yang mempunyai suara yang baik tetapi keputusan muktamad adalah terletak di tangan pengundi. "Jari Menjadi Juri" di Akademi Fantasia.





Kini cuma tinggal 7 pelajar sahaja yang akan teruskan perjuangan mereka di Akademi Fantasia musim ini.



7 pelajar Akademi Fantasia yang akan membuat pesembahan dalam konsert minggu berikut iaitu pada 3 Mei 2008 adalah:

Stacy
Riz
Alif
Nadia
Nubhan
Stanly
Toi

Jangan lupa untuk mengikuti siaran Diari Akademi Fantasia Minggu Ke-tujuh mulai 28 April hingga 2 Mei 2008. Jangan lupa untuk menonton aksi 7 pelajar membuat persembahan mereka dalam Konsert Minggu Ke-tujuh Akademi Fantasia musim yang ke-enam pada 3 Mei 2008 nanti.

Sekian daripada sapphire blu untuk anda. Sehingga berjumpa lagi esok dalam kemaskini yang akan datang. Selamat malam.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by